Ad Code

BATAM MEGA FAMTRIP 13-17 JULAI PART 2 I PULAU BENAN RESORT

Assalamualaikum semua

Sambungan dari Part 1 Batam Mega Famtrip, kalini saya nak kongsikan tentang Pulau Benan. 


HARI KETIGA

Pagi tu kami check out dari Fave hotel dan siap2 untuk ke Pulau Benan. Sedih juga nak berpisah dengan staff Fave hotel, 2 hari ni diorang yang uruskan kami, kemana-mana pun depa yang bawak. Selepas breakfast, haruslah bergambar dulu sebelum naik bas kan.


Lepas check out, kami ke Barelang Bridge yang merupakan mercu tanda seni bina di Batam. Terletak kira-kira 35km di Kota Batam, jambatan ini merupakan seni bina yang menghubungkan Pulau Batam dengan beberapa pulau kecil seperti Rempang, Galang dan Galang Baru dan pulau-pulau kecil iaitu Tonton, Nipah, dan Sekotok. Oleh sebab itu, nama Barelang sendiri asalnya dari pembentukan tiga pulau besar Batam, Rempang, dan Galang.


Projek Jambatan Barelang telah dimulakan oleh B.J Habibie. Presiden ke-3 Indonesia, yang ketika itu Menteri Penyelidikan dan Teknologi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Batam pada masa itu. Mencerminkan Budaya Riau-Melayu, jambatan itu secara rasmi dinamakan sempena nama pemerintah Kesultanan Riau dari pemerintah abad kelima belas hingga kelapan belas.

Dah settle bergambar kat sini, masa nak naik bas ada pula penjual rojak, ada yang beli dan ajak makan sama-sama, mula ingat saja nak rasa je sebab tengah dahaga yang melampau. Dah makan, aihh sedap la pulak haha, kuah rojaknya lain dari rojak kat tempat kita. Kalau korang ke Batam, tolong la cari rojak buah memang sedap yakmattt

Kemudian, kami terus ke Terminal Labun Island, kami akan naik feri dari sini untuk ke Pulau Benan. Perjalanan ke Pulau Benan mengambil masa sekitar 30 minit dengan bot laju. Bot dia lebih kurang macam bot ke Langkawi tu.

Setiap masa, di mana jua, kalau bab bergambar mesti sempat je menyelit haha

Setelah 30 minit, Alhamdulillah kami pun sampai ke Pulau Benan. Dari terminal pihak resort sediakan pengangkutan untuk ke resort. Tapi saya dan kawan-kawan pilih untuk jalan kaki je. Tak jauh pun dari terminal lebih kurang 15 minit jalan kaki, kalau jalan laju sat je sampai. Kami siap pi ketuk rumah penduduk kampung sebab nampak buah mempelam dia kemain sedapppppp atas pokok, jadi mintak la sikit nak beli. Terima kasih sebab baik je layan kami kat pulau ni.

Pintu gerbang untuk masuk ke kampung dari jeti

Orang kampung sini semua baik-baik dan majoriti adalah melayu, percakapan pun sama je macam kita, takyah nak cakap Indonesia kat Pulau Benan ni, buat gelak dek orang kampung je kang haha Bila korang masuk, inilah pintu gerbang untuk ke Pulau Benan Resort.



sampai je ke resort, kami dijamu dengan air kelapa. ya ampunn nikmat tu taktau nak kata, memang tengah dahaga, dengan panasnya. Dekat Benan Island Resort (BIR) ni, ada dua jenis penginapan tau, 12 villa dan 3 glamping style. Untuk villa, boleh muatkan 3 orang dan glamping boleh muatkan 4 orang setiap satu khemah.

Inilah villanya, cantik sangat dari luar. Villa ni diperbuat dari kayu, rekaan memang cantik.


Bahagian dalam villa, dari pada perabot, hiasan dalaman semuanya kayu, solid wood macam kayu jati tu. Tandas pun besar dan selesa tau, lengkap dengan shower dan tandas duduk. Plug point pun banyak dalam bilik ni, dan tak perlu guna international adapter, boleh je guna plug kita kat sini.


Glamping style pun cantik dan selesa. Siap ada blower lagi, jadi tak rasa panas kat dalam ni, cuma tandas je lah kat luar dan berkongsi. Untuk lelaki sesuai tidur dalam ni.


Dalam resort ni pun banyak fasiliti, tak perlu risau la kalau stay kat sini. Antaranya ada Coconut Beach Club. Kat sini memang best lepak, view laut. Boleh order air or makanan kat sini, memang feeling makan sambil dihembus angin laut sepoi-sepoi tu kan.

Cantik kan? aihhh rindu pulak nak lepak sini

Haa nampak tu kemain seronok depa lepak kat sini eh


Selain tu ada jugak aktiviti kayak dan berbasikal kat sini. Saya tak sempat nak try kayak, sibuk dok kejar sunset, sat je dah malam, takdan nak mandi laut or main kayak tu. Nampaknya kena la repeat balik haha

Ambik gambar kawan-kawan yang sempat main kayak haritu, Seronok betul diorang


Dalam villa ada disediakan kopi dan megi pop mie. Kettle takda tapi staff akan hantarkan air panas di setiap bilik dalam thermos. Kami pun haruslah feeling-feeling, minum kopi dengan view pantai. Oh indahnya...


Villa dan glamping kat sini semuanya view pantai, jadi memang best sangat lepak kat beranda tu. korang kena rasai sendiri, confirm korang akan jatuh cinta dengan Pulau Benan.


Nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?

Punya indah macam ni kan. Semenjak covid melanda, dah lama tak bercuti di pulau. Kalau tak paling kurang setahun sekali mesti ada percutian pulau. Ketenangan yang tak terungkap dengan kata-kata bila dapat tengok keindahan ciptaan Tuhan.


Sesi photog haruslah dengan bantuan kengkawan. Tengkiuuu Gee ambikkan gambar dan Kak Kin yang gigih pegangkan cardigan tu nak nampak mengerbang hahahah

View ni lebih cantik bila tengok dengan mata sendiri. Dalam gambar tak seindah pandangan mata gitewww

 
Waktu malam, nampak hammock ni wajib OOTD ya. Gambar ni Gee ambikkan.

Petang tu, kami semua diaturkan untuk bersukaneka. Sepatutnya kami sukaneka masa kat Batam, tapi tak sempat, maklumlah jadual penuh kan. Makanya, sambung lah bersukaneka kat Pulau Benan. Ada few games yang kami main, yang mana kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Bebek, Harimau, Besties dan Lepak.

Pak Edi sebagai host pun kena baling tepung. Kasiannn hahaha

Gambar ni masa 1st game. Memang happy, sebab dah lama tak main macam ni.

Geng Lepak
Bae,Talvin,Abg SG, Kak Kin, Kak Mel, Abg Fendy dan Alias. Gee kemana kauuu? Ke dia yang ambik gambar ni haha 

Game kedua, sapa buat salah kena tepung. Rezeki Kak Kin lah hehe

Dah complete Geng Lepak
 
Masa ni kena main beca tu. Pecah perut gelak je sebenarnya 

Dah selesai bersukaneka, kami layan sunset kat hujung jeti. Sepatutnya kami turun disitu, jeti ini lebih dekat berbanding yang kami turun tadi, tapi air surut bot tak dapat nak ke jeti terdekat. Puas jugak bergambar kat sini dan ada laluan ke mangrove area tapi tak berkesempatan sebab dah nak maghrib. Lepas bergambar terus ke tempat makan je.


Di Batam, memang terkenal dengan seafood, kalau korang. ke sini wajib tau try seafood sebab sangat-sangat fresh. Kami dihidangkan dengan Gonggong(famous jat Kepualaun Riau), sotong, ikan dan jugak scallop. Ya ampunnn scallop dia fresh dan tebal isinya. Memang kena repeat lagi untuk scallop ni. Scallop atau kekapis kat sini murah yakmatttt. Memang licin scallop padahal 2 tray besar tau. 

HARI KEEMPAT

Berpagian kami seawal 5 pagi dah bangun bersiap, sebab nak naik bot 6 pagi. Nak kejarkan feri di Batam Centre. Alhamdulillah rezeki bangun awal, dapat lah menikmati sunrise di Pulau Benan. 

View sunrise di Jeti

View sunrise di depan villa

Kat jeti, masa ni matahari dah nak naik, photog dulu lah

Kalini cepat-cepat naik motor ni, tak sanggup nak jalan, kang belum naik bot dah pecah peluh 

Kami mintak abang motor tu bawak jalan ke sini, kira pusing jauh sikit sebab nak bergambar. Semalam kan tak sempat nak jalan-jalan dalam kampung.


Kami sampai di batam Centre sekitar 9 pagi, ingatkan sempat la nak ke Mega Mall kat depan terminal ni, ada jalan shortcut, tapi takda rezeki, Mall bukak 10 pagi, memang tak sempat, bot jalan 10.30 pagi. 

TIPS
1. Kalau beg korang besar, korang boleh buat group check in bag sebelum korang masuk ke imigresen. Tak perlu nak usung masuk beg tu dalam kapal.
2. Makesure korang masuk/ check in 1 jam awal ye. Kadang kat imigresen tu lambat yakmat. Orang ramai, kaunternya sikit. Geram je yang jenis lambat ni suka potong que dengan alasan dah boarding. Sapa suruh lambat??? 
3. Dekat tiket ada mention gate berapa, pi tunggu depan gate. Kadang depa tak annouce guna mic, just bagitau depan gate ja, takut tak dengar je lah.

Kami sampai di terminal Tanjung Pengelih sekitar 12pm, kemudian terus ke Desaru. Boleh baca staycation Puteri Harbour saya dan kawan-kawan. Kira kami extend 1 malam lah. Korang kena baca sebab Puteri Harbour dah berwajah baru. Itu je yang saya dapat kongsikan, kalau ada rezeki saya share lagi tips ke Batam. Korang boleh juga baca juga Tips untuk pilih Terminal ke Batam.

Post a Comment

9 Comments

  1. lawa vila tu... short vacation pun best gak ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. resort ni short vacay rasa tak puas, kena lebih 3hari seronok kat sini

      Delete
  2. Thanks for sharing this amazing experience. I wish I could go to Batam with my family too one day. Wow so much fun indeed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is. bring them over, your family sure happy

      Delete
  3. Seronoknya dapat travel uolsss siap ada sukaneka lagi hah. Mesti kenangan terindah. Teringat cerita Pua Chu Kang dialog tu. Baru tahu environment Batam, ia perkampungan tepi laut. Cantik sunset di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. batam ni di kepualaun riau, pantai dia memang cantik2.

      Delete
  4. It's really a beautiful island to be at for a good rest & holidays, it's so so clean & the sunrise so beautiful too. Miss this island la...cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Best giler tengok view dan sukaneka kornag. Travel macam ni memang seronok sangat dengan kawan-kawan. Tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete