Assalamualaikum semua
Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka.
Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran.
Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk mereka tidak komedogenik, hypoallergenic, tidak merengsa, dan juga disyorkan oleh doktor kulit. Ia adalah pembersih kulit yang mempunyai tekstur yang lembut dan tidak semestinya merengsakan kulit yang bermasalah.
Saya kongsikan pengalaman menggunakan 3 jenis produk Cetaphil yang akan buat korang jatuh cinta dengan Cetaphil lepas ni.
REVIEW
CETAPHIL PRO ACNE PRONE, OIL CONTROL FOAM WASH
Dirumus untuk kulit berjerawat dan didakwa terbukti secara klinikal mampu menanggalkan sehingga 98% lebihan minyak. Ia mengandungi Zinc Coceth Sulfate, surfaktan ringan untuk pembersihan yang berkesan lagi lembut dan tidak komedogenik (tidak menyumbat liang roma) dengan formulasinya yang boleh diterima dengan baik dan tidak merengsakan.
Oil cleanser jenis foam, maknanya ia jenis berbuih. Kebanyakkan kita suka pencuci yang berbuih kerana ia buatkan kita rasa lebih bersih kan? Termasuk lah saya, pencuci jenis foam lebih menjimatkan, kita hanya gunakan sedikit sahaja, sebab ia dah dalam bentuk berbuih berbanding pembersih yang berkrim yang memerlukan kita untuk jadikan ke bentuk buih. Ia juga lebih menjimatkan masa.
Sejujurnya muka saya bukan jenis berjerawat, tapi setiap bulan pasti akan tumbuh 1/2 jerawat. Penggunaan Cetaphil Acne Prone ini, selain saya suka teksturnya, ia juga memang buatkan muka kurang berminyak. Kemungkinan sebab tu lah jerawat malu nak tumbuh kat muka ni. hehe Jerawat nampa lebih cepat kering, dengan hanya 2 kali sehari penggunaan.
Kalau kulit muka korang jenis berminyak dan berjerawat, boleh cuba foam wash cetaphil yang ini, mungkin membantu, tak cuba tak tahu kan?
REVIEW
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Ini adalah produk paling favourite untuk range Ceptaphil. Cleanser ini membersihkan tanpa kerengsaan untuk menjadikan kulit korang lebih lembut dan licin. Formula lembut tanpa sabun ini menanggalkan kotoran, solekan dan kekotoran serta membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia adalah formulasi berasaskan air dan tidak komedogenik (tidak menyekat liang roma). Semasa mencuci muka, urut perlahan, kemudian bilas dengan air.
Jika korang sejenis suka pencuci yang berbuih mungkin korang akan rasa tak puas menggunakan Gentle Skin Cleanser. Itulah yang saya rasakan masa mula-mula menggunakan produk ni, tapi bila penggunaan lebih kerap, terus jatuh cinta tau. Selepas penggunaan, korang memang dapat rasa kulit lebih lembap dan lembut. Ia juga berkesan untuk:
- Mengekalkan keseimbangan pH Kulit
- Non-Comodogenic - tidak menyumbat pori-pori
- Formula bebas sabun dan tidak merengsa
- Diuji secara dermatologi ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Penggunaan bahan-bahan aktif seperti AHA, BHA, Vitamin C di dalam produk penjagaan wajah terkadang akan membuatkan kulit kita mengelupas dan merengsakan kulit. Dengan Cetaphil Gentle Cleanser ini, ia sangat sesuai jika korang pernah menghadapi kulit yang rosak atau kulit mengelupas akibat produk mengandungi bahan kimia.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser memenuhi keperluan kulit saya bagi membersih dan melembutkan serta menjadikan kulit lembut dan licin. Saya biasanya menjadikan ia sebagai pembersih rutin setiap pagi, dan sangat in love dengan teksturnya yang ringan. Untuk korang yang mengalami kulit wajah breakout, memang recomended untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser.
REVIEW
CETAPHIL MOISTURIZING LOTION
Kebanyakkan losyen pelembap hanya untuk badan dan tidak sesuai untuk wajah kerana ia akan buatkan kulit lebih berminyak. Tetapi tidak lagi dengan Cetaphil Moisturizing Lotion. Losyen ini melembapkan kulit, lebih lagi dengan cuaca yang panas luar biasa ni kan. Ia kaya dengan bahan-bahan yang mampu membuatkan kulit kita kekal lembap sepanjang hari.
Bahan-bahan dalam Cetaphil Moisturizing Lotion tidak mengandungi wangian tau. Formulasi kosyen ini mengandungi beberapa bahan yang benar-benar melembapkan, termasuk gliserin, poliisobutena terhidrogenasi, alkohol lemak seperti ceteareth-20, cetearyl alcohol, stearyl alcohol dan stearoxytrimethylsilane. Walaupun teksturnya likat, tetapi ia sangat ringan, ia buatkan saya tak rasa macam pakai apa-apa produk pada kulit, tapi kulit tetap rasa lembap dan halus je. Ia tak rasa berminyak macam kita pakai losyen lain tau, sebab tu saya kata macam tak pakai apa-apa produk.
Korang boleh cuba pakai sebelum tidur, sapu pada kawasan yang kering, macam saya selalu sapu pada siku, kaki dan kawasan kulit kering, bila bangun tidur kulit rasa lebih fresh dan lembap je. Bestttt sangat.
Antara semua rangkaian produk dari Cetaphil, ini adalah 3 produk kegemaran saya. Perkongsian ini adalah sempena kempen #CetaphilAmbassador yang dijalankan bagi mencari duta untuk produk Cepathil. Doakan saya ye, mudah-mudahan ada rezeki untuk menjadi duta bersama Lisa Surihani. "Berangan kan percuma " haha
Kongsikan pengalaman korang guna cetaphil di komen tau. Atau kalau korang nak dapatkan produk Cetaphil, boleh layari links di bawah. Manatau korang dipilih menjad ini duta Cetaphil lepas ni..
WEBSITE
https://www.cetaphil.com.my/
FACEBOOK
https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia
YOUTUBE
https://www.youtube.com/channel/UCCCO2Wf8sPUNMYZTLJ4V5EA
INSTAGRAM
https://www.instagram.com/cetaphilmy/
9 Comments
Am currently using the cleanser and my skin is loving it. Mula2 tu pelik gak sebab takde buih tapi terasa kuasa pembersihannya
ReplyDeleteMak saya skrg pun gunakan cetaphil ni. Memang terbaik produknya, hasil memang nampak sangat :)
ReplyDeleteselalgu guna yang pencuci memang best.. rasa wajah mmg benar-benar bersih
ReplyDeleteMemang bagus Cetaphil ni Bae, anak Sis memang penggunanya.. kebekersanan dia tak laa cepat tapi muka akan nampak sihat fresh..
ReplyDeletesaya memang guna cetaphill utk pencuci muka pun, memang produk simple dan bagus untuk diamalkan.
ReplyDeleteWahhhh dah jadi duta sekarang hehehe kita guna juga losyen Cetaphill bagus sedap lembut and tidak berminyak sangat...
ReplyDeleteTheir products yang paling i suka pun sama, its their gentle facial cleanser.
ReplyDeleteGlad to know that you are the ambassador right now and thanks for recommending this awesome facial product.
ReplyDeletethis range of products is really good! all the best on getting to become the ambassador!
ReplyDelete