Ad Code

PERSIAPAN HARI RAYA DENGAN SKINCARE TERBAIK AGAR KULIT GLOWING DAN BERSERI

Assalamualaikum semua,

Rasa cepat betul masa berlalu kan, tak lama lagi kita akan berpuasa dan Hari Raya pula menjelang tiba. Inilah masanya untuk kita semua bersiap sedia untuk menyambut perayaan yang dinantikan. Tak sabar rasanya nak berkumpul bersama sanak saudara dan kawan-kawan pada hari raya. Ia adalah hari yang istimewa, maklumlah kita hanya menyambut setahun sekali, tetapi juga boleh menjadi sangat tertekan dengan segala persiapan yang nak disediakan. Kan hari raya kenapa nak tertekan? Sediakan ikut kemampuan kita saja, tak perlu ikut orang tau. Lain orang ke lain kemampuannya. Yang paling penting, kita dapat raikan bersama keluarga dan sanak saudara. Mestilah kita banyak bergambar kenangan, jadi yang paling penting kita kena nampak cantik berseri di Hari Raya. Jom saya kongsikan cara penjagaan muka dengan skincare terbaik agar korang nampak glowing, cantik dan berseri di Hari Raya nanti.

Nak cantik berseri di hari raya? mestilah dengan Hansaegee Nature


Pembersihan dan hiasan rumah
Setiap kali hari raya, sanak saudara akan berkunjung ke rumah. Sebaiknya korang buat pembersihan yang mendalam (deep cleaning), sambil-sambil tu boleh juga buang barangan yang dah rosak dan sedekah barangan yang masih elok kan.Mungkin juga boleh ubahsuai kedudukan perabot agar nampak lebih segar dan berbeza dari kebiasaan. Jika ada bajet, boleh juga kalau tambah hiasan di rumah, bila rumah berseri, raya pun lebih meriah.

Sesi pembersihan rumah dan menghias rumah yang penting ikut kemampuan tau

Gambar Google

Juadah hari raya
Bila dah berkumpul tu, menu hari raya wajib kita siapkan untuk menjamu tetamu yang datang. Korang boleh buat senarai awal menu-menu yang nak disediakan supaya kita boleh pastikan ia masih di dalam bajet kita. Menjadi tuan rumah ni kita mesti nak beri yang terbaik pada tetamu, nak jamu macam-macam menu. Rendang, kuah kacang, ketupat, kuih raya, dari menu utama hingga pencuci mulut kita nak sediakan, tetapi jangan pula melampaui kemampuan kita ye. Sebab tu perancangan awal amat penting ye agar kita tak rasa terbeban untuk menjamu tetamu.

Bila dapat memasak bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan silaturahim

Kulit wajah glowing dan berseri
Akhirnya, tibalah masanya dalam setahun untuk kita berdandan, berpenampilan rapi dan terlihat cantik berseri. Maklumlah, musim raya ni kita semestinya akan mengambil banyak gambar. Untuk kelihatan cantik memukau adalah satu kemestian. Sebab tu kita perlu pastikan kulit kita bersedia untuk raya. Ramai sangat yang selalu mengabaikan persiapan untuk kulit tampak lebih berseri. Sebenarnya ini adalah persiapan paling awal yang perlu kita mulakan. Tak susah untuk dapat kulit yang sihat dan berseri, yang penting korang perlu tahu cara pakai skincare dan hendaklah konsisten melakukan rutin penjagaan muka. Kalau korang rajin boleh je ikut macam mana penjagaan kulit orang Korea yang biasanya melakukan 11 step skincare routine. Macam saya sendiri, saya hanya melakukan 3 step skincare routine dengan Hansaegee Nature, skincare terbaik especially untuk kulit berminyak.

Skincare terbaik mestilah Hansaegee Nature

Membersih kulit wajah
Pastikan korang bersihkan kulit wajah sekurangnya dua kali sehari. Pilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit korang. Ambil tahu bahan yang terkandung di dalam pembersih wajah tu. Sebaiknya basahkan wajah dengan air suam, gunakan hujung jari, urut perlahan ke seluruh wajah. Buat dengan lembut saja supaya tidak merengsakan kulit wajah korang. Ia juga bagus untuk melancarkan pengaliran darah di seluruh wajah.


Moisturizer terbaik glowingkan muka
Iklim tropika di Malaysia boleh menjadi kawan dan juga musuh tau, sebabnya cuaca boleh memberi impak kepada kesihatan kulit. Cuaca di Malaysia sekarang agak panas, ia dapat mengeringkan kulit wajah. Untuk pastikan kulit kekal lembap, pilih pelembap jenis water based dan ringan agar ia dapat memberi kelembapan yang mencukupi tanpa rasa berat pada kulit. Korang boleh gunakan Aqua Whitening Cream, moisturizer terbaik yang akan membantu mengelakkan pori-pori kita dari tersumbat selain dapat memastikan kulit terpelihara dengan baik. 


Kalau korang tertanya-tanya moisturizer ni waktu bila perlu pakai? Sebaiknya selepas mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika korang mandi air panas, lebih lagi la korang perlu apply moisturizer. Sebabnya air panas menghilangkan semua kelembapan dan minyak pada kulit, dan ia akan membuatkan kulit korang lebih kering. Inilah waktu terbaik untuk korang apply moisturizer. Ia juga antara elemen penting cara untuk glowingkan muka iaitu mengekalkan kelembapan kulit wajah korang. Kalau korang jenis kulit berminyak, Aqua Whitening Cream ni adalah skincare terbaik untuk kulit berminyak.

Tekstur Aqua Whitening Cream sangat ringan dan mudah disapu pada kulit wajah

Ia jenis water based, bila dia korang apply pada muka, ia akan membentuk titisan air yang mudah meresap pada kulit.

Cara penjagaan muka yang penting adalah sunscreen

Gunakan hybrid sunscreen terbaik
Memakai pelindung matahari pada muka korang setiap hari adalah langkah penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit. Ia bukan sahaja melindungi kulit korang daripada sinaran UV berbahaya yang boleh menyebabkan selaran matahari dan penuaan kulit, ia juga antara cara korang dapat glowingkan muka. Korang boleh gunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang mengandungi bahan penghidratan yang membantu mengekalkan kulit korang lembap dan glowing di Hari Raya. Aloe Vera Sunscren adalah hybrid sunscreen terbaik dengan SPF50+ PA+++ yang dapat melindung, melembapkan dan juga boleh dijadikan sebagai makeup based. Yang bestnya Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni sebab ia adalah sunscreen tanpa white cast. Teksturnya yang ringan memang senang nak apply pada kulit wajah. Cara pakai suncreen ni mudah je, korang ambil sunscreen sebanyak dua jari dan sapukan pada muka. Untuk menjadikan sunscreen korang diserap dengan lebih sekata ke dalam kulit, gosok perlahan-lahan sehingga ia diserap sempurna. Ekstrak aloe vera yang terdapat dalam sunscreen Hansaegee Nature dapat melegakan kerengsaan kulit dan untuk kulit sensitif, ia juga dapat membuatkan kulit korang lebih sihat.

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature bebas dari alkohol, paraben, sulfate, allergen dan silikon, korang boleh gunakan tanpa was-was. Ia juga makeup based terbaik selain dapat memberi pelindungan pada kulit wajah korang. Makeup pun akan nampak lebih cantik tau.

Hybrid sunscreen terbaik tau, gunakan hanya dua jari je, dah cukup untuk seluruh wajah. Tidak kisah apa pun skin tone korang, sunscreen ni tiada white cast tau.

Ratakan keseluruh wajah, sambil-sambil tu korang boleh urut perlahan agar pengaliran darah pada wajah lebih baik, barulah makin glowing. Sesuai untuk semua jenis kulit, kalau jenis kulit berminyak memang terbaik sebab Aloe Vera Sunscreen ni tidak berminyak dan tidak melekit pada kulit.

Tekstur Aloe Vera Sunscreen ni best tau, ringan dan tidak berminyak.


Hanya dengan 3 langkah mudah korang dapat glowingkan muka sebelum hari raya yang penting korang perlulah konsisten. Bukan saja kulit jadi lebih sihat, ia akan tampak lebih berseri. Kalau korang makeup ringan pun dah nampak cantik. Jom sama-sama glowing di hari raya dengan Hnasaegee Nature. 

Post a Comment

0 Comments