Ad Code

REVIEW #COSMODERMRAYA BI-PHASED TONING ESSENCE & TREAMENT OIL

Assalamualaikum semua

Kulit wajah adalah aset yang perlu kita beri penjagaan yang sebaiknya bukan semata untuk tampak cantik tapi memiliki kulit wajah yang sihat adalah penting. Kulit yang terdedah dengan matahari, dan pencemaran alam sekitar akan membuatkan kulit kita rosak tau. Sebab itu pentingnya kita menjaga rutin penjagaan wajah dari usia muda.

Rutin penjagaan kulit yang baik adalah yang terbaik, maksudnya walaupun korang gunakan produk yang tidak mahal tetapi secara konsisten ia tetap akan memberikan hasil yang terbaik untuk kulit. Bukanlah maksudnya kita kena cari produk yang tak berkualiti ya, carilah produk yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. Ada ke produk macam tu? Adaaaaaaaaaa, dah tentulah COSMODERM, produk penjagaan kulit yang terbaik dan mampu milik.


Ini saya punya, mana korang punya COSMODERM RAYA??


COSMODERM VITAMIN E BI-PHASED TONING ESSENCE


Kalau korang peminat K-beauty, korang mesti tau, penggunaan toner adalah antara rutin skincare yang paling basic. toning essence ini dirumuskan menggunakan bahan-bahan yang mengandungi nutrien yang berkhasiat bagi memulihkan penghidratan dan keseimbangan pada kulit kita. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, rutin penjagaan yang asas pun ada 5/6 step tau.


Tengok gambar kat atas tu, COSMODERM dah bagi guideline untuk rutin penjagaan yang penting untuk kulit wajah kita. Ada produk yang mengasingkan toner dan essence sedangkan fungsinya lebih kurang je. Dengan COSMODERM BI-PHASED TONING ESSENCE kita mendapat lebih manfaat, yang penting jimat poket, hanya guna satu produk je.

Toning essence daripada Cosmoderm ini adalah produk berasaskan air yang mengandungi kandungan bahan aktif yang tinggi untuk menghidrat, melindungi dan meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan. Dengan menggunakan COSMODERM VITAMIN E BI-PHASED TONING ESSENCE ia dapat membersihkan kulit selepas menggunakan pembersih dan penyegar, ia juga membantu memulihkan penghidratan pada sel kulit korang. Penggunaan sebelum serum dan pelembap, ia membantu kulit menyerap produk ini dengan lebih baik.

COSMODERM VITAMIN E BI-PHASED TONING ESSENCE ini terdiri daripada 2,000 I.U Vitamin E dan Vitamin B5 yang dapat melindungi kulit daripada UV berbahaya dan pencemaran alam sekitar. Ia juga membantu mengimbangi mikrobiota kulit, mencerahkan dan mengimbangi semula tona kulit yang tidak sekata. Ia akan membuatkan kulit korang berasa terhidrat sepanjang hari. Selain itu bahan aktif yang terdapat di dalam toning essence ini juga boleh membantu:
  • menghidratkan semula sel kulit
  • melindungi penghalang kulit
  • meningkatkan kesihatan kulit
  • mengimbangkan semula pH kulit
  • melembut dan melicinkan epidermis
CARA PENGGUNAAN
Selepas toning, boleh ratakan toning essence pada kulit, Urut perlahan-lahan keserata wajah.

REVIEW PENGGUNAAN
Selepas sebulan penggunaan, kulit nampak lebih segar dan tak kusam. Saya ada kulit kering dan tak sekata, toning essence banyak membantu menghidratkan kulit wajah saya. Gunakan secara konsisten dan mengikut rutin yang betul tau, baru kulit lebih sihat. Apapun saya sangat berpuas hati dan pasti akan teruskan penggunaan toning essence ni. Tak perlu pakai banyak pun, so untuk sebotol ni boleh tahan lama. Yang penting ia melindungi kulit saya dari sinar UV. Bestttt

COSMODERM VITAMIN E LIGHT TREATMENT OIL 30,000 I.U


Kebanyakkan dari kita takut nak pakai produk yang berasaskan minyak, yelah risau nanti berjerawat pulak kan. Tapi korang tau tak, Orang Mesir Purba mengekalkan kulit mereka cerah dan sempurna dengan Minyak Moringa. Malah, menurut pakar dermatologi terkemuka, minyak muka mungkin merupakan rutin penjagaan yang dah semakin dilupakan dalam rutin kecantikan. Tapiiiiiiiiii bukan semua minyak sesuai untuk kulit wajah, ada yang baik dan dapat beri manfaat pada kulit, tapi ada juga yang berpotensi merengsakan kulit kita.

COSMODERM VITAMIN E LIGHT TREATMENT OIL mengandungi vitamin E 30,000 I.U, minyak rosehip dan ekstrak buah-buahan yang diyakini berkhasiat untuk kulit wajah. Minyak ini merupakan minyak intensif yang dapat merawat kulit kita tanpa pewangi tambahan. Penggunaan secara konsisten bersama rutin penjagaan wajah dapat memberikan khasiat seperti:

• Membantu mengurangkan keterlihatan kesan regangan, pembedahan atau parut kemalangan pada muka atau badan
• Membantu menyembuhkan bibir merekah malah meredakan melecur
• Gabungkan dengan krim Vitamin E Oil 3000 i.u untuk membantu memudarkan parut dengan lebih cepat
• Sapukan sebelum dan selepas prosedur kosmetik untuk penyembuhan lebih cepat Minyak terapi intensifkan wajah dan badan dengan konsentrasi maksimum Vitamin E dan Minyak Rosehip
• Membantu mengurangkan kesan regangan dan pembedahan atau kemalangan di wajah dan badan
• Membantu merawat bibir merekah dan kesan lecur
• Campur dengan krim Vitamin E 3000 iu untuk mempercepatkan pemudaran cela dan parut.
• Guna sebelum dan selepas pembedahan kosmetik untuk mempercepatkan proses pemulihan

CARA PENGGUNAAN
Selepas pembersihan dan toning menyeluruh, sapukan 2 hingga 3 titis minyak Cosmoderm Vitamin E pada muka dan/atau kulit dan urut perlahan-lahan.

REVIEW PENGGUNAAN
Paling in love dengan treatment oil ni. korang wajib jadikan treament oil COSMODERM sebagai rutin penjagaan wajah korang tau. Especially yang ada parut jerawat macam saya ni, treament oil ni sangat-sangat best. Parut semakin pudar hanya dengan penggunaan 2 kali seminggu. Dan paling best saya sapu sekali kat bibir, bibir saya sangat kering dan alergi dengan pelembap bibir, saya sapukan sekali treament oil ni pada bibir, alhamdulillah bibir lebih lembap. Kalau tak sakit juga sebab kulit kering tu. 

Terima kasih COSMODERM jadikan raya tahun ini lebih bermakna

Jom kita sama-sama cantik raya ni dengan COSMODERM, setelah dua tahun kita tak dapat balik kampung dan ziarah keluarga dan kawan-kawan, inilah masanya kita dapat bersama. Jadikan COSMODERM teman baik rutin penjagaan kulit kita, agar kulit wajah kekal sihat dan cantik. Raya lebih memikat bersama COSMODERM.

COSMODERM RAYA set untuk korang lebih berseri-seri raya ini

Kalau korang pun nak dapatkan COSMODERM RAYA dalam box galaxy yang cantik ni, korang boleh layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM
@cosmoderm

SHOPEE

TIKTOK

Post a Comment

10 Comments

  1. Menarik pulak cosmoderm ni. Pernah nampak juga kat Watson. Macam nak mencuba treatment oil tu je....

    ReplyDelete
  2. I haven't tried any Cosmoderm facial care yet. But I heard a lot of good reviews about it. Btw, this boxset looks awesome. Love the illustration on the box. Thank you for sharing your review, Bae.

    ReplyDelete
  3. hr tu guna tapi yang hijau.. mmg bets nampak keberkesanannya pada kulit wajah

    ReplyDelete
  4. Cantik packaging raya dia. Tak pernah lagi guna toner dia

    ReplyDelete
  5. Memang best Cosmoderm. Rawlins baru start mencuba yang warna aqua hijau biru sikit tu. Doakan ianya serasi

    ReplyDelete
  6. Produk Cosmoderm mmg bagus utk kulit, kak pun guna ikut kulit kita yg kering, kulit pun rasa lembab

    ReplyDelete
  7. Yeah! I pun guna Vit E range of Commoderm, very good for my skin too especially the serum. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Pernah guna vitamin E Cosmoderm ni, memang berkesan perbaiki kulit rosak teruk akibat sunburn.

    ReplyDelete
  9. I tried their products before and its quite good, going to check out this new toning essence

    ReplyDelete
  10. i have just recently started using their products and they are amazing!

    ReplyDelete