Ad Code

3 TERMINAL FERI UNTUK KE BATAM DARI JOHOR YANG KORANG BOLEH PILIH

Assalamualaikum semua

Ada yang tanya saya, best ke pergi ke Batam tu? Yes, sangat best. Batam ni terletak di Kepulauan Riau, dan kalau korang nak tau Riau ni terlampau banyak pulau yang cantik-cantik. Saya tak pernah jemu ke Batam, kalau ada rezeki memang akan ke Batam especially travel ke pulau-pulau. Antara pulau yang saya pernah pergi seperti Pulau Bintan, Anambas, Pulau Batu Belubang, dan Pulau Benan. Kalau korang nak ke Batam ada banyak terminal yang korang boleh pilih tau. Saya pernah naik dari 3 terminal berbeza so kali ni saya akan kongsikan macam mana korang nak ke Batam dari 3 terminal ni.


Terminal Berjaya Waterfront
Terminal ni dari stulang laut, feri dari sini ke Batam mengambil masa 2 jam 30 minit. Korang boleh beli online atau walk in. Tapi better beli online sebab selepas covid, feri masih belum beroperasi seperti biasa. Trip feri Stulang Laut - Batam masih limited, jadi seat pun agak limited lah kan. Kalau korang nak naik dari sini boleh parking dalam Mall, level 2, parking ni berbayar ye. Public transportation saya tak pasti untuk ke terminal ni, sebabnya saya naik kereta dan parking kat Mall tu.

Terminal Puteri Harbour
The best terminal untuk ke Batam. Untuk ke terminal ni, kalau dari KL korang boleh turun hentian bas Larkin, dan ada shuttle bas untuk ke terminal. Dulu FREE je, baru ni saya ke terminal, rupanya shuttle bas dah berbayar, RM3.50 je.


Kalau korang naik kereta boleh parking di terminal, FREE je dan InshaaAllah selamat je parking situ. Atau korang boleh stay a night kat hotel berdekatan, and maybe boleh parking kereta kat hotel je (korang boleh tanya hotel dulu ya). Saya pernah kongsikan sebelum ni tentang Terminal Puteri Harbour, korang boleh baca kat sini ya.

Terminal Tanjung Pengelih
Terminal Tanjung Pengelih terletak di Pangerang, Johor adalah terminal baru untuk operasi feri ke Batam. Kalau korang dari KL, korang boleh ambik bas ke Sungai Rengit. Macam saya ambil bas yang paling lambat dari KL, 10 malam akan sampai ke Sungai Rengit around pukul 3 pagi. Jadinya baring sekejap kat surau di hentian bas tu. Fasiliti di hentian bas ni lengkap, ada tandas, surau dan ruang duduk yang banyak. Tapi korang jangan la expect selesa macam TBS pulak haha

Selepas subuh korang boleh cari teksi atau kereta sapu untuk Terminal Tanjung Pengelih, jarak lebih kurang 20-30km jugak la. Kereta sapu biasa akan minta RM10/kepala. Sampai je di terminal, mintak teksi/kereta sapu berhenti di Kedai makan Salsabila (kalau tak salah) lebih kurang 500 meter dari terminal. So boleh la breakfast dulu. Disebabkan terminal ni masih baru, tak ada kedai makan kat sini, boleh la makan siap-siap kat kedai tu, lauk pun banyak pilihan.

Inilah kedainya, view laut ya memang besttt makan kat sini

Harus bergambar kenang-kenangan kat sini tanda hadirrrr. Lepas tu jalan kaki ke terminal, tak jauh pun.


Bergambar ramai-ramai di terminal.
Sebelah kanan tu penuh kapal-kapal TLDM view memang cantik untuk bergambar

Kat sini ada kedai serbaneka, boleh la beli kudapan kat sini


Dah naik feri, kami dapat bergambar kat sini sebelum captain kapal masuk (Saya tak pasti kalau orang awam boleh masuk sini, sebab kami team media jadi staff benarkan)


Habis tudung ditipu angin, tapi enjoy sangat dok atas ni, hilang mabuk laut

Ini gambar masa balik, dok kat atas jugak. Best dok atas ni angin kuat.

Terminal Tanjung Pengelih ni jauh berbanding terminal lain, kemudahan transportation pun masih belum lengkap sebab ia masih baru beroperasi untuk feri ke Batam. Tapi kenapa saya pilih untuk naik dari sini? Sebabnya adalah Feri Dolphin dah berpindah ke terminal ni. Kalau korang baca posting saya dulu, saya memang suka naik kapal Dolphin sebab seat sangat selesa dan pengurusan yang sistematik.

Staff Dolphin yang sporting, mintak bergambar depa okay je

Okay itu je tips untuk korang pilih terminal mana yang korang nak kalau korang nak ke Batam dari Johor. Korang boleh pilih terminal yang korang suka. Pada saya terminal paling convenient adalah Terminal Puteri Harbour, kelengkapan lengkap, ada bas shuttle untuk ke terminal dari hentian bas larkin. Kalau nak lebih mudah, boleh je stay a night kat area Puteri Harbour. Pagi esoknya boleh terus ke terminal, sebab biasanya feri ke Batam around pukul 11 pagi, takda la lemau sangat kita nak menunggu dari sebelum subuh kat terminal tu.

Macam saya, balik dari Batam baru ni, saya stay 1 malam di TRINIDAD SUITE PUTERI HARBOUR, esoknya baru saya naik bas balik ke KL. Seriously, memang berbaloi tau stay kat hotel ni, lokasi strategik dan Puteri Harbour bukan macam dulu. Nanti saya kongsikan staycation saya di Puteri Harbour lepas balik dari Batam tu, dan tempat makan best di sekitar Puteri Harbour.

Korang boleh juga baca TIPS TRAVEL KE BATAM - Tips ni yang terbaru tau, apa yang korang perlu sediakan sebelum ke Batam. Posting ni untuk memudahkan korang jugak. Happy travel to Batam

Post a Comment

6 Comments

  1. terminal mana yg paling dekat dengan airport Senai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terdekat terminal berjaya waterfront/puteri harbour. around 30km jugak la

      Delete
  2. Assalamualaikum sis, nk tanya lah bas shuttle tu mmg kita tunggu dr terminal bas larkin tu ke & mmg akan turun betul2 kt terminal ferry puteri harbour tu ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, shuttle lalu kat bahagian luar, kena jalan ke jalan besar. bas tu warna putih, tunggu kat station bas kat luar, menghadap jalan besar tu, sampai sana tanya je orang2 kat terminal larkin.

      Delete