Assalamualaikum semua
Di Malaysia kita banyak dengan gunung tropika, tapi di Indonesia, terdapat banyak gunung-gunung berapi, dan ada yang masih aktif. Antara pengalaman terindah saya adalah masa hiking Gunung Sibayak, Indonesia. Pemandangan dari puncak gunung memang cantik yang teramat sebabnya puncak gunung adalah 360. Saya dah dua kali mendaki Gunung Sibayak ni, cuma masa hiking kali kedua tu cuaca tak berapa cantik jadinya view pun tak seindah pertama kali. Begitulah hiking ni, dapat sampai puncak, dapat view yang cantik itu semua bergantung kepada rezeki. Tak jauh dari Gunung Sibayak, adalah Gunung Sinabung, gunung ni pun antara gunung idaman untuk saya daki, tapi gunung berapi ini masih aktif, penguasa di sana tak benarkan aktiviti pendakian dilakukan.
Gunung Sibayak terletak di daerah Berastagi, dalam 2 jam perjalanan dari Medan. Ia merupakan gunung berapi yang mendominasi bandar Berastagi dengan ketinggian 2212 meter dan kali terakhir meletus pada tahun 1881. Tapi, sebenarnya ia masih kekal aktif secara geoterma iaitu melalui semburan sulfur. Bila korang sampai ke puncak memang sangat kuat bau sulfur kalau masa tu tengah aktif lah ye.
Trek Gunung Sibayak ni sesuai untuk beginner, tak perlu guide pun, sebabnya ramai yang mendaki kat sini, so kita boleh ikut je. Bila dah nak sampai ke puncak, korang akan nampak banyak khemah, orang-orang di Indonesia ramai jugak yang camping kat sini. View memang cantik kalau camping sini, cumanya tak ada punca air, dan nak membuang pun agak susah la, gunung berapi kan, tak banyak kawasan terlindung hehe
Untuk hiking ke Gunung Sibayak, korang kena beli tiket, kira macam kita nak hiking Gunung Datuk lah, bayar permit RM5 kan, harga tiket kat sini pun murah je, 10,000 IDR rasanya. Perjalanan untuk sampai ke puncak sekitar 2-3 jam je. Nak mula mendaki tu akan jumpa trek jalan tar yang agak pacak la, lepas trek bertar ni akan nampak warung. Kalau nak feeling2 minum kopi, makan megi kat sini ada. Area ni sejuk, so best makan megi panas-panas kat sini. Toilet dan surau pun ada. Kalau korang nak sunrise, boleh solat dulu kat sini ye. Toilet berbayar, tak ingat berapa, maybe 1,000 IDR
Kemudian, korang akan lalu kawasan anak tangga yang berlumpur, anak tangga ni diperbuat dari tanah, dan dikelilingi pokok-pokok yang tinggi di kiri kanan jalan tu. Lepas je kawasan ni, korang akan nampak view 360, kat sini dah tak berlumpur, cuma ada laluan di lereng gunung yang sempit, so hati-hati ye, trek dia macam kawasan berbukit yang terbelah, kena hati-hati untuk langkah, jalan tu tolong la tengok bawah ye
Dari sini pun dah nampak puncak Gunung Sibayak tu, korang akan lalu kawasan berbatu kecil, agak licin trek ni kalau tak bawak kasut yang betul ya, Pastikan pakai kasut yang grip, agak mudah terjatuh di laluan ni. Ada beberapa puncak di Gunung Sibayak untuk korang bergambar. Dan puncak yang paling dekat dengan letusan sulfur tu agak scary, jalan nak ke puncak tu macam kita lalu lembah yang kiri kanannya adalah gaung ha gitu lah perumpaaannya. Kalau terjatuh memang akan masuk ke kawasan sulfur kat bawah tu. So, saya daki puncak yang satu lagi, agak jauh dari sulfur tu. Bau sulfur sangat kuat ye, memang setiap masa kena tutup hidung tu, sesak nafas bau sulfur kat sini.
Asap tu semua sulfur yang masih aktif di sini
Dari puncak, memang hilang segala penat masa hiking tadi, sangatlah berbaloi ye. View dari Gunung Sibayak ni, serius cantik yakmat. Gunung Sibayak ni, gunung-gunung yang berkawah, yelah ini kan gunung berapi, dalam setiap kawah tu yang man masih aktif dengan letusan sulfur, bau belerang yang kuat agak menggangu la selama berada kat puncak. Lepas sesi bergambar semua, untuk descending, tak sampai 2 jam dah sampai kat parking bawah tu. Gunung Sibayak ni single trek, dah ramai yang mendaki kat sini, sentiasa ada orang naik turun, boleh je ikut orang tempatan yang mendaki tu.
Kalau korang nak mendaki ke sini, terus je ke kaki bukit, dan tanya dengan orang tempatan, kalau masa tu letusan aktif, orang tempatan akan bagitau tak boleh naik, so jangan lah naik, ikut je apa orang tempatan nasihatkan sebab depa lebih tahu.
KENANGAN DI GUNUNG SIBAYAK
View panorama di Gunung Sibayak
Bajet tengah feeling sangat la tu haha
Dengan team yang sangat best, kami siap berpoco-poco kat warung di kaki gunung hehe
Dengan abam padu yang jadi bodyguard sepanjang trip. Tengkiuuuu abamm
Dengan Mina masa pertama kali mendaki ke Gunung Sibayak. Masa ni baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian. Siap dengan spek bagai, dah macam nak pi mall hahahahaha
Kali kedua mendaki ke puncak Sibayak. Dengan Geng Silipat
TIPS UNTUK KE GUNUNG SIBAYAK
1.Kasut hiking (pastikan yang betul-betul grip ye, tak digalakkan pakai sandal)
2. Buff/Bandana (atau apa-apa yang boleh tutup hidung) - wajib!
3. Windbreaker - kat puncak agak berangin
4. Poncho - wajib ni cuaca tak menentu
5. Air & Energy Bar - untuk kudapan di puncak
6. Boleh bawak air extra kalau nak solat di puncak.
7. Hiking stick - kawasan berbatu, so agak membantu kalau ada hiking stick
8. Headlamp - jika hiking sunrise
16 Comments
bestnya buat aktiviti macam ni. suka la awak buat aktivit macam ni. Dapat lihat alam semulajadi kan..seronoknya
ReplyDeletememang seronok, tak terungkap dengan kata2. gittewwww haha
DeleteBerbaloi kan bila sampai puncak disambut oleh view sekitar yang menarik dan indah sebegini kan
ReplyDeletesangat berbaloi, terus hilang rasa penat tu
DeleteMenumpang keseronokan orang mendaki gunung jela huhu suka tengok tapi tahu tak daya nak naik huhu indahnya ciptaan tuhan
ReplyDeletebukit pun ada yang 360 view, cari yang view 360 memang cantik yakmat
DeleteBestnya.. teringin nak join aktiviti seperti ini.. tgk dari gambar, nampak Bae puas dapat terokai dan lakukan pendakian.. terbaik!!
ReplyDeletealhamdulillah memang puasss sangat bila sampai puncak tu
DeleteOhh Wow...so nice this hiking trip you went, a special kind & love the beautiful scenery
ReplyDeleteCheers Siennylovesdrawing
it is indeed such a beautiful place
DeleteCantiknya views kat sini... so proud and kagum la dengan sis, so the lasak and can enjoy the beauty that I think I can't never do it at the nearest time.. nak start hiking slow2 juga la and make it a hobby too..
ReplyDeletemesti start slow, kalau terus advance bahaya untuk diri sendiri
Deletethis looks like such a great destination for avid hikers. i cannot wait to visit this mountain one day!
ReplyDeleteif you go do tag me, would like to know your experience
DeleteWah kawan kita hiking sampai ke indo, the view up there is really spectacular
ReplyDelete360 view memang superb
Delete