Assalamualaikum semua
Korang tahu tak, di Malaysia ada 3 Generasi Orthotics Expert? Ya betul, Sunfeet International adalah pakar Orthotics selama 3 generasi yang dah beroperasi selama lebih 40 tahun. Apa itu ORTHOTICS? Orthotics adalah kasut/insole yang diperbuat khas untuk kaki korang, dan ianya ditetapkan oleh Doktor Pakar Orthotics. Dalam bahasa mudah orthotics adalah rawatan komprehensif untuk masalah berkaitan tapak kaki, sakit kaki dan sakit belakang yang mana dapat membetulkan dan membantu kaki berfungsi dengan lebih baik selain mengurangkan risiko kecedaraan serta memberi sokongan yang lebih baik.
Sunfeet International semenjak tahun 1978
Mula berjinak-jinak dengan hiking beberapa tahun lepas, saya memang ada kecederaan kaki, tapi saya kurang kesedaran tentang kesihatan kaki, jadi selalu anggap kesakitan tu hanya perkara biasa. Banyak perkara boleh menyebabkan sakit kaki dan menyebabkan kecederaan. Sebenarnya cara kita berjalan atau gerakkan kaki secara berulang-ulang adalah sangat penting tau. Pergerakan kaki, permukaan tapak insole kasut memainkan peranan penting kepada kesihatan kaki kita. Kebanyakkan kita mengambil remeh tentang kesihatan kaki (termasuklah saya sendiri), sedangkan pelbagai penyakit boleh kita dapat hanya berpunca daripada kaki. Dan daripada kaki juga kita boleh mengesan penyakit lain yang ada contohnya sakit apabila berdiri pada waktu pagi sebaik daripada bangun tidur kemungkinan adalah simptom klasik plantar fasciitis. Ia adalah salah satu masalah yang paling biasa dialami oleh pelari, orang pertengahan umur, terutamanya jika mereka berlebihan berat badan.
Bunion antara masalah yang ramai di hadapi di Malaysia
Sakit kaki biasanya disebabkan oleh masalah mekanikal pada kaki korang seperti biomekanik kaki yang lemah, ketidakseimbangan otot, teknik latihan yang lemah atau kasut yang tidak betul. Pemakaian kasut yang tidak betul pada waktu yang lama memang akan menjadi penyebab masalah mekanikal pada kaki. Dulu, kesedaran mengenai penjagaan kaki tidak begitu meluas, tapi kini, di Malaysia pun dah ramai pakar orthotics, dan salah seorang adalah Dato Dr. Edmund Lee, pemilik Sunfeet International. Minggu lepas, saya sendiri ke Sunfeet International Cheras South (cawangan terbaru), dan pengalaman berkunjung kesini memang menarik. Banyak ilmu tentang penjagaan kaki yang saya dapat daripada Dato Dr. Edmund Lee.
Dr. Edmund Lee memberi penerangan tentang orthotic theraphy
Sunfeet adalah pusat rehab yang menyediakan perkhidmatan orthotics , dan sememangnya pakar dalam penjagaan kaki. Antara perkhidmatan yang disediakan di Sunfeet International adalah penjagaan holistik oleh pasukan pakar dan profesional mereka, pemulihan sukan, prostetik, podiatri, ortotik, pedortik dan fisioterapi. Daripada mendiagnosis, mengubati, menasihati dan juga senaman fisio, semuanya korang boleh lakukan di Sunfeet International Cheras South. Bagi korang yang mempunyai kaki rata (flat feet), cerebral palsy, sakit lutut, scoliosis dan juga kaki diabetes, korang boleh dapatkan rawatan perubatan khas oleh pasukan profesional yang terlatih sepenuhnya. Sunfeet International bukan sahaja menyediakan kasut yang dibuat khas untuk kaki korang (customize), produk ortotik dan prostetik juga ditawarkan di Sunfeet International Cheras South.
Membuat pemeriksaan kaki
Saya berpeluang untuk buat pemeriksaan kaki di Sunfeet, dan saya memang terkejut dengan keputusan yang diberikan. Bagusnya di Sunfeet International Cheras South ni, pemerikasaan kaki dilakukan secara terperinci dan penerangan yang jelas pun diberikan sendiri oleh Dr. Edmund Lee. Asbab memakai insole yang tidak menyokong kaki saya dengan baik, terutama semasa hiking, ia memberi efek pada badan saya. Patutlah saya sering sakit belakang, rupanya kaki dah condong kedalam, memang ngeri bila dapat tahu, mujur ada Sunfeet International Cheras South untuk membantu betulkan semula kaki saya.
Keputusan pemeriksaan memang sangat details ye
Sesi bersama Dato Dr. Edmund Lee, memang jelas penerangan Dr Edmund, semasa sesi ini korang boleh ajukan soalan juga tau, supaya lebih jelas tentang kaki sendiri.
Terima kasih Dato Dr. Edmund Lee
Sunfeet International Cheras South mempunyai ruang yang luas dan selesa, ada ruang untuk buat pemeriksaan kaki, ada ruang untuk terapi, dan lain-lain, kiranya memang selesa lah kat sini. Kebetulan ada seorang pelanggan tengah buat acuan untuk insole, dapat tengok sendiri macam mana acuan insole dibuat, nampak mudah dan pantas, memang cekap dan terlatih pekerja di Sunfeet International Cheras South.
Ruang perbincangan yang luas dan selesa
Bilik untuk rawatan pun sangat selesa
Nampak tak luas kan Sunfeet International Cheras South
Selain itu, di Sunfeet International Cheras South, korang juga boleh membeli kasut dan insole yang bersesuaian dengan korang. Ada pelbagai pilihan kasut untuk keperluan harian korang, daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa lelaki dan perempuan semuanya ada disini.
Banyak kan pilihan
Kasut sukan pun ada, design semua cantik-cantik
Untuk si comel
Nak cari kasut formal untuk kerja atau kasut casual semuanya ada disini
PROMOTION MOTHER'S DAY
Bersempena dengan Mother's Day, Sunfeet menawarkan pakej yang menarik, korang cuma perlu beli mana-mana pakej dan korang berpeluang untuk dapatkan Mother's Day GIVEAWAY dibawah:
- FREE 1x Foot alignment treatment to all mothers.
- Special discount RM100 OFF untuk warga emas, pelajar dan juga ibu tunggal.
- Buy 1 get RM1000 CASH REBATE
Haruslah beli pakej dan beli produk di Sunfeet, tak sabar nak dapatkan kaki yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :
Atau boleh terus booking untuk pemeriksaan:
Sunfeet Orthotics Expert Cheras South
Location: Level 3A Block E, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Hotline: 013-5283939 / 011-54171939
Dibuka setiap hari : Isnin - Sabtu (10pagi-5.30petang) (Tutup setiap Ahad)
Jom atasi masalah flat feet di Sunfeet International Cheras South
#SunfeetAkasaCheras #SunfeetCherasSouth #NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet
9 Comments
Rawlins pun nak gi check gak la. Now rasa lain macam bila jalan lama, entah2 kasut tak sesuai kan
ReplyDeleteSaya pernah buat checking tapak kaki di Sunfeet juga. Perkhidmatan mereka sangat baik dan professional.
ReplyDeleteWishlist juga nak ada sepasang sunfeet. Lagi2 bila meningkat umur kita kena ada sepasang kasut yang selesa supaya tak effect di kemudian hari
ReplyDeleteKalau boleh kena buat feet analysis every year if any problems can rectify early
ReplyDeleteBaru tahu istilah orthotics ni, saya pun nak tgk, mana tau ada yang sesuai untuk saya
ReplyDeletewahh dah bukak cawangan yg baru... mmg sangat syorkan untuk jumpa doktor ini.. sebab ianya memg pakar terbaik
ReplyDeleteOhh wowo....sienny gonna dropping by soon for a check to keep my feet healthy. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteTeringin nak visit here bah, boleh give my feet a scan then customised the best to protect and great care for our feet!
ReplyDeleteBestnya akak dapat cek dan konsultasi bersama Dr. Lepas ni jalan jauh pun kaki terjaga kan. Hehehe.
ReplyDelete