Ad Code

TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Assalamualaikum semua


Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri.

Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad.

Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul apabila kita menghadapi kesukaran. Hasilnya, kita bukan saja mendapat ilmu dan kemahiran, tetapi dapat membimbing orang lain yang memerlukan.

Pada masa ini, ILearnFromCloud.com menawarkan tiga kursus iaitu "The Art Of Problem Solving", "From Rat Race To F.I.R.E" (berkaitan kewangan peribadi) dan "Mind Mapping 101".

Kesemua kursus sesuai untuk mereka yang berumur 15 tahun (tech geek) sehingga umur 90 tahun, asalnya korang tahu menggunakan teknologi dan berkeinginan untuk belajar. Menggunakan ILearnFromCloud.com sebagai platform pembelajaran masakini, kita dapat mengumpulkan semua yang berbakat dan berpengetahuan di dalam sesuatu bidang untuk berkongsi dengan orang lain. Ini merupakan resepi kejayaan yang paling mudah untuk kita semua. Saya berpeluang mengikuti kursus mengenai pengurusan kewangan iaitu From Rat Race To F.I.R.E. Bagi pendapat saya, kursus ini sangat membuka minda tentang persaraan awal.


Sebelum ini, dengan gaji dan komitmen bulanan, saya rasa ramai yang rasa tak mungkin untuk bersara awal. Strategi F.I.R.E yang saya pelajari adalah langkah paling mudah untuk saya untuk bebas dari hutang dan mencapai Financial Freedom. Banyak kisah kejayaan di seluruh dunia yang dapat kita pelajari dari kursus ini. Walaupun korang rasa belum bersedia dan tak tahu dimana nak bermula, kursus ini memang sangat sesuai untuk korang sertai. Kursus ini banyak mengajar saya cara untuk menyimpan, melabur dan menjana lebih banyak duit dan tidak bergantung kepada gaji bulanan semata-mata.

 

Dalam kursus ini juga, saya belajar bagaimana menerapkan langkah-langkah mudah untuk memulakan perjalanan bebas hutang dengan cara yang betul untuk menguruskan semua kewangan. Saya juga belajar bagaimana menetapkan matlamat kewangan yang ingin dicapai dan akan mendorong diri sendiri untuk mencapai kebebasan kewangan. Moga saya disiplin untuk mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan dapat keluar dari kehidupan berhutang.

Apa yang saya belajar dari kursus ini:

  • Pengetahuan asas mengenai F.I.R.E. pendekatan.
  • Memahami asas kewangan peribadi dan konsep kewangan utama boleh mempengaruhi gaya hidup dan jalan menuju kebebasan kewangan.
  • Kepentingan membuat dan mematuhi anggaran peribadi.
  • Kepentingan menetapkan matlamat kewangan yang dapat dicapai yang realistik dan dapat dicapai.
  • Mencari musuh dan sahabat anda yang terbaik akan membantu anda dalam jalan kewangan anda (anda akan terkejut).
  • Kursus ini sesuai bagi individu yang ingin mengawal wang mereka, dan bukannya kewangan mengawal korang. Ia sangat sesuai bagi mereka yanb berminat untuk belajar tentang pengurusan kewangan, yang mencari kebebasan kewangan dan merancang untuk bersara awal.
Kursus lain yang disediakan oleh ILearnFromClound.com adalah Mind Mapping dan The Art of Problem Solving. Saya tidak mengikuti kedua kursus ini, tetapi pada saya kursus ini sangat berguna untuk kita pelajari, dan pastinya berguna di masa hadapan.

Apa yang akan korang belajar dari kursus MIND MAPPING:

  • Atur - susunkan fikiran, idea, atau matlamat anda dengan cepat menggunakan peta minda.
  • Rancang - rancangkan acara, ucapan, artikel, perniagaan atau rancangan pemasaran dengan cepat.
  • Berlatih dan laksanakan - pemetaan minda sangat sesuai untuk melatih ceramah dan presentation
  • Klarifikasi - pemetaan minda membantu anda lebih tepat dalam pemikiran anda dan membantu anda melihat kayu untuk pokok.
  • Berfikir secara berbeza - setelah anda belajar peta minda dengan berkesan, anda akan mendapati bahawa pendekatan mental anda terhadap isu atau idea akan berbeza secara asasnya.
  • Tingkatkan pembelajaran anda - Setiap orang hari ini harus terus menerus mengambil maklumat baru dan mempelajari cara kerja baru. Pemetaan minda (apabila dilakukan dengan betul) mempercepat pembelajaran dan pemahaman maklumat baru dan membantu mengekalkan dan mengingat kembali.
Setelah menamatkan kursus, korang akan merasa lebih yakin untuk membuat peta minda dan menunjukkan konsep asas kepada orang lain. Sebenarnya konsep peta minda ini lebih mudah untuk kita faham

Selain dua kursus yang telah dinyatakan, ILearnFromCloud.com juga memperkenalkan kursus THE ART OF PROBLEM SOLVING, korang akan mempelajari tentang:

  • Cara mengenal pasti dan membezakan masalah anda dengan cepat.
  • Belajar untuk mengemukakan soalan yang tepat dan mencari punca masalah anda.
  • Belajar untuk mengutamakan dan mengatasi masalah anda.
  • Ketahui faedah kewangan dari penyelesaian masalah yang cepat.
  • Ketahui 7 langkah yang terbukti untuk menyelesaikan masalah dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan cekap.
Secara kesimpulannya, kesemua kursus ini sangat bermanfaat untuk kita semua pelajari sebagai ilmu tambahan bagi menambah baik kehidupan kita sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ILearnFromCloud.com korang boleh layari :

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Youtube

#ilearnfromcloud #smartlearning #QuitTheRatRace #MindMapping101 #ArtOfProblemSolving

Post a Comment

15 Comments

  1. Menarik gak nie. Berapa caj dia untuk menyertai kursus ini ye? Rawlins teringin gak nak tambah ilmu, harapnya tak terlampau penat sebab sekarang dah banyak sangat mesyuarat/ persidangan online yang kena attend. Huhu

    ReplyDelete
  2. Yelah, brapa harga kursus nie, Bae? Nampak menarik dan penting kursus nie. Saya pun berminat. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. course bermula RM29. Course yang bae join cuma RM49 je

      Delete
  3. the courses price so cheap and so much to learn about it. I'm interested about this!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, the course is so cheap indeed but so much to learn

      Delete
  4. Congratulations to you and thanks for the wonderful review. Hope you enjoyed the course and start to apply this new financial skills to achieve financial independence.

    ReplyDelete
  5. Wah, bagus la ada online class macam ni. Sis pun mcm tertarik dengan pengurusan kewangan tu. Ye la time2 pandemik skang ni mcm2 benda boleh terjadi kan. So better kita ada ilmu utk make sure kewangan kita ok.

    ReplyDelete
  6. Menarik! masa macam sekarang ni, memang elok kita tambah ilmu pengetahuan! Ni pun salah satu financial management knowledge kan!

    ReplyDelete
  7. Bagus juga ada kursus macamtu sebagai persediaan.. kalau tak nanti tak tau tentu hala tuju kannn..

    ReplyDelete
  8. Thanks for the great tips, this is something I'm taking into consideration too.

    ReplyDelete
  9. Bagus la ada course camni atleast utk persediaan diri kannn

    ReplyDelete
  10. belajar menguruskan kewangan dengan bijak.. nanti nak tahu lebih lanjut mengenai kursus ni lah.. mana tahu boleh membantu menguruskan kewangan

    ReplyDelete
  11. Macam menarik. Bagus jugak course macam ni.Boleh jadi bijak untuk rancang kewangan.

    ReplyDelete