Ad Code

NUKILAN BAE - DUNIA KITA BERBEZA

Assalamualaikum semua


Dunia Kita Berbeza

Dunia kau dan aku berbeza,
Tak pernah senada,
Tak seia, tak sekata,
untuk bersama.

Duniamu liar tak bertali,
Menongkah arus seikut hati,
Catatan tak dipeduli.

Duniaku penuh ikatan,
Nafsuku berTuan,
Langkahan dalam pemerhatian.

Sungguh, dunia kita berbeza..

bae01112019 @5.06am


Tak semua yang perkara yang Allah temukan dengan kita, adalah untuk kita. Begitulah kehidupan, keluarga, kawan-kawan, pasangan atau apa saja dalam dunia ini perlukan haluan yang sama untuk disatukan, bila tak sehaluan, ia memerlukan perpisahan. Tak semua perkara yang berbeza kita perlu raikan ya. Jika ia bukan untuk kita, belajar untuk menerima dan redha, kerana pasti yang lebih baik telah Allah aturkan untuk kita. Walaupun ia tak semudah lontaran kata, tapi tak mustahil untuk kita mencuba.

Terkadang, ada dunia yang dicipta memang bukan untuk kita, kalau kita paksa diri untuk mengikut arus, akhirnya kita yang akan hancur dan berkecai. Ingatlah, orang takkan rasa apa yang kita lalui, orang sekeliling hanya boleh nasihat je. Jika kau hancur berderai pun, apa sajalah yang orang boleh buat selain pandang je lah kan. Jadi think wisely untuk diri sendiri.

Puisi ini dihasilkan semasa dalam kereta on the way nak ke trip hiking. Sempat lagi menulis puisi haha, idea ni memang datang ikut suka hati dia je tau. Lani dah kurang hasilkan puisi, biasanya idea banyak datang masa travel, semenjak covid ni, dah tak travel otak rasa kurang berhubung haha Doakan saya lebih banyak idea untuk menulis puisi ye. Terima kasih sudi baca hasil karya saya.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Post a Comment

11 Comments

  1. Lovely! Nice poem, Bae. You have a good talent for poetry writing. Hope you will publish a book in the future.

    ReplyDelete
  2. Betul. Kadang nikmat kita, tak sama dengan insan lain, walaupun adik beradik sedarah daging kita sendiri. Yang penting, syukuri nikmat yang diterima.

    ReplyDelete
  3. i have recently seen this quote as it was trending on instagram. it makes so much sense and i love the way you broke it down and explained it!

    ReplyDelete
  4. Betul tu Bae, dunia kita memang berbeza, jangan di ikut nak jadi kehidupan orang lain, sedangkan mungkin orang tu nak jadi seperti kita, bersyukur laaa kann...

    ReplyDelete
  5. betul, semua orang berbeza nikmat berbeza peribadi dan sebagainya. Apa yang penting kita ikut je flow kita. Sempat buat puisi ya time covid

    ReplyDelete
  6. Betul. Adakalanya walau duduk sebumbung puluhan tahun, memang takkan serasi, tapi kebijaksanaan mencari kesamaan adalah kunci kebahagiaan kan.

    Dan cerita kita semuanya berbeza, maka jangan saling membanding.

    ReplyDelete
  7. You always impress me with your poem talent, love your poem creation always, continue to share more ya :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. sangat deep, ya dunia berbeza dan tak boleh samakan dengan orang lain. Sentiasa jadikan inspirasi.

    ReplyDelete
  9. Wow! Betul kan, sometime we rasa the plan is the best for us, but God always has a better plan for us.. we will know when the time is and everything fall in place... (Y)

    ReplyDelete
  10. kadang2 kita dah plan untuk sesuatu tapi allah dah merencanakan sesuatu yang lebih baik utk kita

    ReplyDelete
  11. Rajinnya Bae berpuisi, byk idea nak menulis, kak pun dulu mmg suka tls puisi

    ReplyDelete