Ad Code

RESEPI OGLIO OLIO PALING MUDAH GUNA PURPLE RAMEN

Assalamualaikum semua


Cantik tak purple ramen kitewwww? haha

Haritu ada beli purple ramen ni kat Nutri Pure. Best tau produk kat sini semua kira produk makanan homemade yang semestinya healthy. Purple ramen ni diperbuat dari ubi manis yang warna ungu tu, dan diorang jadikan sebagai ramen. Tekstur dia lebih kurang macam mi tapi bentuk macam spagheti. 

Saya memang suka sangat makan ramen, maggi, atau spageti atau yang sama jenis dengannya. Dan terpaling suka masak style oglio olio tapi masak versi masak meggi. Nak makan sedap tapi malas masak maka terhasillah resepi ini. Dah jom baca resepi je la senang.

RESEPI OGLIO OLIO PURPLE RAMEN

Bahan-bahan

Purple ramen
Dada ayam
Chili flakes
Garam
Black paper
Minyak

Cara masakan

1. Rebus purple ramen sehingga masak (lebih kurang 5 minit je)

2. Rebus dada ayam, kemudian carikkan

3. Campurkan chili flakes, garam, black paper, gaul sebati

4. Panaskan minyak, dalam 2 sudu, dah panas boleh tuang ke dalam campuran chili flakes tadi. Gaul sebati.

5. Masukkan ramen, dan dada ayam dan gaul hingga betul-betul sebati. Dah siap!

Senang je kan resepi ni, kalau saya rasa kena kurangkan makanan yang tak berapa sihat, inilah menu yang akan saya buat. Menu simple, sihat dan yang paling penting sedaplah di tekak sendiri. Korang boleh cuba resepi ni. Ada pelbagai jenis mi/ramen dari Nutri Pure ni antaranya mi bayam, mi quonia, dan beetroot.

Pelbagai jenis ramen untuk korang pilih

Inilah ramen sebelum di rebus

Ramen bayam pun sedap tau.

Bawak bekal pi kerja

Istimewanya ramen ni adalah TIADA PEWARNA, semuanya dari sayur-sayuran, TIADA PENGAWET dan TIADA MSG. Mi ramen ni semua home made dan diproses dengan sumber makanan asli. Warna ungu, hijau semua dari bahan yang digunakan. Purple ramen ni kalau masak macam ni cantik kejadiannya, warna pun kekal purle. Nanti saya kongsikan resepi purple ramen ala-ala mee udang pulak ya.

Selamat mencuba!

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah nampak menyelerakan ramen tu. Nak buat pun mudah jugak nampaknya.

    Nanti nak beli la ramen tu.

    ReplyDelete
  2. Sama la kita. Saya suka jugak makan ramen tapi risau kalau2 yang instan tu kurang menyihatkan. Bagus ada pilihan yang lebih sihat dari Nutri Pure macam nih.

    ReplyDelete
  3. Nampak keunikan ramen pelbagai warna ni.. Lg2 warna purple.. Jarang nengok ni.. Nampak cm sedap boleh la try

    ReplyDelete
  4. Thanks untuk part 'cara memasak' tu, sy memang nak masak cuma tak berapa tahu cara-caranya...haha

    ReplyDelete
  5. Tertarik plak dengan Mee purple tu laa.. lain dari lain.. nanti nak trylaaa cari.. Alio Olio memang peberet Sis oii...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya purple ramen dan mudah pulak nak buat hehehe rasa macam nak cuba jer hehehe

    ReplyDelete
  7. agak unik sebab warnanya.. tapi plg pentig khasiatnya tu yg kita mahukan

    ReplyDelete