Ad Code

TUHAN, FAHAMKAN AKU DENGAN TAKDIRMU I NUKILAN BAE

Assalamualaikum semua

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui”. (Surah Baqarah 2:216)

Ayat 216 ini menggambarkan keadaan hati seorang Bae saat ini. Berkali-kali saya ingatkan diri sendiri yang saya hanya hambaNya, dan Dia adalah Tuan yang perlu saya patuh, walaupun dalam keadaan kecewa. Saya akui, ia agak sukar untuk saya terima, hati ni dah berbunga-bunga dengan segala perancangan, hati dah bahagia membayangkan perubahan yang bakal berlaku. Tapi apakan daya, kirta hanya manusia biasa yang mampu merancang.

Berat sebenarnya untuk berdamai dengan takdir, namun tiada daya upayaku. Hati ini seakan tak mampu lagi bertahan walau untuk seketika, Tuhanku, FAHAMKAN AKU DENGAN TAKDIRMU. Jujurnya, memang tak mampu untuk berada disini, Bilamana hati merasa kecewa, sarat akan kesedihan, berhati-hatilah Bae...tatkala itu, boleh jadi syaitan sedang memainkan peranannya, meletakkan fikiran dengan soalan-soalan yang merosak hati. "Tuhanku, mengapa aku?" " Kenapa tidak aku?" "Kenapa kau biarkan aku disini?" dan pelbagai lagi. Memang benar, inilah yang bermain di hati dan fikiran, sungguh, jiwa dan iman ini sangat rapuh untuk bertahan.


Bae..

Ketahuilah, setiap keadaan yang kau sedang lalui, ia adalah yang terbaik buatmu. Dan pastinya jika di amati, pasti ada kebaikkan buatmu. Jangan mudah kecewa dengan Tuhanmu yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kerana asbab kasih sayangNya, kau kini masih didunia, menikmati segala nikmat, dengan PERCUMA!

"Sekiranya kita mempunyai kuasa yang sempurna untuk menentukan nasib kita, dan visi yang sempurna untuk melihat masa depan dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kita akan memilih dengan tepat takdir yang telah Allah pilih untuk kita." – Imam al-Ghazali (rahimahullah).

Saya mungkin kecewa dengan apa yang berlaku hari ini, tapi jika saya mengetahui apa yang ada di depan, pastinya saya memilih untuk kecewa harini, kerana inilah takdir yang terbaik untuk saya. Dengan keyakinan Allah Maha Mengetahui, saya letakkan kepercayaan dan tawakal saya padaNya. Mungkin inilah cara terbaik untuk saya kembali padaNya. Saya seringkali berdoa, agar segala pengharapan saya hanya untuk Tuhan Yang Satu. Barangkali ini lah jalan yang Allah bukakan untuk makbulkan kehendak saya. Perjalanan harini ketetapan yang mengecewakan. Tidak dinafikan, ia jalan yang perit untuk saya terima, takdir yang menyakitkan dan memalukan. Whatever it is, I must put my trust to Allah. Saya pasti, kekecewaan harini adalah tanda syukur di masa depan, dan ia adalah bukti cinta dari Sang Pencipta.

“Seandainya Allah membuka tabir bagi hamba-Nya dan memperlihatkan kepadanya bagaimana Dia mengatur urusannya untuknya, dan betapa Allah lebih mementingkan kemaslahatan hamba daripada dirinya sendiri, niscaya luluhlah hatinya karena cinta kepada Allah dan telah dirobek-robek kerana bersyukur kepada Allah. Oleh itu jika kesakitan dunia ini meletihkan anda jangan bersedih. Kerana boleh jadi Allah ingin mendengar suara kamu dengan doa. Maka tuangkanlah keinginanmu dalam sujud dan lupakanlah dan ketahuilah; sesungguhnya Allah tidak melupakannya.” – Ibn al Qayyim (Rahimahullah)

“Aku hanya mengadukan kesusahan dan kesedihanku kepada Allah” (Yusuf 12:86)

"Ya Allah, apabila aku kehilangan harapan dan rancanganku, tolonglah aku mengingati bahawa cinta-Mu lebih besar daripada kekecewaanku, dan rancangan-Mu untuk hidupku lebih baik daripada impianku."

Inilah doa yang selalu saya amalkan saat saya sedih dan kecewa. Dah sekian lama saya tak merasa sedih, dah terlalu lama saya tak ungkapkan doa yang satu ini secara istiqomah. Ini teguran halus Pencipta, untuk saya mendayung perlahan di jalanNya.

Terima kasih Tuhan kerana sentiasa mengingatkan, yang aku tak pernah keseorangan. Allah ada perancangan untukmu Bae. Percayalah rancanganNya.

“Apabila Allah menguji kamu, ia tidak akan membinasakan kamu. Apabila Dia mencabut sesuatu dari tanganmu, itu hanyalah untuk mengosongkan tanganmu untuk pemberian yang lebih besar.” – Ibn al Qayyim

LA TAHZAN BAE!

Post a Comment

6 Comments

  1. Chaiyok Bae! InshaAllah yang tertulis tu lagi indah. Kejap je sedih untuk kebahagiaan dan happy-happy masa depan nanti

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, Allah swt akan mudahkan dan perkenankan apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu.

    ReplyDelete
  3. Don’t ruminate about what might have been, the more you dwell on the disappointment, I hope all the best for you.

    ReplyDelete
  4. sedih pulak baca posting ni... kesedihan jangan dibiarkan lama-lama.. betull berdamaikan dengan takdir bukan mudah... masa yg akan memulihkan

    ReplyDelete
  5. Cheer up friend, sadness is just temporary, all will be gone with more positive vibes happening then. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Stay strong! God will never test his people beyond the limit, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang pasti terungkai nanti... why it happened at the first place... take care sis...

    ReplyDelete