Ad Code

BAE'S LOVE LETTER I BENARKAN DIRI UNTUK TERUS BERJUANG

Assalamualaikum semua

Segmen baru untuk blog ni Bae's Love Letter, adalah surat cinta buat diri sendiri. Sebenarnya nak buat slot motivasi tapi dalam bentuk surat, ibarat macam menegur diri sendiri melalui penulisan. Segmen ni juga harapnya bermanfaat untuk korang, mungkin kata-kata semangat melalui segmen ni kebetulan apa yang korang perlukan waktu tu. Who know's right?


BENARKAN DIRI UNTUK TERUS BERJUANG

Dear self...

Musim yang silih berganti mengingatkan aku tentang setiap yang berlaku pasti ada pengakhirannya, begitu juga bagi setiap masalah yang dihadapi. Aku yakin setiap dari kita menginginkan kehidupan yang tenang, berjalan lancar, namun ia tidak berlaku, bukan kerana Tuhan tidak makbulkan permintaan aku, tetapi tanpa ujian dan kesusahan yang aku lalui dulu dan kini, percayalah ia hanyalah untuk mematangkan diri.

Terkadang, saat aku menghadapi sesuatu ujian, aku selalu nak mencari penyelesaian yang CEPAT, MUDAH dan PANTAS. Dan aku lupa, kehidupan ni bukan seperti iklan-iklan produk, yang berkesan seawal 3 hari haha. Ia tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, tiada apa yang mudah dan pantas dalam dunia ni, dan semuanya perlunya usaha.

Bae...
Jika kau sedang runtuh sekarang,
Jika kau sedang jatuh terduduk,
Jika kau lemah longlai tanpa sesiapa,

Jangan bersedih, kerana waktu inilah, Tuhan sengaja membiarkan kau remuk dan berkecai hanya untuk mempersiapkan sesuatu yang lebih besar untukmu. Atau mungkin, kau sebenarnya dah terlalu lama tidak berpaut, dan DIA memanggilmu kembali hanya untuk kau bergantung dan bernyawa.

Pernah suatu ketika, aku melalui fasa dalam kehidupan, diuji hinggakan rasa tak berdaya lansung. Aku melakukan segala-galanya dengan sebaik mungkin, tetap bersabar, saya tidak putus-putus berdoa kepada-Nya untuk mendapatkan pertolongan, waktu yang sama masih berharap akan keajaiban. Memang tak dapat fikir penyelesaian terbaik waktu tu, sampai satu saat tu rasa nak give up dalam hidup ni. aku dah PENAT!. Tapi Tuhan ni sangat lah Maha Penyayang, waktu tu hati terdetik "AKU kan masih ada". zappppp serasakan macam menusuk dalam hati. Kenapa aku nak putus asa sedangkan aku ada Allah Yang Maha Kaya.

Kadangkala, bukan Tuhan tidak membantu, tapi kita sendiri yang TIDAK MEMBENARKAN diri sendiri untuk berjuang. Kita membiarkan diri untuk berputus asa dengan rahmatNya. Aku mula memberi diri aku kebenaran untuk berjuang. Aku membenarkan diri untuk merasa OK dengan perkara-perkara yang aku rasa tak OK. Aku yakinkan diri sendiri, inilah yang Tuhan mahu saya buat - BERJUANG.

Kita (baca: aku) selalu taksub dengan kehidupan yang lancar, semua masalah terselesaikan, tampak sempurna segala-galanya. Namun kita lupa, kehidupan ni adalah sesuatu yang unik...

Kadang kita di bawah, kadang kita di atas,
Kadang hidup itu sunyi, kadang ia berdentum kuat,
Kadang ia terbentang luas, kadang rasa sempit,

Itulah indahnya sebuah kehidupan. Satu benda yang aku belajar dari kehidupan, ia adalah SEMENTARA. Begitu juga perjuangan kita disaat kita menghadapi kesukaran, ia juga sementara. Saat kehidupan kembali tenang, jangan lupa untuk bersyukur pada badai yang berlalu. Hidup kan ibarat kitaran, keperitan yang dilalui hanyalah sementara, begitu juga kebahagiaan. "Kalau bahagia pun sementara, apa gunanya hidup?"

Itulah makna sebenar sebuah kehidupan, tiada yang kekal selama-lamanya, saat kita disajikan dengan kebahagiaan, kedamaian hati, ketenangan fikiran, kegembiraan, rangkullah sepenuh hati, genggam erat rasa itu. Dan, jika keperitan, kesusahan, kesakitan berkunjung, jangan pernah berputus asa, teruskan BERJUANG dan BERUSAHA, kerana ia kan hanya kitaran, bersifat sementara, bahagia sedang menunggu kita, agar ketawa lagi.

Hadapi apa yang berlaku, dengan membenarkan diri kita untuk terus berjuang. Jangan tergesa-gesa untuk keluar dari segala permasalahan, kerana Allah Maha Bijaksana, pasti ada hikmahnya kenapa kita di letakkan disitu. Selami sepenuhnya hikmah disebalik apa yang berlaku, apa yang kehidupan nak kita belajar darinya, atau mungkin ia sedang mengajarkan kita sesuatu?

Untuk semua yang sedang melalui masa yang sukar, no worries, it is just temporary. Tak semua masalah kita perlu selesaikan hari ini. Apa yang boleh kita lakukan, membenarkan diri untuk berjuang, biarkan diri untuk berlari kembali kepadaNYA, tak kiralah dimana pun kita waktu tu, saat kita sedang remuk, patah, sunyi, sakit, berkecai - Jangan berhenti berjuang!

Dan berjanjilah dengan diri sendiri, jangan pernah menoleh ke belakang lagi, teruskan melangkah ke destinasi bahagia. Rangkul nikmat saat berada dalam RahmatNYA, kerana dalam rangkulan ini kita akan mula membenarkan diri untuk melakukan perkara yang lebih hebat lagi..Percayalah!

Moga manfaat untuk semua

Love,
Bae

Post a Comment

11 Comments

  1. penulisan yang bagus. Betul tu..kadang kala kita sendiri yang perlu motivaiskan diri sendiri bukan sahaja dari orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kita selalu lupa diri sendiri, hati sendiri hehe

      Delete
  2. Absolutely inspired by your love of writing here. Enjoyed my read always, do keep it up Bae. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. This self love letter sarat dengan mesej yang sangat berguna to all of us ya! Motivation juga, especially part Jangan Berhenti Berjuang! So true kan...

    ReplyDelete
  4. thank you so much for your incredibly encouraging and inspiring words. i am feeling so much better now after reading your article!

    ReplyDelete
  5. Keep is up sis! memang betul life is full of challenges so keep fighting

    ReplyDelete
  6. Love letter utk diri sendiri, sekejap jer dah kita lalui 1 thn dan aka msk thn baru dan lalui perjalanan baru yg blm tentu hala yg dituju

    ReplyDelete