Ad Code

SUNSCREEN TERBAIK 2023 - HYBRID SUNSCREEN SPF 50 INOVASI TERBARU PELINDUNG MATAHARI DARI HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN

Assalamualaikum semua

Cuaca sekarang memang tak menentu, kalau panas tu ya ampunnn kemain panas berdenting. Haba panas tu walaupun duduk dalam rumah kadang tu masih terasa. Kalau kat luar lagi la kan, sebab tu pemakaian sunscreen spf50 tu penting ye. Sunscreen spf50 ni bukan hanya untuk menghalang dari kulit terbakar, ia juga dapat mengurangkan penuaan kulit wajah, selain melembapkan kulit (mengikut jenis sunscreen). Kalau saya sendiri, duduk dalam rumah pun saya kena pakai sunscreen spf50, kalau ke luar memang wajib lah pakai sunscreen spf50.

Sabtu lepas sempat ke Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, tengok perlawanan KL Tigers International Rugby, nak bagi sokongan pada anak menakan (saudara), dia wakil sekolah untuk pertandingan rugby. Kalau dah namanya tournament tu, haruslah buat kat padang, korang tau lah betapa teriknya panas matahari, tapi demi anak menakan tersayang, sanggup ye berdiri tengah panas kat padang tu. Kalau pi duduk kat pavillion (tempat duduk berbumbung) apa je yang nampak, jauh dari padang. Bukan saja-saja pi berdiri tengah padang bawah panas terik tu, saya dah bersedia dengan sunscreen spf50 pa+++, memang dah letak dalam beg untuk reapply sunscreen.

Memang panas ya waktu ni, boleh pulak tertinggal topi dalam kereta

Macam yang saya pernah blog sebelum ni, skincare ni kena gunakan secara istiqomah ya. Yang paling basic, walau ada kat mana sekalipun jangan tinggal. Even masuk ke hutan, cleanser, moisturizer dan sunscreen saya memang tak tinggal. Lagi-lagi bila ada kat padang macam ni, memang wajib bawak sunscreen. 

Mujur bawa sunscreen ni, panas terik pun okay je

APA ITU SUNSCREEN?
Sunscreen ialah bahagian penting di dalam penjagaan kulit wajah, ia merupakan pelindung matahari yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit kita. Masih ramai lagi yang tak tahu kenapa kena pakai sunscreen dan betapa pentingnya untuk kita tau sunscreen pakai waktu bila. Pakai sunscreen dengan betul supaya lebih efektif pada kulit wajah. Di pasaran terdapat banyak jenis sunscreen yang boleh kita pilih. Cakap pasal sunscreen kan, korang tau tak sekarang dah ada hybrid sunscreen? Hybrid sunscreen malaysia yang saya pakai sekarang adalah sunscreen spf50 pa+++ terbaik tau, yang penting sunscreen yang tidak berminyak. Sebelum ni saya cuma tau physical sunscreen dan jugak chemical sunscreen.     
                                                                     
Physical sunscreen ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, dan ia lebih selamat digunakan untuk penggunaan jangka masa panjang berbanding chemical sunscreen. Namun, ia teksturnya lebih tebal, ia boleh menyumbat pori dan menjadi penyebab jerawat.

Chemical sunscreen ni lebih mudah digunakan dan atak ada white cast. Tetapi ia tak sesuai untuk semua jenis kulit, sebab kadang-kadang ia akan menyebabkan kerengsaan pada kulit, lebih-lebih lagi yang ada kulit sensitif.

APA ITU HYBRID SUNSCREEN?

Hybrid sunscreen adalah inovasi terbaru pelindungan matahari yang menggabungkan physical dan chemical sunscreen. Gabungan kedua-dua jenis sunscreen tadi, maka terhasillah hybrid sunscreen yang pastinya akan memberi kesan yang lebih baik bagi kulit wajah.


Kebanyakkan dari kita biasanya bila nak cari sunscreen mesti akan cari jenis chemical atau physical, sebab masih ramai yang belum sedar akan kewujudan hybrid sunscreen ni. Sejak saya menggunakan Aloe Vera Sunscreen, baru saya tahu tentang hybrid sunscreen dan kebaikannya, dan ternyata memang jauh lebih baik keberkesanannya berbanding sunscreen jenis lain. Yang best dengan hybrid sunscreen ni sebab dia mengimbangi kelemahan dari sunscreen jenis chemical & physical, maksudnya kebaikan yang ada pada dua jenis sunscreen yang sedia ada ni digabungkan, jadinya kebaikkan berganda yang kita akan dapat dari hybrid sunscreen. Best kan?

KEBAIKAN HYBRID SUNSCREEN

Hybrid sunscreen adalah mengandungi kebaikkan dari kedua-dua physical dan chemical sunscreen. Gabungan bahan aktif yang ada pada keduanya dapat menghalang kerosakan pada kulit dan lebih berkesan. Dalam physical sunscreen ni ada zink oksida dan titanium dioksida yang baik untuk kulit tapi zink oksida ni jenis yang berkapur, sebab tu akan terjadinya white cast, memang sangat tak sesuai untuk semua jenis kulit. Hybrid sunscreen ni kira penambah baik bagi kedua-dua sunscreen yang sedia ada dan ia sangatlah sesuai untuk semua jenis kulit. Korang boleh say bye bye to white cast dengan menggunakan hybrid sunscreen.

Penapis UV di dalam hybrid sunscreen adalah yang terbaik dengan tekstur yang lebih ringan. Ia dapat memberikan pelindungan UV yang maksimum untuk kulit. Selain itu kuasa penyerapan yang baik akan membuatkan kita lebih selesa untuk menggunakannya. Hybrid sunscreen dapat menyerap dengan cepat pada kulit. Ia juga bersifat non-comedogenic dan anti keradangan sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

Ada pelbagai jenama hybrid sunscreen yang korang boleh pilih, tapi saya memang syorkan HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN. The best hybrid sunscreen Malaysia yang saya gunakan sekarang dan memang fall in love sangat dengan Aloe Vera Sunscreen. Ia bukan saja hybrid sunscreen ye, ia juga mengandungi aloe vera. Kita pun memang dah sedia maklum kebaikan aloe vera untuk kulit wajah. Aloe Vera Sunscreen bukan sahaja memberi anda perlindungan optimum daripada sinaran UVA dan UVB, ia juga dapat melembapkan kulit dan menyegarkan wajah kita. Bila kulit kekal lembap, ia akan mengoptimumkan proses pemulihan jika kita ada sebarang masalah kulit tau. Hybrid sunscreen dan aloe vera? Semestinya terbaik untuk kita, sebab tu saya kata sunscreen ni best sunscreen.

Di pejabat pun memang tak tinggal Aloe Vera Sunscreen, sebab pejabat saya jenis dinding kaca.

CARA PAKAI SUNSCREEN

Ramai yang tak tahu cara pakai sunscreen yang betul, ada yang pakai terlalu sedikit, ada yang pakai terlalu banyak, sampai muka nampak macam kelabu (ini sebenarnya kesan white cast, kalau guna Aloe Vera Sunscreen tak akan ada kesan white cast ni, sebab ia adalah sunscreen yang tiada white cast). Saya kongsikan tips pemakaian sunscreen yang betul, agar kita semua dapat manfaat ya.

Suncreen ni nak pakai waktu bila? Sunscreen sebaiknya di pakai waktu pagi, bersama rutin skincare yang kita gunakan. Walaupun kita hanya dirumah, sunscreen wajib untuk dipakai ya. 

Kulit nampak natural je lepas pakai Aloe Vera Sunscreen spf 50 pa+++

Sunscreen sebaiknya reapply sunscreen 15-30minit sebelum kita terdedah kepada matahari. Hanya gunakan jari sebagai pengukur untuk korang tau sebanyak mana yang diperlukan. Korang boleh tengok gambar di bawah, walaupun nampak macam sedikit, tetapi ianya sudah mencukupi.

2 ruas jari dah mencukupi untuk seluruh wajah.

Sapu rata keseluruh kulit wajah, dan pastikan reapply sunscreen, setiap 2-4 jam, atau lebih kerap jika korang jenis berpeluh. Korang juga perlu sapu semula sunscreen selepas kita cuci muka ya, kerana perlindungan sunscreen akan berkurang selepas kita cuci muka. Kalau korang kerap berpeluh, sebaiknya gunakan sunscreen yang mengandungi Aloe Vera, supaya ia dapat memberi kelembapan yang lebih baik.

Saya akan sentiasa reapply sunscreen, sebab office saya jenis glass door.

Ramai yang selalu keliru nak pakai sunscreen dulu atau day cream (pelembap)? Haa, okay saya bagi tips ya, korang pakai dulu skincare korang, dan sunscreen adalah step yang terakhir. Maknanya sapa dulu serum, moisturizer, ampoule atau apa-apa yang korang gunakan ye. Dan sapukan sunscreen sebelum korang makeup ye. Korang juga boleh jadikan sunscreen ni sebagai krim siang tau, atau kalau korang memang ada rutin krim siang, pakai krim siang dulu baru pakai sunscreen. Kalau tak ada rutin krim siang, sunscreen ni boleh jadi krim siang terbaik untuk korang, lebih jimat kan hehe


Pastikan semua step skincare dah apply pada kulit wajah baru pakai foundation atau bedak. Dengan cara ni, makeup pun akan lebih cantik dan tak 'crack'. Lagi satu, Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen yang tidak berminyak, sebab tu bila kita makeup akan nampak cantik je, kiranya makeup akan stay. Kalau korang baca posting saya sebelum ni, saya ada bagitau yang sunscreen ni tak meninggalkan white cast ya, makeup akan lebih berseri dan tak membuatkan warna kulit tu jadi berbeza. Akan nampak warna kulit yang asal, cuma lebih cerah, berseri dan nampak kulit muka fresh je.

Tak perlu risau pori tersumbat jika korang gunakan Aloe Vera Sunscreen ni, sebabnya ia tidak akan menyumbatkan pori. Sunscreen Hansaegee Nature ni kan mengandungi aloe vera, memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif, saya memang sangat recommend. Sunscreen yang bagus dan terbaik untuk kita pilih sebaiknya mengandungi spf50 pa+++ ye, Aloe Vera Sunscreen ni semestinya akan melindungi kulit wajah kita secara optimum, sebab ia ada SPF yang bagus untuk kulit wajah.

Ingat tau, jangan sesekali skip sunscreen dalam rutin kulit wajah korang. Korang cuba Aloe Vera Sunscreen ni, mesti korang akan jatuh cinta. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari

🍁Brand: Hansaegee Nature






Post a Comment

5 Comments

  1. Memang penting untuk dapatkan sunscreen yang sesuai untuk kulit kita. I apply sunscreen every day untuk elakkan masalah kulit seperti gelap, jerawat, penuaan awal. Takut tau.

    ReplyDelete
  2. I read many good reviews about their products, going to try out soon

    ReplyDelete
  3. Boleh consider go for this bah kan! Sunscreen ni memang wajib walaupun staying indoor kan, boleh la la hybrid sunscreen ni

    ReplyDelete
  4. Ohh wow ... sunscreen so so important & love this with aloe vera . Good for skin. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Macam menarik sebab ianya gabungan dua benda wajib dan yang penting takde white cast. TQ for recommending.

    ReplyDelete