Assalamualaikum semua
Ramai yang email dan DM saya bertanyakan tentang Batam. Terima kasih semua yang sudi baca entry Batam saya. Setakat ni, pada saya Batam best, banyak tempat menarik, yang paling saya rindu nak ke Batam semula adalah keindahan kepulauan riau dan dah tentu lah seafood yang fresh. Saya kompilasikan semua entry Batam saya supaya senang korang rujuk.
SEBELUM KE BATAM
Saya just nak explain kat sini kalau sebelum covid tiada apa yang lain pun, sama je macam kita pi travel negara lain. Tapi selepas covid, ada reader yang nak ke Batam banyak bertanya apa yang perlu disediakan sebelum ke Batam. So saya rasa ada baiknya saya tulis je kat sini, lebih mudah untuk korang rujuk in the future.
1. Feri ke Batam - Ada beberapa terminal dari Johor yang korang boleh naik. korang boleh rujuk entry tentang feri ke Batam, Klik je link tu ye.
2. Apps pelindung - Apps ni macam my sejahtera di Malaysia. Pastikan korang dah install dan register apss pelindung ye. Isi apa yang patut, kadang pegawai imigresen tak check pun, tapi adalah lebih baik korang register siap-siap. Bila turun dari kapal, sebelum kaunter imigresen akan ada staff yang ditugaskan untuk check apss pelindung dan my sejahtera.
Vaksin - Korang mesti ada vaksin 2 dos untuk masuk ke Batam. Boleh print siap-siap dari my sejahtera bahagian yang menyatakan korang dah vaksin tu. Sama jugak, akan ada staff yang check, tapi kadang staff tak check pun, prepare je lah manatau kang check susah pulak kan.
Simkad - Untuk simkad korang boleh beli di terminal. Kalau korang memang nak pakai simkad WAJIB beli di terminal ya, kalau beli kat luar kena tukar EMEI Indonesia. Dan saya sangat recomended simkad Telkomsel, rasanya around 100k untuk seminggu. Bagitau je nak beli traveller sim card.
Kenangan di Gurun Pasir Busung, Pulau Bintan
HOTEL
Ada banyak pilihan untuk hotel, kalau kat bandar memang banyak sangat pilihan, dari semurah hingga semahalnya. Saya selalunya akan bermalam di pulau, tapi kalau di Batam, ini antara hotel yang saya pernah bermalam :
Tapi jangan risau, kalau korang memang nak stay di Batam je, boleh search di Booking.com, banyak je hotel-hotel yang menarik. Pilih hotel yang berdekatan dengan Mall, lebih mudah, walking distance nak ke mall, kalau tak kang semua nak kena guna grab hehe
TRANSPORT DI BATAM
Jika di bandar Batam boleh guna grab je, atau kalau korang berani boleh je guna ojek, ojek ni pengangkutan awam tapi menggunakan motor. Saya pernah guna ojek ni dari Mall nak balik ke hotel. Tapi dinasihatkan kalau korang tak ada kawan di Indonesia, better naik grab la lebih selamat. Kalau grab boleh order macam biasa, sama je macam kat Malaysia. Kalau ojek, boleh terus tanya pakcik/abang ojek tu berapa rupiah, kalau korang okay boleh naik je, helmet diorang sediakan rasanya, dah lama tak naik ojek ni hehe. Kalau korang nak tour Batam better cari supir yang sewa sehari terus sekali driver dan kereta. Sapa nak contact boleh email ya, saya boleh tanyakan kawan saya di sana.
Sunrise di Pulau Benan
PULAU MENARIK BERDEKATAN BATAM
Batam ni terletak di kepulauan Riau, jadinya ada banyak pulau-pulau menarik di sekitar Batam. Kalau ke Batam saya memang akan ke salah satu Pulau. Cumanya ada pulau yang agak jauh dan boleh memakan 1 hari perjalanan untuk sampai. But, it sure worth it la. Pulau-pulau kat sini, memang cantik yakmat, kadang rasa tak puas datang sekejap-sekejap. Korang boleh baca posting pulau-pulau yang pernah saya kunjungi, manatau boleh jadikan panduan. Antara pulau yang saya pernah pi adalah :
Itu saja yang dapat saya kongsikan, harap posting ni dapat membantu korang yang nak travel ke Batam ye. Kalau ada yang saya terlepas pandang boleh je email ye, saya cuba bantu apa yang saya tahu.
20 Comments
Ok lepas ni kalau pergi Batam memang kena ingat la tips nak travel ke sana hee thanks for sharing!
ReplyDeleteyesss lebih mudah bila ada tips kan
Deletebestnya. memang ada plan nak ke sana suatu hari nanti tapi tak tahu bila. kita tengok keadaan sekolah dan kesihatan anak-anak sama
ReplyDeletenanti dah ke batam share experience ya
DeleteBaru je tadi kak ana tonton kat tiktok feri ke Batam ni canggih gak ye.. nice sharing sesuai untuk cuti2 hujung tahun ni kan
ReplyDelete.
ya kak ana, feri nya besttt naik, bae ada share pengalaman naik feri dolphin
DeleteTeringat kenangan pergi Batam atau Pulau Lingga kot tak ingat dah bestnya area sana juga hehehe memang pantai cantik sangat. Nanti nak pergi lagi ajak lah kita...
ReplyDeleteokayyy maha, nanti kita ajak ye
DeleteYes yes while reading, I missed travel time at Batam la, saved this as it's detailed info for my next travel. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletebest kan travel batam
DeleteBatam pun one of my favorite city to explore, dekat with us and worth to plan another visit to explore more! your recommendation definitely helps too!
ReplyDeleteyes betul tu, dekat je but banyak good places to explore
DeleteKakkkkkkk bestnyaaa semua details akak share. Ada plan nak ke sana. Nanti bleh rujuk kat sini. Hehehe
ReplyDeleteyess, nak pilih terminal feri ke batam pun boleh je check blog akak
Deletehi awak. good info n senang faham tp boleh tak saya nak tahu itenary dari jb - batam? and supir di batam. sbb risau jugak pergi first time ni.
ReplyDeleteKalau nak nombor supir boleh email saya ye. robaeyah.roslan@gmail.com
DeleteSalam sis..feri & terminal OKU friendly ke?sy ade ank OKU wheelchair bound..tqia
ReplyDeleteseingat saya macam tak ada. mungkin boleh tanya dulu sebelum beli tiket. saya suggest pilih dolphin ferry lebih selesa berbanding yang lain.
DeletePulau Benan tu pestaim dgr., thanks
ReplyDeletepulau benan ni asalnya perkampungan, baru je di komersialkan. sebelum ni chalet pun tak ada. cantik pulau ni.
Delete