Ad Code

RIADAH HUJUNG MINGGU DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR

Assalamualaikum semua

Korang suka tak jalan-jalan area Bukit Bintang?

Saya memang jarang sangat nak jalan-jalan kat KL, lagilah nak ke area Bukit Bintang tu kan. Haritu roomate ajak jalan-jalan KL naik train. Hmmm menarik jugak ni, dah lama juga tak naik train. Terus la google tempat best sekitar situ, baru tau ada MUSEUM OF ILLUSIONS kat area Pavillion tu. Pernah nampak kat tiktok sebenarnya, dok plan dah nak pi lepastu lupa haha


Pagi tu jumpa Asila & Luqman, (geng hiking and camping), kat LRT Puchong Prima, kami turun kat Hang Tuah, tukar MRT untuk ke Bukit Bintang. Seronok sangat dapat naik train, tak payah nak hadap jem, nak cari parking pun hazab KL tu. Sampai station Bukit Bintang jalan kaki je nak ke Museum tu sekitar 100m, memang dekat sangat.

Masa sampai tu macam confuse jugak sebenarnya, rupanya museum tu di TINGKAT 1, ANSA HOTEL KUALA LUMPUR, maknanya korang kena masuk dalam bangunan hotel tu naik eskalator, korang akan nampak museum sebelah kanan. Terus je masuk dan boleh beli tiket kat kaunter.

Ada pelbagai ilusi yang korang boleh cuba kat dalam museum ni, memang enjoy sangat, jom saya tunjukkan antara illusion yang saya ambik gambar kat dalam museum. Yang best tu, staff sentiasa ada untuk bantu kita dapatkan illusion yang sepatutnya. Masa saya pi haritu, ramai jugak tapi tak bersesak sebab ada banyak illusion, kira kami bertukar-tukar ambik gambar, bestttt.

Korang tau tak, ada lebih 80 pameran ilusi yang menakjubkan dan semestinya akan buatkan sel otak kita berhubung hehe, tak sempat nak rasa bosan pun. First time saya masuk mseum of illusions ni, seriously, memang menyeronokkan.

AMES ROOM

Masuk je museum nampak Ames Room ni, bergambar dengan Asila, memang nampak dia besar sungguh haha, bila tengok balik gambar selak la kami dok ketawa dengan gambar sendiri. Dekat Ames Room ni, nampak macam bilik biasa je, tapi sebenarnya bilik ni dia macam herot sikit, so bila kita bergambar tu akan nampak ilusi sorang kecik sorang besar.

REVERSED ROOM


Reversed Room ni macam bilik yang diputar 180 darjah. So korang boleh buat pelbagai gaya kat bilik ni ikut imaginasi korang. Tengoklah kami, macam-macam gaya dibuatkan, memang seronok weh bilik ni. Kalau kita tak reti nak buat gaya, boleh je tanya pada staff, mereka akan guide beberapa gaya yang kita boleh buat. Wajib cuba tau!


Tak ingat apa nama area ni, tapi kemain gigih la Asila cuba selesaikan untuk keluarkan blok kayu merah tu. Ada few lagi meja cuba yang buatkan kita berfikir, kami lama kat area cube ni, memang akan ralit kat sini.

KALEIDOSCOPE

Paling suka Ilusi ni, cantik dan memukau gittew hahahahaha Kalau korang boleh teka yang mana satu muka saya yang sebenar? Korang bebas tau untuk cipta ilusi korang sendiri kat dalam ni, ikut kreativiti korang.

INFINITY ROOM

Memang seronok dok dalam bilik infinity ni, tapi masa kami datang salah satu pintu sedang diperbaiki, so tak dapat nak ambik gambar macam dalam tiktok tu, takpalah janji ada kenangan bersama 3 ketul kesayangan ni.

INFINITY WELL
Haaaa nak tau tak kenapa namanya infinity well? Kena datang dan rasai sendiri ye hehe

Gabungan muka seorang Bae dan Asila. Jenuh jugak nak ejas ni sebab Asila kan tinggi hahahahah, Tapi comel jugak je Bae campur Asila ni kan?

Kalau dalam gambar macam tak nampak sangat, tapi bila buat video nampak macam kita tengah bersembang dengan ramai orang.

Selain gambar saya kat atas tu, ada pelbagai lagi illusions yang korang boleh cuba tau seperti :

TILTED ROOM
Saya dah masuk tapi tak boleh duduk lama sebabnyaaaaaaa, ha korang kena masuk sendiri baru best, taknak la spill semua hehe.

THE VORTEX TUNNEL
Best dalam ni, macam dalam galaksi gittew, ambik video memang cun, kalau gambar gelap je so tak nampak sangat. Seronok berjalan dalam terowong ni, satu pengalaman yang best.

RUBIN'S VASE
Korang akan jumpa bentuk wajah pada pasu rubin ni, Kalau jumpa komen tauuuuu

SPINNING DISCS
Ilussion ini diperbuat daripada 2 meja putar yang akan membentuk ilusi. Rasa macam dihipnotis je masa diputarkan.

HEAD ON PLATTER
Cantik tau ambik gambar kat sini, memang akan nampak macam kepala korang tergantung. Cari gambar tak jumpa pulak. Memang kena repeat berkunjung ke museum ni semula.

Selain tu, korang juga boleh rasai ilusi lain di area TRICKY RINGS, HOLLOW FACE ILLUSION, HOLOGRAMS, PHOTO ILLUSIONS, dan OPTICAL ILLUSIONS. Cenderahati pun banyak kat sini tau, korang boleh lah beli sebagai kenangan, dan ada beberapa cenderahati merupakan ilusi kecil untuk kita main sendiri kat rumah.


Wajib bergambar kat sini, tanda pernah datang. InshaaAllah ada rezeki nak bawak anak menakan pulak. Dalam MUSEUM OF ILLUSIONS ni korang memang akan enjoy. Yang best tu, apa saja gambar yang kita ambil tak terhad pada satu posisi je, semua nya atas kreativiti kita, macam mana nak ambil gambar, tu yang bestnya. Sebab lain angle lain tau nampak ilusi gambar tu.


Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.meseumofillusions.my atau terus ke :

MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR
LEVEL 1, ANSA HOTEL
(Diantara Farenheit dan Lot 10)

DIBUKA SETIAP HARI 10 PAGI - 10 MALAM

Rugi tau kalau korang tak merasai sendiri MUSEUM OF ILLUSION ni, the best place untuk kita beriadah bersama keluarga, memang enjoy sangat. Saya kongsikan lebih banyak ilusi lain kat video tiktok saya @bae.roslan, jemput tengok ye.

Post a Comment

8 Comments

  1. Best nya ada satu lokasi menarik untuk dilawati kalau ke Kuala Lumpur. Unik jugak muzium nya.

    ReplyDelete
  2. pernah datang sini.. memang best. apatah lagi datang dengan famili macam2 aktivit boleh dilakukan...dan plg penting boleh berootd heheh

    ReplyDelete
  3. So much fun at this museum, gonna be there again for all these fun, thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Menarik kan explore Museum of Illusion ni... boleh la Nell plan visit ngan my friends to explore this over the weekend nanti...

    ReplyDelete
  5. it looks like there are so many interesting corners and attractions here - perfect for taking photos!

    ReplyDelete
  6. Syok juga pergi MOI ni. Pernah pergi masa anak berdukung lagi. Nanti nak revisit lah sebab dekat tengah Bukit Bintang je. Sebelum shopping kat Pavilion. Bleh mai MOI. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Mereka yang create this MOI memang brilliant kan! We can have fun and learn at the same time! Perfect to spend quality time together with family and friends time CNY nanti kat sini

    ReplyDelete
  8. This museum is awesome! been there once during the opening. Its a great place for photos, videos, and also learning experiences.

    ReplyDelete