Ad Code

CARA PENJAGAAN MUKA YANG BETUL | MOISTURIZER DAN SUNSCREEN TERBAIK UNTUK ATASI KULIT BERMINYAK DAN KUSAM

Assalamualaikum semua,

Semua kulit memerlukan perlindungan matahari, untuk kulit berminyak dan kusam ia memerlukan penjagaan yang sesuai agar tidak memberi kesan kepada kulit dan menjadi penyebab kulit berjerawat. Korang tahu tak kulit merupakan organ terbesar pada badan kita. Apabila kulit berminyak dan kusam, badan berkemungkinan memberi 'signal' tertentu. Punca kulit berminyak dan kusam seperti:

Genetik
Mempunyai kelenjar sebum yang aktif atau lebih besar biasanya disebabkan oleh genetik daripada ibu bapa. Genetik memainkan peranan dalam pengeluaran sebum. Biasanya, semakin besar pori korang, semakin banyak minyak yang akan dihasilkan oleh kulit. Jika ibu bapa korang mempunyai pori-pori besar atau mengalami kulit berminyak, kemungkinan besar korang pun akan mengalami perkara yang sama.

Tekanan
Satu hormon yang berkaitan dengan tekanan, hormon pelepas kortikotropin, diketahui mampu mengikat kelenjar sebum kulit, meningkatkan pengeluaran minyak. 

Diet
Pengambilan diet tinggi glisemik yang kaya dengan gula dan karbohidrat ringkas mungkin dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran sebum. Karbohidrat ringkas boleh meningkatkan tahap hormon pertumbuhan dalam badan, yang membawa kepada peningkatan minyak.

Kelembapan
Mereka yang tinggal dalam iklim lembap mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami kulit berminyak. Kelembapan yang tinggi juga boleh menyebabkan ekzema tau. Musim tengkujuh, secara amnya boleh buatkan kulit kita berminyak kerana tahap kelembapan yang tinggi. 

Skincare rutin tidak betul
Rutin penjagaan muka yang tidak betul boleh buatkan kulit kita berminyak dan kusam ye. Jika korang mencuci muka dengan kerap, ia boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit, dan ini akan buatkan kulit meningkatkan pengeluaran minyak sekaligus kulit korang lebih berminyak. 

Pilih skincare tidak sesuai
Moisturizer adalah untuk melembapkan kulit tetapi jika ia mengandungi terlalu banyak minyak, ia boleh menyebabkan kulit lebih berminyak. Kulit kita tidak menyerap minyak secepat bahan lain, jadi ia akan buatkan kulit kita berasa berminyak dan nampak berkilat. Penting untuk kita tahu kondisi kulit agar kita dapat pilih skincare yang sesuai.
 
Sejak beberapa bulan ni, saya agak sibuk dengan kerja, almaklumlah sekarang ni dah mula berjinak-jinak dengan dunia livestream. Bila dah mula sibuk ni, terkadang dah kurang beri perhatian pada diri sendiri terutamanya pada kulit. Baru-baru ni ada seorang kawan tanya saya, kenapa kulit nampak kusam dan berminyak? Walaupun saya jenis yang jarang bermekap, dan memang perasan kebelakangan ni kulit kerap berminyak. Bila tengok balik kulit sendiri, ternyata memang berminyak dan kusam. Memang kombinasi yang tidak digemari mana-mana wanita.


Kalau korang nak tahu untuk atasi kulit berminyak dan kusam ni tak perlukan banyak produk pun, yang paling penting adalah istiqomah atau kata lainnya konsisten ye. Jom saya kongsikan skincare rutin harian yang sesuai untuk kulit berminyak dan kusam.


Tips penjagaan muka - Basic skincare yang betul :

1. Membersihkan kulit muka - Pencuci muka
2. Melembapkan kulit muka - moisturizer/pelembap muka
3. Pelindung kulit muka - Sunscreen

1. Cuci Muka Dua Kali Setiap Hari


Salah satu cara paling berkesan untuk menguruskan kulit berminyak adalah dengan mencuci muka dua kali sehari. Gunakan pencuci muka lembut dengan air setiap pagi dan malam; basuh semula selepas senaman yang kuat. Tidak perlu mencuci lebih kerap kerana ia boleh merengsakan kulit dan menghasilkan lebih banyak minyak. Semasa mencuci kulit anda, gunakan gerakan bulat lembut dan bukannya menggosok.

2. Pilih moisturizer yang sesuai dan terbaik


Ia mungkin berasa berlawanan dengan intuisi, tetapi menggunakan moiturizer/pelembap muka harian adalah cara penting untuk menguruskan kulit berminyak. Apabila kulit anda terlalu kering, ia merangsang badan anda untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melembapkannya. Cari pelembap muka lembut tanpa minyak atau moiturizer jenis water based.


Saya menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, moisturizer untuk kulit berminyak dan memang moisturizer terbaik untuk saya. Saya jadikan Aqua Whitening Cream ni sebagai krim siang terbaik saya, sebab ia dapat merawat kulit kusam. Best tau Aqua Whitening Cream ni, bukan saja jenis water based, teksturnya macam gel dan sangat ringan serta tidak melekit. 


Bila korang apply pada muka, oleh secara perlahan secara putaran, korang akan nampak titis air pada permukaan kulit. Tepuk perlahan je agar lebih cepat meresap pada kulit. Kulit memang akan rasa segar dan lembap lepas apply moisturizer terbaik untuk kulit berminyak dan kusam.


Moisturizer pakai waktu bila?
Saya akan pakai pada waktu pagi sebagai krim siang dan setakat ni ia memang skincare untuk kulit berminyak yang terbaik untuk saya. Aqua Whitening Cream ni buka saja moistuzer terbaik untuk kulit berminyak, ia sesuai untuk semua jenis kulit ye sebab ia Tanpa Paraben, Tanpa Sulfat, Tanpa Alkohol. Ia juga dapat mengecilkan pori, bila pori mengecil, penghasilan sebum pun akan berkurang dan kulit tidak berminyak.


Jika korang jenis kulit berminyak dan kusam macam saya, apply juga pada waktu malam ye, sebab tekstur Aqua Whitening Cream adalah jenis gel, ia amat sesuai untuk kulit berminyak agar dapat melembapkan wajah dan merawat kulit berminyak.


Aqua Whitening Cream mengandungi Niacinamide. Penggunaan produk dengan niacinamide boleh mengurangkan kadar penghasilan sebum yang dapat memberikan fungsi kawalan minyak, jadi selain sebagai pelembap penghidratan yang baik untuk kulit berminyak dan mencerahkan tona kulit, korang boleh ucap selamat tinggal pada kulit berminyak dan kusam.

3. Pilih Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Jika kulit korang berasa berminyak dan kelihatan berkilat beberapa jam selepas mencuci muka, korang mungkin mempunyai kulit berminyak. Mempunyai kulit berminyak bermakna kelenjar sebum korang terlalu aktif dan menghasilkan lebih banyak sebum daripada biasa.


Semestinya pemilihan sunscreen yang sesuai agar korang tidak menambah lebih banyak minyak pada kulit sebab sunscreen merupakan rutin skincare yang wajib ye. Pilih sunscreen yang mempunyai spf 50 dan mempunyai ekstral Aloe Vera yang dapat melembapkan kulit wajah.


Sunscreen untuk kulit berminyak yang saya gunakan adalah Aloe Vera Sunscreen, semestinya sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature. Aloe Vera Sunscreen ni best sebab sunscreen spf 50 dan boleh je basuh dengan air. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi yang memang mesra solat dan mesra wudhuk. Selain melindungi kulit wajah dari UVA/UVB, ia sunscreen ni melembapkan.


Saya suka Aloe Vera Sunscreen ni sebab teksturnya ringan, tidak berminyak dan tidak melekit. Mudah nak blend dengan kulit wajah, rasa segar bila apply sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature. Kalau korang suka makeup yang minima untuk harian macam saya, sunscreen ni juga boleh dijadikan based untuk makeup tau. Ia tidak ada white cast, memang nampak natural je bila apply. Penggunaan secara konsisten boleh nampak ia dapat mengatasi kulit kusam saya.

Bila nak pakai sunscreen?

Soalan yang kerap ditanya bila waktu sesuai untuk pakai sunscreen? Pakai sunscreen dulu atau day cream? Pakai sunscreen selepas korang pakai moisturizer atau krim siang ye, barulah kulit akan lebih cantik. Saya akan pakai 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan saya akan re-apply selepas solat zohor. Korang tak perlu risau nak bersihkan kulit wajah untuk solat sebab sunscreen ni sunscreen yang boleh basuh dengan air - mesra wudhuk, memang jimat masa.


Skincare terbaik untuk atasi kulit berminyak dan kusam


Hanya dengan 2 skincare terbaik dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream sebagai moisturizer sesuai untuk kulit berminyak dan saya juga krim siang saya. Waktu malam pun saya apply untuk merawat kulit berminyak dan kusam. Yang kedua adalah Aloe Vera Sunscreen sebagai pelindung matahari dan juga base makeup untuk makeup harian. 


Korang tengok gambar BEFORE tu muka saya berminyak dan sangat kusam ye. Dan gambar AFTER muka nampak segar walaupun tanpa makeup ye, saya letak sedikit lip balm supaya bibir nampak lebih segar, walaupun tak berbedak, cukup dengan sunscreen terbaik Hansaegee Nature.

Dah tak risau nak travel walaupun cuaca panas. Kemana-mana pun saya pasti bawa bersama moisturzer dan sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature

2 produk skincare terbaik untuk kulit berminyak dan kusam untuk korang cuba. Semoga posting ini bermanfaat untuk korang ye. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Post a Comment

0 Comments