Portal kesihatan awam digital baharu menuju penjagaan kesihatan yang saksama dengan menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2023 – AstraZeneca, sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal bersama beberapa persatuan terkenal telah melancarkan portal kesihatan digital baharu iaitu ‘mySihatPal’ dimana portal ini menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum.
Persatuan perubatan yang
bekerjasama dalam menjayakan portal ini adalah Asthma Malaysia (AM), Bayi
Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA),
Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM), Persatuan Endokrin & Metabolik
Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA),
Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi
Malaysia (MSGH) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
‘mySihatPal’ adalah portal kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan - daripada maklumat penyakit, kandungan kesihatan, sambungan kepada penyedia kesihatan bersekutu, hospital swasta, klinik penjagaan primer, klinik kerajaan hingga kepada perundingan maya dengan profesional penjagaan kesihatan dan ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan pakar – ini memastikan setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi mereka.
Dengan permintaan yang
semakin meningkat untuk kemajuan dalam penjagaan kesihatan, terdapat keperluan
untuk merapatkan jurang antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan
melalui pendigitalan. Salah satu halangan terbesar kepada kebolehcapaian
penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi fizikal,
menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk menghubungkan orang
ramai kepada profesional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang
berkaitan.
Portal mySihatPal
dapat memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk untuk orang ramai
menjangkau pelbagai komuniti yang merangkumi profesional perubatan, masyarakat
dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan. Selain
itu, platform ini menyepadukan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang
ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.
Tidak dinafikan lagi
kepentingan digital dalam perkhidmatan kesihatan. Portal ini juga membantu
meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan, di mana masih terdapat
jurang semasa pengesanan awal penyakit pada masa ini, ditambah pula dengan
jarak lokasi di antara pesakit dan fasiliti kesihatan. Seiring dengan kemajuan
yang semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ini perlu
diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai dengan petugas kesihatan supaya
mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada waktu
yang sepatutnya.
Bercakap mengenai kerjasama ini, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia berkata, “Di AstraZeneca, matlamat kami adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi teknologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia. Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat. Jesteru itu, ianya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.” Di seluruh dunia, pendigitalan dalam penjagaan kesihatan dengan pantas mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan, mewujudkan anjakan paradigma baharu dalam perjalanan pesakit dan akhirnya, meningkatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”
“Sebagai syarikat antarabangsa biofarmaseutikal, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia di dalam menggiatkan transformasi kesihatan dengan membantu menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk penyelesaian digital sebagai langkah untuk menyokong keperluan pesakit, disamping memastikan inovasi kesihatan digital di Malaysia terus berkembang. Melalui portal kesihatan digital seperti mySihatPal dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit dengan memastikan bahan rujukan peroleh dari sumber yang dipercayai disamping meningkatkan pendedahan kepada fasiliti kesihatan, seterusnya dapat memastikan penjagaan yang lebih optimum,” jelas Vinod.
Melalui portal mySihatPal,
ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada orang ramai di mana
penyampaian maklumat berkaitan dengan penyakit adalah dalam konteks yang mudah
difahami dan mudah dipauti. Pesakit juga berpeluang menjalankan penilaian
kendiri mengenai status kesihatan mereka sebelum berhubung dengan petugas kesihatan
melalui direktori dalam talian untuk menerima rawatan susulan dan sesi
konsultasi.
Daya tarikan penting mySihatPal adalah ia meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pesakit, memberikan mereka maklumat berkaitan penyakit yang dipermudahkan. Melalui portal ini, orang ramai kini boleh menikmati autonomi yang lebih besar atas kebimbangan kesihatan mereka sendiri kerana antara muka pengguna direka untuk menyampaikan maklumat yang boleh difahami dan mudah dinavigasi.
Sama pentingnya, orang ramai juga boleh menjalankan diagnosis kendiri awal mengenai keadaan mereka menggunakan alat penilaian penilaian kendiri, sebelum berhubung dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkaitan melalui direktori dalam talian untuk menerima pendekatan rawatan yang betul.
Menyentuh tentang kolaborasi
ini, Dr. Haji Helmy Haja Mydin iaitu Pengasas Bersama Asthma Malaysia dan
selaku wakil persatuan-persatuan berkata, “Asthma Malaysia menyokong
pembangunan portal kesihatan digital yang komprehensif kerana ianya dapat menyediakan
saluran yang boleh dipercayai oleh orang ramai untuk mendapat akses kepada
maklumat penjagaan kesihatan dan berhubung terus dengan panel pakar penjagaan
kesihatan. Lebih penting lagi, dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi,
ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejala dan rawatan.
Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal mySihatPal akan memberi
manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang
aspek kesihatan.”
Selain dari mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam portal mySihatPal juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.
Portal kesihatan digital ini memberi banyak manfaat untuk orang ramai, dalam masa yang sama AstraZeneca ingin terus meluaskan kumpulan rakan kongsi kesihatan sedia ada di mySihatPal dengan menjemput rakan kongsi lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyertai gabungan itu dan membantu memajukan penjagaan kesihatan yang saksama di negara ini, dan dapat mengurangkan jurang dalam akses kepada penjagaan kesihatan.
mySihatPal kini boleh dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/.
Maklumat lanjut tentang portal ini, sila hubungi [EP].
AstraZeneca (LSE/STO/Nasdaq: AZN) ialah syarikat biofarmaseutikal global
yang diterajui sains dengan memfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan
ubat-ubat preskripsi dalam bidang Onkologi, Penyakit Jarang Berlaku dan
BioFarmaseutikal, termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Respiratori
& Imunologi. AstraZeneca yang berpangkalan di Cambridge, UK, beroperasi di
lebih 100 buah negara dan ubat-ubatan inovatifnya digunakan oleh jutaan pesakit
di seluruh dunia. Sila layari astrazeneca.com
dan ikut Syarikat ini di Twitter @AstraZeneca.
0 Comments