Ad Code

TIPS ELAK GANGGUAN SEKSUAL SEMASA HIKING

Assalamualaikum semua

Wanita selalu dijadikan simbol seks pada lelaki dan gangguan seksual tidak terhad di tempat kerja, di dalam pengangkutan awam, ia juga berlaku semasa hiking. Ya, korang memang tak silap baca ye. Kebanyakkan kita tak tahu pemahaman sebenar gangguang seksual. Gangguan seksual adalah sebarang gangguan yang melibatkan tingkahlaku secara fizikal atau lisan bersifat seksual. Gangguan ini juga bukan hanya berlaku ke atas wanita tapi kini, dah ramai lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual. Mangsa wanita atau lelaki, perkara ini tak seharusnya berlaku.

Trip Jerging dayhike

Pengalaman saya sepanjang berada dalam dunia hiking ni, tak pernah lagi mengalami gangguan seksual, mungkin sebab saya sendiri dah macam lekaki (baca : kasar) haha Tapi, salah sorang kawan trip saya pernah alami. Malangnya masa kes berlaku tak seorang pun tahu, dia hanya ceritakan lepas trip tu tamat. Alasanya, dia takut dan malu nak bagitau pada sesiapa. Saya boleh faham perasaan dia, ketika di paksa dan diugut untuk melakukan perkara tak senonoh tu, dan waktu tu tak ada sesiapa yang kenal rapat untuk mintak bantuan. Menangis saya bila tau apa yang terjadi, sedih sebab saya ada disitu tapi tak membantu.Moga-moga saya tidak dipertanggungjawab oleh Allah di akhirat kelak walaupun ia memang khilaf saya tanpa disedari.

Kebanyakkan mangsa memang akan memilih untuk mendiamkan diri. Ia perkara yang jijik, mesti akan ada perasaan malu nak ceritakan pada sesiapa. Tapi mendiamkan diri akan membuatkan pemangsa lebih agresif lagi. Sebagai perempuan, kita lah yang harus bertanggungjawab ke atas diri kita semasa hiking. Walaupun trip hiking tu trip berkumpulan, kita harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa gangguan seksual.
Trip Gunung Yong Yap

Dulu, sebelum saya tau pasal kes kawan satu trip saya tu, saya memang tak ada pendedahan yang adanya gangguan seksual dikalangan pendaki. Tak tercapai dek akal nak fikir seksual dalam keadaan penat, berpeluh-peluh dok naik gunung tu kan, dalam hutan pulak tu, otak ni kadang fikir jangan ada binatang buas dah la. Tapi, lain orang lain pemikirannya, rupanya ada spesis yang masih memikirkan nafsu, padahal bukan berdua dalam hutan tu. Pernah nak join satu trip mendaki gunung di Cameron Highlands, masa tu saya sorang je, kawan-kawan lain tak dapat join, saya inform seorang kawan yang saya akan pi trip tu sorang je, dan saya tak kenal sesiapa dalam team tu. Kawan saya bermatian tak bagi saya join, dan suruh cari date lain untuk dia teman saya. At last baru dia cerita dah banyak kes tentang gangguan seksual semasa hiking di Malaysia, cumanya masih tak banyak awareness dilakukan. Kawan-kawan hiking ni, lelaki ke perempuan, semuanya baik-baik dan sangat protective (kawan-kawan saya lah, saya tak pernah ada bad experience dengan geng hiking, Alhamdulillah). Macam kawan saya yang tak bagi saya join trip sorang diri tu, sangat protective, kalau masa trip kawan-kawan lelaki memang akan jaga line up wanita, begitulah fitrahnya, bukannya merosakkan.

Trip Gunung KorGa

Di Malaysia ni, kebiasaannya trip hiking akan dianjurkan oleh organiser (Gogo) yang memang ada team untuk uruskan kumpulan hiking. Trip-trip hiking bermalam atau dayhike sememangkan lebih baik melalui Gogo je, untuk mudahkan kita dengan urusan permit dan sebagainya. Adalah lebih baik jika kita ajak dulu kawan-kawan, Tapi, kalau kita tak ada kawan yang nak join trip tu bersama, nasihat saya, boleh 'cari kawan' dulu dengan bertanya di group Facebook HARAM, manatau ada yang satu trip, boleh berkenal-kenalan dulu. Elakkan untuk join trip tak dikenali seorang diri ye. Saya share kat beberapa tips dari geng hikers juga moga korang dapat jadikan panduan. 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL 
SEMASA HIKING

Sebelum pendakian:

1. Kenali line-up/peserta/guide/gogo yang mengikuti pendakian. Sebagai peserta, anda harus melakukan background atau reputation check terhadap guide dan gogo anda. Background check boleh dilakukan dengan membuat random survey melalui teman-teman pendaki yang pernah menggunakan khidmat guide/gogo.

2. Menetapkan batas (set boundaries) di antara diri dengan pendaki berlainan jantina. Bukanlah bermaksud anda tidak lansung bercakap dengan mereka, tapi lebih kepada berjaga-jaga dalam pergaulan, lebih-lebih lagi dengan pendaki/guide/gogo yang sudah berkahwin. Friendly is good, but flirting is not.

3. Tetapkan niat mendaki yang betul. Mendakilah kerana alam, bukan kerana manusia atau kerana mahu mencari jodoh. Alam sepatutnya menginsafkan kita dan mendekatkan kita kepada Pencipta.

Semasa pendakian:

1. Elakkan dari tidur di bawah satu fly bercampur lelaki perempuan. Jika terpaksa tidur di bawah fly yang sama, asingkan bahagian lelaki dan perempuan dengan timbunan beg sebagai penghadang.

2. Jika anda merasa ada simptom-simptom pelik yang ditunjukkan oleh guide/gogo/peserta lelaki kepada anda (seperti flirting way TOO HARD, giving TOO MUCH attention to you alone but not to others, TOO MUCH unnecessary touching and such). SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SI PELAKU DENGAN KADAR SEGERA.

3. Pakailah pakaian yang bersesuaian sebab kita bukan boleh agak manusia ni. Ibarat air laut, ada pasang ada surutnya, begitulah juga dengan imannya manusia.

4. Sekali lagi, berhati-hati dan berpada-pada dalam pergaulan. Jaga solat, jaga batas, jaga diri dan jadilah pendaki wanita yang bermaruah.

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda merasa anda TELAH diganggu secara seksual:

Selepas Pendakian :

1. Jika tiada tanda-tanda keinsafan dapat dilihat dari si pelaku, atau jika perkara yang sama berulang lagi, sila laporkan segera kepada organisasi tertentu.

Contoh, jika si pelaku adalah guide, sila laporkan ke pihak atasan di mana guide tersebut mendaftar. Jika si pelaku adalah gogo, sila laporkan ke polis atau Persatuan Penganjur-penganjur Aktiviti Lasak Malaysia.

Dan jika si pelaku adalah salah seorang peserta pendakian, sila laporkan ke guide/gogo/polis.

2. Abaikan segala bentuk komunikasi dengan pelaku. Senang cerita, jangan kawan dengan dia dah. Block je nombor telefon dan akaun media sosial dia.

3. Tetapi, jangan lupa simpan segala bukti dan saksi semasa kejadian untuk digunakan semasa laporan. Walau benci macam mana pun, tak nak tengok nama dia pun, SIMPAN BAHAN BUKTI.

4. Beri amaran pada teman-teman pendaki wanita yang lain agar berhati-hati dengan pelaku (jika pelaku masih degil dan tidak berubah).

Ramai persalah ganguan seksual telah dituduh di mahkamah
Dikenakan hukuman yang sewajarnya.


Moga manfaat buat semua dan semoga Allah menjaga kita walau dimana pun kita berada. Apapun jangan takut nak join hiking tau. Anyone nak hiking sama-sama boleh komen, kita set masa, ok?

Post a Comment

15 Comments

  1. kena hati-hati la. biasalah manusia ni kadang tengok budak boleh bernafsu. pergi hiking pastikan la ada orang yang kita kenal

    ReplyDelete
  2. Kena hati-hati dan selalu ada kawan untuk apa-apa hal. Kadang yang jadi macam-macam ni sebab kita selalu sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena hati-hati,macam2 hal boleh jadi

      Delete
  3. Menarik sharing ni! Kadang2 kita tak terfikir perkara2 mcm ni akan berlaki, kita cuma nak beriadah je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya pun dulu tak terfikir ada perkara macam ni

      Delete
  4. Oh wowo...didn't know hiking also can attract sexual harassment, thanks for this useful tips. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. mujur zaman2 akak berhiking dulu, tak pernah la dgr org kene gangguan mcm ni..lgpun maybe faktor hiking dgn kwn2 yang mmg dah kenal lama...kalau gangguan makhluk halus tu biasa..ni lebih kpd gangguan makhluk berkepala hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. gangguan kepala hitam lagi menakutkan kak hahaha

      Delete
  6. AM suka perkongsian bae kali ini. AM setuju kebanyakan mangsa selalu ambil langkah berdiam diri. Harap kawan bae baik2 sahaja dan tidak trauma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an aamiin.. betul, mangsa biasanya memang akan berdiam je

      Delete
  7. These are such great tips, I will keep this in mind and teach my girls, it's good to learn how to be street smart and protect ourselves.

    ReplyDelete
  8. kalau terkena wajib laporkan kes supaya benda ini tidak berpanjangan dan berlarutan

    ReplyDelete