Ad Code

CARA PAKAI BASIC SKINCARE ROUTINE ANDA PERLU TAHU - 7 TIPS PENJAGAAN MUKA TERBAIK 2023

Assalamualaikum semua,

Wanita dan alat solek (makeup) tersangatlah sinonim, rata-rata wanita memang akan memakai makeup. Selama beribu-ribu tahun yang lalu, wanita sudah pun memakai makeup untuk meningkatkan penampilan mereka. Dari orang Mesir purba, Rom dan Yunani hingga ke zaman yang lebih moden, makeup telah digunakan untuk meningkatkan kecantikan wanita. Menggunakan makeup membuatkan seorang wanita berasa yakin dan cantik. Mengikut psikologi, pemakaian makeup juga boleh meningkatkan keyakinan dan memberi aura positif pada diri sekaligus meningkatkan kebolehan kognitif seseorang.


Walau bagaimanapun, korang tidak boleh mula menggunakan makeup tanpa prep kulit korang, kira macam pre-makeup, langkah penting yang perlu korang buat sebelum makeup. Kalau korang terus makeup tanpa prep kulit muka dulu, makeup tak tahan lama dan mungkin juga akan bertompok dan tidak sekata. Jom saya kongsikan langkah mudah cara untuk prep kulit sebelum makeup hanya dengan menggunakan basic skincare routine saja. Barulah makeup korang nampak natural je..

Cara Prep Muka Sebelum Makeup - Basic Skincare Routine

Prep muka ni bukan hanya untuk makeup korang nampak cantik tau, korang boleh gunakan tips yang saya kongsikan ni sebagai basic skincare routine korang. Maksudnya cara prep muka ni juga adalah cara pakai skincare, kalau korang tak minat makeup sekalipun, korang boleh je tips cara pakai skincare ni sebagai basic skincare routine. Hanya dengan 3 langkah sahaja tips penjagaan muka ni memang sangat berguna untuk korang. InshaaAllah

Langkah 1: Pembersihan (Cleanser)

Bersihkan kulit wajah dari segala kotoran. Pilih pencuci muka/cleanser yang bersesuaian dengan kulit muka tau. Langkah ini penting sebelum korang makeup sebab terkadang kita rasa kulit macam bersih je, padahal kotor dengan habuk dan debu. Sebaiknya cari cleanser yang dapat membersihkan pori-pori wajah secara mendalam sebab ia akan membantu untuk makeup korang nampak lebih berseri. 

Bila muka dah bersih kulit pun rasa segar je

Tips 1 : Selepas bersihkan muka, jangan kesat kulit wajah. Korang boleh lap muka dengan hanya menekap tuala pada muka secara perlahan. Ataupun boleh je biarkan air di wajah tu mengering sendiri dengan halakan muka pada kipas.

Langkah 2 : Pelembap Muka (Aqua Whitening Cream)

Ini adalah langkah asas yang paling penting. Agar makeup tak bercapuk, dan tahan lama, kulit wajah perlu kekal lembap ye. Bila korang gunakan pelembap muka/ moisturizer yang terbaik, makeup akan nampak lebih natural. Pelembap muka akan membuatkan permukaan kulit lebih licin sebelum kita pakai makeup. Yang bagusnya bila korang pakai Moisturizer Aqua Whitening Cream yang jenis water based ni sebagai pelembap, kulit korang tak akan nampak kusam bila makeup tau, lagi-lagi kalau korang ada masalah pori terbuka. Moisturizer Aqua Whitening Cream memang skincare terbaik kerana ia dapat mengecilkan pori terbuka.


Pastikan korang pilih moisturizer water based sebab pelembap jenis ini lebih sesuai untuk prep muka sebelum makeup. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bukan saja melembapkan kulit, tapi juga yang dapat mengecilkan pori. Pori yang terbuka dan pori besar ni lah yang akan buat makeup kita nampak tak sekata. Kalau korang jenis kulit berminyak memang inilah skincare untuk kulit berminyak, Aqua Whitening Cream akan mengecilkan pori yang terbuka tu, barulah cantik nak makeup kan.



Saya gunakan moisturizer/ pelembap muka yang bagus ni, ia dapat cerahkan tona kulit yang tak sekata. Kalau kulit jenis berminyak sangatlah sesuai guna moisturizer water based, sebab ia dapat mengawal sebum/ minyak berlebihan pada kulit. Memang pelembap muka/ moisturizer ni terbaik untuk kulit berminyak!


Tips 2 : Kalau kulit korang jenis berminyak, jangan gunakan moisturizer biasa secara berlebihan pada kulit, cukup hanya sapu rata seluruh kulit wajah. Kalau korang gunakan moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature tak perlu risau sebab ianya moisturizer untuk kulit berminyak. Tapi tak perlu lah sapu berlebihan nanti cepat habis hahaha

Tekstur ringan sebab tu mudah meresap memang skincare terbaik untuk korang

Tips 3: Jenis kulit kering pastikan sapu pada bahagian kulit kering tu contohnya bahagian tepi hidung.


Aqua Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit, ia juga moisturizer untuk kulit berminyak, sebab tu ianya skincare terbaik untuk korang cuba. Tekstur yang ringan tu korang akan rasa ringan je bila sapu pada kulit wajah, lagipun ia jenis water based, memang cepat menyerap. Aqua Whitening Cream ni dapat menghidratkan kulit, jadi bila korang mekaup takkan nampak bercapuk sebab fungsi pakai pelembap sebelum makeup ni sebenarnya untuk lock (pegang) makeup pada kulit. Selain itu, Aqua Whitening Cream ni juga dapat mengurangkan kerengsaan pada kulit selain mencerahkan tona kulit.


Tips 4 : Korang kena pastikan pelembap betul-betul meresap ke dalam kulit sebelum pemakaian sunscreen. Boleh je halakan muka pada kipas supaya pelembap tu cepat kering dan meresap ke dalam kulit.

Langkah 3 : Pelindung (Aloe Vera Sunscreen)

Pemakaian sunblock/sunscreen adalah wajib, tapi ramai yang tertanya-tanya nak pakai sunscreen dulu atau day cream? Secara umumnya, adalah lebih baik menggunakan sunblock/sunscreen selepas mencuci dan melembapkan (pakai moisturizer) kulit wajah korang. Sunscreen ni sebaiknya dipakai selepas korang pakai moisturizer, maknanya sebelum makeup ye.

Wajib bawa ke tempat kerja untuk re-apply

Cari hybrid sunscreen yang melindungi kulit korang dari UVA dan UVB. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah hybrid sunscreen dan sunscreen spf50 PA+++ terbaik tau, ianya sunscreen SPF50 terbaik dan pastinya skincare untuk kulit berminyak bukan hanya melindungi tapi juga dapat melembapkan kulit. Yang bestnya Aloe Vera Sunscreen tidak berminyak dan no white cast, lebih mudah nak ratakan pada kulit wajah. Disebabkan Aloe Vera Sunscreen ni ada fungsi untuk melembapkan kulit wajah, ia sangat sesuai dijadikan sebagai makeup base.

Sunscreen hybrid yang terbaik, sesuai untuk kulit berminyak

Tips 5 : Jangan kedekut! bila korang nak pakai sunscreen SPF50, pastikan ia sekurang-kurangnya 2 ruas jari ye, tolong jangan pakai terlalu sedikit. Kesilapan yang paling biasa orang lakukan apabila menggunakan pelindung matahari adalah penggunaan yang tidak mencukupi. Korang jangan risau kalau guna banyak sunscreen sebab sunscreen ni sunscreen yang tiada white cash dan boleh basuh dengan air je.




Tips 6 : Berikan sunscreen beberapa minit untuk mengeringkan dan meresap ke dalam kulit korang sebelum mula memakai sebarang makeup. Jika korang memulakan proses makeup terlalu awal,korang mungkin menjejaskan SPF sunscreen. Sunscreen tidak berminyak akan lebih cepat meresap.

Tekstur Aloe Vera Sunscreen ni sangat ringan, sangat mudah nak blend pada kulit.


Tips 7 : Korang juga boleh urut secara perlahan wajah koran semasa apply sunscreen, ini bagi melancarkan saluran darah pada wajah, baru lah makeup naik seri nanti. Sunscreen ni tidak berminyak nak urut pun mudah meresap. 

Paling best sebab sunscreen tiada white cast, meresap secara sekata pada kulit. Nak basuh dengan air pun tak ada masalah, jadi bila nak solat mudah nak cuci.


Nak cantik, nak makeup tahan lama, tak cair tak semestinya perlu prep muka dengan pelbagai produk, cukup dengan basic skincare routine. Hanya dengan 3 langkah mudah, korang boleh prep muka ye. Korang cuma perlu pilih Aqua Whitening Cream & Aloe Vera Sunscreen yang terbaik, yang semestinya dapat menghidratkan kulit secara maksimum. Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature ni krim siang terbaik. Kombinasi kedua-duanya buatkan mekap lebih glowing. Kalau korang nak tips glowing boleh je amalkan apa yang saya kongsikan. 
Tak kisah makeup simple atau pun heavy, yang penting makeup tampak cantik dan tahan lama. Hanya dengan basic skincare routine, korang boleh prep muka untuk makeup tahan lama dan tak bercapuk. Kalau korang lakukan rutin dan tips yang saya berikan korang boleh kurangkan/ elakkan makeup bercapuk, tak tahan lama dan kusam. Bila kulit wajah kita kekal lembap, makeup pun akan tahan lama, sebab pemilihan produk sangat penting ya. Lakukan secara rutin, korang akan nampak perbezaannya, kulit makin sihat, makeup pun akan cantik. Semoga tips penjagaan muka yang saya berikan manfaat untuk korang ye. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

🍁Brand: Hansaegee Nature

Post a Comment

9 Comments

  1. Memang best pakai produk Hansaegee ni... Wawa dh pakai hampir 3 bekas yg aqua tu.. Mmg serasi dgn skin.. Sunscreen pon best

    ReplyDelete
  2. Selalu nampak jugak ramai rakan2 wanita yang pakai produk hasaegee ni. nanti bolehr rekomen dkt mak & kakak saya :)

    ReplyDelete
  3. Thanks tau bagi recommendation. Kebetulan nak ke pulau weekend nie - terus nak cari sunscreen sekaligus moisturizer. TQ

    ReplyDelete
  4. rangkaian produk Hansaegee Nature ni memang best untuk kulit, mudah meresap dan best jer kesan lepas amalkan skincare ni

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus, sebab ada jugak yang suka skip skincare routine ni kan. Nak cantik kene buat semua step hehe

    ReplyDelete
  6. The new sun protection looks good and i like the texture too

    ReplyDelete
  7. Produk Hansaegee ini memang produk yang dipercayai. AM pun gunakan sbb sesuai untuk kulit wajah AM yang sensitif ini. Terima kasih atas perkongsian skin routine ini..

    ReplyDelete
  8. Totally agreeing with you on these good skincare tips. Now I know your beauty secret la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  9. Setuju pakai basic macam ni. Lebih konsisten dan confirm cantik kulit. Kak Ruby suka moisturiser jenama ni. Sejuk je muka. Hehehe.

    ReplyDelete