Ad Code

10 DAYS SABAH ROADTRIP - DAY 1 CAMPING DI TEGUDON TOURISM VILLAGE KOTA BELUD

Assalamualaikum semua


Sabah adalah kawasan yang kaya dengan budaya, dan tempat menarik yang viewnya sangatlah ohsem. Pulau-pulau di Sabah juga sangat cantik dan berbeza dengan pulau-pulau yang ada di Semenanjung. Saya pernah ke Semporna beberapa tahun lepas, dan pulau mataking yang paling saya suka, setakat ni tak ada pulau secantik pulau mataking yang dapat menawan hati giteww

Dah lama sebenarnya nak travel like locals, bukan hanya ke tempat-tempat viral. Alhamdulillah, Allah izinkan bulan ogos lepas, saya dan Kak Kin untuk buat 10 hari roadtrip pusing Sabah. Kami berdua akan drive sendiri di Sabah secara bergilir-gilir untuk pusing Sabah. Sabah ni sangat besar ye, dari satu tempat ke satu tempat tu kadang drive 4 ke 5 jam, jadinya hanya sebahagian daerah je yang kami dapat cover. Saya sediakan itinerary ringkas ke mana travel sepanjang 10 hari tu. Disebabkan trip ni panjang, saya akan buat posting berperingkat ye.

ITINERARY RINGKAS TRAVEL 10 HARI DI SABAH

Day 1    Kota Belud
Day 2    Pulau Mantanani
Day 3    Tip of Borneo, Kudat
Day 4    Pulau Banggi
Day 5    Taralamas, Ranau
Day 6    Kundasang
Day 7    Beaufort
Day 8    Tenom
Day 9    Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi
Day 10  Kota Kinabalu

Bergambar kenangan dulu sebelum masuk airport, suami Kak Kin hantarkan.

Seawal sebelum subuh Kak kin datang rumah, saya tumpang Kak Kin pagi tu untuk ke airport. Flight kami pukul 8, dan disebabkan kami nak check in bag, perlu la sampai awal, nak solat subuh lagi kan, boarding around 7.30 pagi. Alhamdulillah pagi tu smooth je, check in bag pun tak la beratur lama sangat, cuma kat surau je kucar kacir sikit, penuh orang, biasala waktu solat singkat kan.

Beratur untuk check in bag, masing-masing dah excited dengan bag sebelum shopping ahahahahaha

Cantik view sunrise di KLIA


Masa ni kami memang excited, dah lama tak travel lama macam ni, dua-dua kaki travel hehe Alhamdulillah suami masing-masing faham dan bagi kebenaran untuk kami travel berdua, yang tak faham adalah orang sekeliling. Manusia ni kan pelbagai ragam, tapi rasanya trip travel ni tak mudaratkan sesiapa pun, I just don't understand people. Bertabahlah wahai Bae...


Inilah makanan yang dihidangkan oleh MAS. Makanan dalam flight ni memang so far Air Asia la paling the best untuk saya. Penting ye makanan dalam flight ni, sebab saya sejenis suka makan hahaha, dulu naik AA, flight ke Penang yang 50 minit tu pun saya akan order makan.

Sampai airport, kami tunggu kereta sewa. Untuk trip ni kami sewa kereta bezza je, cukup la untuk kami berdua, dan yang best bezza ni kan jimat minyak. Untuk 10 hari kami bayar RM1089 dan ada deposit RM100. Kalau korang nak sewa kereta kat sini, pastikan check dulu, kalau boleh ambik video seluruh kereta, especially area yang kita tak perasan memang akan ada calar. Silap kami jugak la tak check secara detail sebelum mulakan perjalanan. (Nanti saya ceritakan kenapa saya pesan macam ni)

Lepas ambik kereta kami ke Papar, rumah MIL Kak Kin nak hantar barang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Papar lebih kurang 45 minit. Jadi alang-alang singgah tu untuk hantar barang, kami pun solat dan lunch siap-siap. Baiknya makcik siap buatkan ambuyat, first time dapat rasa ambuyat, walaupun dah beberapa kali ke Sabah. Ambuyat ni kira makanan tradisi di Brunei, tapi popular jugak di Borneo. Oh ya, makcik orang Brunei ya tapi tinggal di Sabah, sepanjang di rumah, makcik panggil saya dayang (panggilan yang digunakan di Brunei), sementelah memang 

Makcik tengah tunjuk cara sebenar makan ambuyat. Tengoklah lauk pauk yang disediakan, rasa segan pulak dilayan dengan baik. Terima kasih makcik, moga dipermudahkan urusan selalu.


Cara makan ambuyat ni kan, korang kena terus telan, masa mula cuba makan ambuyat ni tak reti nak telan, sebab dah biasa kunyah dulu kan, hahaha, tapi macam kunyah pun sedap je. Pada saya yang buatkan ambuyat ni sedap adalah kuah yang kita cicah tu, kuahnya nampak macam kari, tapi tak rasa kari tau, tak reti nak describe macam ada rasa masam, pedas, manis, masin semua ada, yang pasti sedap yakmat.

Memandu di Sabah tak boleh laju, banyak jalan rosak akibat gempa rasanya, so jalan raya kat sana ada yang berombak, memang bahaya la kalau bawak laju. Dan sebolehnya drive siang je, takda lampu jalan ye. Memang rasa speechless dengan kerajaan Malaysia, ni dah tahun 2022, lampu jalan pun masih takdak, sayang betul, sebab Borneo ni sangatlah cantik.

Dah sampaiiiiiiii

Tenangnya view kat sini, udara pun segar


Okay sampai je kat TTV, terus register di pondok, kemudian staff TTV pasangkan khemah kami. View kat sini memang cantik, udaranya segar, khemah pulak betul-betul depan sungai, deruan air sungai tu memang ohsem lah. Korang boleh pilih nak khemah, gazebo, pondok ada pelbagai jenis, dan view. Kami pilih view betul-betul depan Gunung Kinabalu. Jangan risau, kat sini disediakan tandas dan bilik mandi, tapi sekadarnya lah ya, korang jangan expect macam tandas hotel pulak haha Personally, pihak TTV perlu perbaiki dari segi maintenance dan kebersihan tandas.

Wajib lah bergambar view akinabalu


Air sungai ni serius laju ye, dekat are yang berbuih tu macam ada pusar

Aktiviti harini memang santai je, kami naik bukit di sebelah campsite tu untuk meniti di jambatan gantung. Jambatan ni macam jambatan kayu lama, agak ngeri ye nak lalu sebab nampak kayu tu macam reput je, haha, dah la betul-betul atas sungai, ni kalau jatuh memang terus hanyut je. Air sungai kat sini sangat laju ye, jangan la cuba-cuba nak mandi di bahagian tengah, sebab nampak macam berpusar kat tengah sungai tu. Demi sebuah gambar, lalu la jugak jambatan kayu tu.

Nampak macam enjoy kan, padahal terjerit-jerit kat Kak Kin suruh cepat, tak sanggup nak berlama-lama kat atas jambatan ni

Sebenarnya saya nervous ye nak lalu jambatan ni, dengan goyang tak boleh bawak bincang, tengok pulak air sungai yang laju yakmat kat bawah, lemah kaki nak berjalan.

Dapat jugak bergambar berdua kalau tak kena selfie je

Bergambar kenangan dengan orang kampung. Pakcik ni nak lalu jambatan tu, kami mintak tolong ambikkan gambar hehe

Terima kasih pakcik layan kitorang bergambar. Comel je dengan beg sekolah tu

Dah puas bergambar dan menikmati keindahan alam, hati ni tak keruan bila tak mandi sungai, Saya sangat suka mandi sungai, memang tak lepaskan peluang la. Hanya berani mandi di tepian, tu pun air memang laju. Yang best dengan sungai kat sini, sungainya penuh dengan batu sungai yang hitam tu, jadi bila mandi tak berpasir la. Sangat puas hati dapat mandi sungai walaupun sekejap, nak datang lagi entah bila kan, dari teringat-ringat bila dah balik semenanjung kan. Lepas maghrib terus naik dan mandi di tandas.

Memang pilih campsite ni sebab nak view menghadap akinabalu

Kami booking penginapan sekali dengan tilam angin dan makanan, lebih mudah tak payah nak keluar lagi cari makan. Sementelah jalan nak masuk ke TTV ni pun agak mencabar juga ya. Kalau korang nak booking sekali dengan makanan wajib request ye nak makanan halal, sebab kat sini majoriti bukan muslim, kalau kita bagitau siap-siap, TTV akan order dari luar. Yang tilam angin tu pulak, bukan rezeki saya agaknya dapat tilam angin yang bocor, agar tak selesa la tidur malam tu, nasib memang dah biasa bercamping kan, cuma rasa rugi la bayar tilam tu.


Dinner RM15 ada nasi putih, gulai ayam, sayur kobis, kerabu dan air. Terus bayar pada orang yang sediakan makanan tu. TTV hanya tolong uruskan untuk order je. Kerabu bambangan tu ya ampunnnn sedap yakmat. Kalau korang nak order makan kat sini, mintak la depa buatkan, serius sedap, rasa macam kerabu mangga tapi berbeza, memang korang kena rasa sendiri.

Anjing ni setia je jaga khemah. Kat sini ada banyak jugak anjing tapi diorang tak kacau pun, memang akan duduk kat situ dan jaga kita.


Sebenarnya bawak kek ni dari Semenanjung, takut tak sempat nak cari kek kat sini, itu pun sempat la jumpa lilin tu, nak celebrate birthday Mila tengah malam tu. Alkisahnya semua mengantuk dan penat, tertidur awal, saya terjaga pukul 12 lebih tengok semua dah nyenyak tidur, ingatkan saya sorang je la yang terlepas, rupanya semua orang pun tak bangun, esoknya baru wish kat Mila dan bagi kek ahahha


Sini sejuk tau so malam tidur pakai stokin, bangun pagi nampak view akinabalu, rasa bersyukur sangat

Bangun pagi feeling-feeling dulu dalam khemah dan wajib ya bergambar kat sini

Bersama bff dunia akhirat. Kami jarang jumpa, tapi akan selalu keep in touch

Geng Sabah untuk 2 hari
Kak pijah, anak kak pijah, mila, bae, kakin, eone

Keesokkannya, terus bersiap-siap sebab nak ke jeti sebab kami akan ke Pulau Mantanani. Dari TTV ke Jeti Rampayan ni tak jauh pun lebih kurang 30 minit perjalanan. Kami keluar awal, sebabnya kami nak singgah di satu tempat untuk OOTD. Kat mana tu? haaa tunggu posting seterusnya ya.

Kredit gambar : Kak Kin, Mila, Eone

Post a Comment

14 Comments

  1. When reading this making me missed my Sabah art trip a lot more too. Gonna start survey air fare to fly back Sabah la...I wanna do the train ride. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn i pun selalu survey flight untuk sabah sarawak

      Delete
  2. bestnya Bae.. pengalaman yang cukup manis.. jauh pulak tu dia pergi ke Sabah.. suka tengok keindahan alam macam ni

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa trip ni. Seronok pulak tu dapat makan abuyat.. my fav ;) lama.bercuti banyak tempat awak pegi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun rasa tak puas, seronok la dok sabah ni

      Delete
  4. Bestnya jalan ke Sabah dan makan ambuyat. Rindu nak travel ke sana dan menghirup udara segar

    ReplyDelete
  5. Wah! Bestnya trip Bae ke Sabah ini. Boleh berkhemah, rezeki makan Ambuyat dan paling best kenangan bersama rakan2 satu kepala kan?? Satu hari nanti AM pun teringin nak ke sana jugala.. masa tue Bae jadi tour Guide kita yea..

    ReplyDelete
  6. Comel la pakcik tue.. :) nice one ya, best juga camping macam ni kan! You are so lucky to have this view kan... cantik without awan lindungi the tip...

    ReplyDelete
  7. While reading your sabah story here, make me missed my recent Sabah trip alot, doing air fare survey now so can travel to Sabah again for different exploring la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Wahhh seronoknya, banyak tempat menarik dapat explore. Boleh dikatakan kawasan yang Bae pergi tu meliputi tanah rendah, tanah tinggi, pulau dan bandad. Best betul! Siap camping lagi! Tengok cuaca pun syok sejuk. Best best best!!!

    ReplyDelete
  9. Wah best nyer! thanks for sharing these details and experience, will take note when i m going to sabah again

    ReplyDelete