Ad Code

KEUNIKAN MENU DI SARAS DELIGHTS BAKERY & CAFE, HOSPITAL AYER KEROH

Assalamualaikum semua,

Melaka memang terkenal dengan banjiran makanan viral dan semestinya sedap-sedap belaka. Baru-baru ni berkesempatan ke Melaka, dan tujuan trip kalini memang nak cari makanan best. Bukan day trip tau, half day je, memang pi makan dan terus balik kaedahnya trip kalini. Sebenarnya, tekak ni teringin sangat nak rasa makanan lazat kat Saras Delights tu, nampak viral benar, dok lalu lalang kat FB, terus lah anak tekak ni mengada-ngada nak makan kat situ jugak. Dan jika memang rezeki tu dah ditetapkan, Kak Kin wasap ajak makan kat situ, al kisahnya dia pun teringin jugak haha


Gigih ya pagi tu saya naik LRT ke Sg Besi, nak carpool dengan Kak Kin ke Ayer Keroh. Sepanjang perjalanan hujan je, tapi alhamdulillah sampai dengan selamat. Senang sangat nak cari Saras Delights ni, restorannya terletak di dalam Kafeteria Hospital Pantai. Mula-mula tu rasa was-was jugak boleh ke masuk dalam Hospital ni kan, oh rupanya bangunan kafeteria dan hospital berbeza, kira kita tak masuk pun di ruangan hospital tu. Bangunan kafeteria tu sekali dengan parking, senang lah centu, turun lif parking je terus nampak Saras Delights.


Sampai je rasa terpegun dengan hiasan dalamam restoran ni, sangat cantik dan eksklusif. Cozy je kalau nak lepak-lepak kat sini. Makanan yang dihidangkan pun menarik dan banyak pilihan, dari pastry, pizza, western dan asian semuanya ada kat sini. Jadi tak sabar nak makan, tapi tungguuuuuuu sebab kami bukan berdua, masih menunggu beberapa kawan, memang dah berjanji nak makan kat sini. Lebih kurang 10 minit, Kak Ella, Puteri, Kak Ina, dan Bella.

Kita selfie dulu sebelum mengketedarah hahahaha manis je semua kan, tengok gambar last sekali

Pilihan pastry dan kek yang ada di Saras Delights. Menggiurkan semua pastry ni.

Disebabkan kami ramai, jadi kami decide nak order makanan berbeza dan rasa sorang sikit. Best gak order camni, dapat rasa banyak menu kan. Antara menu yang kami order haritu :

Pastry yang kami pilih : 
Cajun Chicken Baguatte, Tuna Croissant, Chicken Curry Puff dan Butter Croissant

Korang tengok inti tak kedekut eh, baguatte tu sangat fresh, memang enjoy betul makan pastry ni.

Menggiurkan betul, rasa macam nak ke sana semula bila tengok gambar ni

Dah setel pastry, kami pun order menu utama pulak, bila tengok menu tu rasa macam nak order semua tau, semua nampak sedap haha. Portion pun besar jugak ye.

Bakso, Ayam Teriyaki, Mee Siam dan Kari Nyonya

Semua pun sedap tapi saya paling suka ayam terikayki, maybe sebab saya memang penggemar nasi, haruslah nasi menjadi pilihan. Mee Siam pun sedap, pedas tapi lainlah rasa tak reti nak explain, korang memang kena try sendiri. Kari Nyonya pulak sangat sedap, lemak-lemak kuah tu memang secukup rasa. Dan bestnya, mee yang digunakan tu special, walaupun makanan berkuah, mee tu kembang tau.

Ni pulak pesto pasta, sedap jugak. Rasa pesto pasta ni berbeza dengan pesto yang korang makan kat tempat lain. Saya antara penggemar pesto pasta. Recommended.

Haruslah bergambar sebelum makan haha

Kita zoom sikit gambar pizza ni, seriusly sedap sangat sebab crustnya nipis je, so bila makan memang kita akan enjoy flavour pizza tu.

Last sekali kita akhiri dengan dessert.
Kami pilih 3 jenis kek, Red Velvet, Coffee Cake dan

Chocolate, Ice Latte, Lemonade dan Hot Latte
Semestinya pilihan saya adalah Ice Latte. Lemonade tu korang wajib cuba tau, sebab dibuat fresh setiap hari, kira sangat limited untuk order.

Haaaa tudia, penuh meja weh, Banyak tau kami makan haritu, kekenyangan sangat, tekak pun happy dapat makan sedap.

Terliur kan tengok gambar-gambar makanan tu, apa tunggu lagi, boleh terus ke serbu Saras Delights dan rasai sendiri keenakkan makanan yang dihidangkan. Dah alang-alang ke Melaka, singgah je la, tak jauh pun dari tol Ayer Keroh tu.

Jemput datang ke Saras Delights. Bergambar kenangan hehe

Kalau korang nak datang boleh rujuk alamat dibawah:
Saras Delights,
Hospital Pantai Ayer Keroh,
No. 2418-1, KM 8, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Dibuka setiap :
Isnin - Jumaat (7am - 7pm) & Sabtu (7am - 5pm)

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Post a Comment

14 Comments

  1. so kira oklah, tak pi hospital utk rawatan/lawatan pesakit pun boleh mai sini utk makan sahaja kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. sebab different building. tempat makan pun selesa

      Delete
  2. senang x nak parking kt situ?.

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya ada variety pilihan menu yg sedap-sedap, kalau I happen to be there nanti nak try jugalah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. worth to try tau, just nearby tol ayer keroh

      Delete
  4. Kalau datang Melaka mesti kadang-kadang pening nak makan apa, asyik asam pedas dengan cendol je, nasib baik ada cafe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try tau bila pi melaka, memang sedap pun, try mee siam

      Delete
  5. AM penah ke sini.. menu hidangan kat sini memang sedap dan sangat berpuas hati.. AM paling suka Pasta Pesto dan Nyonya Curry laksa.. Memang padu dan enak sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae suka mee siam tu, and chicken teriyaki, sedapnyaaaaaaa

      Delete
  6. Ohh wow...this is really easy convenient for the patient family especially while taking care patient to have a meal. The foods so good served here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes indeed. u can always drop by at any time.

      Delete
  7. Fuhhh sedapnya tengkk sandwich croisant tu. Saya kalau bakeri selesa bermeja macam ni memang suka. Sebab jarang boleh minum-minum kat bakeri di KL ni. Semua beli dan blah. Hehehe. Nanti nak try bila pi Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa try la, pastry2 kat sini not bad sedap2

      Delete