Ad Code

NUKILANBAE - KUNCI

Assalamualaikum  semua

Sumber: Google

Hidup ini adalah pilihan, sungguh
Tidak ada yang kebetulan
Tiada betul atau salah
Lurus atau bengkok

Apa yang kau rasa baik, redah
Di akhirnya kau jua mengharung
Barangkali sendiri, lali

Apa yang terjadi, ambil peduli
Buta mata tapi jangan tuli!
Kunci erat-erat
mulut bisamu itu
Penuh racun kesumat,
Berat dan melarat

Seka tangis duka, luka
Jangan bazir waktu
Dunia bukan kita punya
Cari semua arah tuju
Pasti ketemu
Negeri abadi, itulah hidupmu


bae26012021

Dunia yang penuh dengan manusia ini ada masanya terasa bagai berseorangan. Bukan dunia yang tidak berpenghuni tapi itulah hatimu yang sunyi. Apa sahaja yang berlaku, kehidupan kita atau orang lain, ambil iktibar, belajar sesuatu agar kita dapat perbaiki diri, kerana hakikatnya kita akan berseorangan menghadap Tuhan. Segala kesedihan, kekecewaan yang kita rasai hanyalah sementara, jika kita tahu arah tuju kehidupan kita yang sebenarnya kita tak akan lebih fokus pada ukhrawi. Kesemua puisi yang saya hasilkan adalah situasi sebenar yang berlaku, baik pada diri saya atau kehidupan orang sekeliling yang dekat di hati, yang saya peduli, dan ada sesuatu yang dapat saya pelajari kerana tiada yang namanya kebetulan.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Post a Comment

24 Comments

  1. Hidup ni mcm tu la.. Ada masa kita rasa lelah.. Ada masa kita bersemangat.. Ada masa kita rasa nak waktu berhenti walaupun seketika.. Ada masa kita nak sesuatu benda tu berakhir dengan cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takda semua tu bosan pulak hidup ni kan

      Delete
  2. Terkadang lelah diri ini menongkah pelbagai ulah, cuba dialih tingkah, tetap jari terkasar, hati terluka, pedih dan jerih terkadang berlalu tanpa nada

    Hanya padaNya kutadah memohon ihsan
    InsyaAllah diperkenan
    Bukan kerana diriku layak menerimanya
    Kerana itu yang berpatutan dan sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ada bakat terpendam rupanya rawlins...

      Delete
  3. kadang2 tertanya sendiri..kenapa kita perlu hadapi semua ini, jatuh bangun dalam kehidupan...tp bila fikir balik..itulah asam garam dalam kehidupan...mungkin dpt melihat pelangi andai diizinkan...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul asam garam kehidupan barulah tak bosan hidup hehe

      Delete
  4. Terima kasih atas ingatan. Apa yang pasti, setiap perkara yg kita lalui, setiap orang yang kita temui, punyai fungsi. Punyai kesan pada diri. Kehidupan hanyalah pentas lakonan, alam abadi adalah dunia hakiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. setuju dengan yanie. setiap kita punya fungsi

      Delete
  5. Wuu lagi syahdu karya kali ni. Cuma khai tertanya mcm mana dpt ilham selalu? Tulis selalu waktu bila. Tengah malam atau anytime

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua koleksi lama. sebelum ni simpan sendiri. sekarang baru start publish. biasanya dapat ilham masa travel

      Delete
  6. Pernah rasa perasaan macam ni, but istighfar balik Allah ada. Hati kita kadang lalai

    ReplyDelete
  7. Betul walaupun kita ada ramai kawan dan juga ada ramai sedara mara tapi bila kita susah memang tak ada yang nak dekat. Dunia ni kalau nak kata kejam tak boleh juga kerana kita kena pandai bawa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam atau tak semuanya pilihan kita maha

      Delete
  8. Sebab Mulut banyak yang binasa! Very true and I found the real "KUNCI" in this masterpiece! A good reminder for myself too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are so clever nell.. thanks for reading

      Delete
  9. This is such a beautifully written poem by you! Really reflects the kinda things we are all going through..

    ReplyDelete
  10. Ambil masa untuk restart. Jangan dikenang masa lalu. Lihat apa yang ada didepan mata dan hargainya. Kadang rasa burnout, tp kita sebagai umat Islam. Segera istighfar dan bangun ambil wudhu dan solat. Allah s.w.t menanti Bae.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, jika kukuh pegangan, sejauh mana pun kita pergi kita pasti akan kembali

      Delete
  11. Kita akan rasa keseorangan walau ramai keliling kita bila mana kita terlelu merasa rendah diri pada diri kita.. be happy and enjoy the life, itulah kunci kebahagiaan yang kita cari.. cipta kebahagiaan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita perlu cipta kebahagian kita sendiri..betul tu

      Delete
  12. Ena tahu bae seorang yang kuat orangnya. Sentiasa hargai orang sekeliling ye laling

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berlalu ena. hanya nukilkan dalam puisi je

      Delete