Ad Code

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Assalamualaikum semua

Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor

Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni.

Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebelumnya hujan, jadi air sungai naik, renjer tak bagi hiking dari Ulu Bendul. Jika melalui trail dari Ulu Bendul, ada beberapa sungai yang kita kena lalui. Nanti kita cerita Trip Ulu Bendul single ya.

Sempat bergambar je, dok pujuk jugak renjer, kot la dapat naik ikut Ulu Bendul, tapi untuk keselamatan kami semua tak dibenarkan naik ikut Ulu Bendul

TREK GUNUNG ANGSI via BUKIT PUTUS

Kalau korang hiking melalui Bukit Putus, walaupun trek ini lebih mudah sebab ianya single trek tetapi jangan pandang rendah ye. Dari mula naik hingga hampir ke puncak memang pacak tak ada diskaun haha Mula-mula korang akan naik tangga, kemudian terus pacak 60 darjah lebih kurang 1KM baru korang akan jumpa trek yang sedikit mendatar.

Ini lah team untuk Trip Angsi kali ni. Semua hikers otai kecuali saya lah haha

Lebih kurang di 1.5KM korang akan jumpa jalan berlecak (jika hujan) tapi jangan risau, sebab pihak perhutanan ada letakkan blok-blok kayu untuk sebagai jalan untuk kita pijak atas tu, bagi memudahkan pendaki. Sepanjang hiking area sini korang akan jumpa pondok untuk berehat. Jika korang hiking ke atas lagi, akan ada viewpoint yang cantik. Dari sini korang bergambar sebab nampak macam bergambar dari peak, gittew haha Dekat nak sampai peak, trek akan sedikit pacak dan banyak akar pokok.

View di peak Gunung Angsi kalau sunset memang berkabus dan sejuk. Kami sampai pun matahari dah terbit, so memang panas la kat atas tu, sebab tak banyak pokok untuk berteduh, lagi-lagi kalau ramai pendaki. Elok kalau pakai topi atau kalau rajin bawak je payung haha


Terjumpa dengan team lain, tak kenal pun haha

Yang bestnya hiking ni, semua kat atas tu kita rasa macam kawan, tak kenal pun tapi bersembang macam kan kenal, kalau orang tengok gambar mesti ingat kami hiking sama kan haha

Ini team dari universiti. Masa tu diorang naik 2 biji bas rasanya, memang penuh dengan students je la atas tu. Saja ambik gambar kenang-kenangan.

Bukti pernah jejakkan kaki ke Gunung Angsi

Taktau apa motif kami ambik gambar macam ni haha

TIME LOG GUNUNG ANGSI via BUKIT PUTUS

0800 - Ascending to peak
0840 - Area pondok
0900 - View point 1
0930 - Puncak Gunung Angsi
1130 - Descending down
1230 - Sampai starting point

** Time log ini hanya untuk rujukan sahaja. Masa ke naik/turun puncak Gunung Angsi berdasarkan pace masing-masing.

CARA APPLY PERMIT UNTUK HIKING GUNUNG ANGSI

Untuk hiking di mana-mana gunung yang terletak di Hutan simpan kekal, kita perlu mohon permit ya. Jika sebelum ini, kita boleh walk-in sahaja di pondok pejabat hutan yang berada di starting point Bukit Putus. Dengan bayaran RM5 korang akan dapat permit mendaki Gunung Angsi. Sekarang dah mudah, kita juga boleh mohon secara online sahaja. Korang boleh buat pembayaran hanya pada setiap hari Isnin hingga Rabu (8.30 pagi - 4 petang) sahaja

Cara untuk apply permit secara online seperti dibawah:

1. Buat bayaran kepada butiran dibawah:

Nombor akaun : 804433398

Nama Bank : CIMB Bank
Nama Penerima : Bendahari Negeri, Negeri Sembilan
Rujukan : Lokasi pendakian & Tarikh pendakian

Contoh : Kalau korang nak naik Gunung Angsi pada 25/11/2021

Maklumat rujukan korang tulis : Gunung Angsi (251121)

2. Semak maklumat rujukan, dan boleh teruskan transaksi pembayaran.

3. Pastikan korang letak notify recipient via email. Masukkan email Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan - hutanns@ns.gov.my

4. Selesai pembayaran, jangan lupa cetak transaksi pembayaran tu.

5. Email Jabatan Perhutanan dengan menghantar email hutanns@ns.gov.my dan lampirkan cetakan transaksi

Jika terdapat sebarang pertanyaan korang boleh hubungi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di talian : Tel : 06-7659875
Emel : hutanns@ns.gov.my
Web : forestry.ns.gov.my

Cara permohonan permit secara online ini bukan hanya untuk Gunung Angsi ya, kalau korang nak mendaki Gunung Datuk atau Gunung Besar Hantu pun boleh bayar secara online. Lebih baik bayar online jika tinggal luar Negeri Sembilan. Bukan apa, di musim covid ni permit di hadkan untuk para pendaki. 

Disclaimer : Trip ini sebelum covid, sebab tu tak pakai mask ye.

Post a Comment

10 Comments

  1. Perkongsian yang bagus dan penuh informasi terutama berkaitan permit mendaki.. Next nak join mendaki Gunung tertentu nak apply Permit boleh rujuk entri ini..

    ReplyDelete
  2. Senang je kan, semua dibuat online. Macam nie la best, zaman sekarang semuanya di hujung jari. Lebih mudah dan selamat gak.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya, suka aktiviti macam ni tapi tulah mudah pancit dah tua2 ni hahahha. Ok seriuslah baru tahu kena apply permit kalau nak hiking kt situ, semua tempat ke atau tempat tertentu ye? Maklumlah xpernah hiking. Penah pun masa sekolah dulu puluh2 tahun dah hee. Boleh buat online mcm ni mudah lah untuk apply permit kan. Semua dihujung jari

    yanmie
    http://yanmieonline.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info.. yg cara bagaimana nak dapatkan permit tu.. mmg sngat membantu bg mrknyg suka pergi hiking

    ReplyDelete
  5. Wahhh nak hiking kena register online dan kena bayar yer ok baru tahu hehehe.. senang lah mcam ni semua online...

    ReplyDelete
  6. Good info especially to those yg minat hiking & planning nak hike ke Gunung Angsi. Whatever, take care guys !

    ReplyDelete
  7. terima kasih .sangat membantu

    ReplyDelete
  8. ye.. sgt membantu.. baru email Jab Perhutanan berkenaan permit. Dah pernah hiked 2020.. tp masa tu q dkt Bukit Putus utk permit.. (org pertama q.. sbb nk elakkan menunggu... :-)).. sekarang langsung x perlu menunggu.. TERIMA KASIH INFO

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lagipun sekarang ada kuota, jadi better apply online, lebih cepat.. happy hiking

      Delete