Ad Code

NASI BUKHARA SEDAP DI LEMBAH KLANG HANYA DI HOTEL PREMIERE

Assalamualaikum semua

Sejak bekerja di rumah ni, badan selalu rasa letih, kadang nak masak pun tak sempat. Rasanya bekerja di rumah lagi sibuk dari bekerja di pejabat. Mana tak nya, di rumah ni, setiap masa email masuk. Kalau tak uruskan pada waktu pejabat nanti parents tertunggu pulak. Maklumlah kerja saya melibatkan parents yang nak balik ke negara asal, jadinya, kalau kita lambat balas email, tertunggak pulak urusan dia untuk pulang ke negara kan. Nama pun memang tugas, hadap je lah.

Bekerja di rumah ni jugak tak menang tangan dengan urusan rumah lagi, nak masak untuk suami tercinta lagi kan haha Tapi bab memasak ni tak risau sangat, sebab boleh beli online je. Last week tekak ni teringin betul nasi bukhara, rasa macam dah lama tak makan. Malas nak masak, jadi order je lah dari Hotel Premiere. Best jugak sesekali makan makanan hotel di rumah. hehe Korang nak tau nasi bukhara yang paling best kat Klang Valley ni? Meh nak share....Sapa suka nasi bukhara, hidangan ini memang untuk korang.


Korang boleh dapatkan Nasi Bukhara the best in town di Première Hotel yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Premiere hotel merupakan hotel 4 bintang adalah sebahagian dari WCT Group of Companies. Ia menawarkan makanan-makanan yang menarik di tiga buah restoran mereka iaitu The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. Hotel ni terletak bersebelahan dengan shopping mall, lepas PKP boleh la staycation. Saya suka hotel yang berdekatan dengan mall kalau nak staycation.

Buzz adalah restoran yang menawarkan masakan tempatan yang marbeles. Saya pernah kongsikan menu lamb shank masak lemak yang saya makan di restoran The Buzz. Memang rugi lah kalau korang tak try menu tu. hehe Masa saya makan kat The Buzz, saya berkesempatan jumpa sendiri dengan Chef Noor Hisham yang memang berpengalaman di dalam bidang masakan. Kalini Chef Noor Hisham menampilkan menu baru untuk promosi bulan Julai dan Ogos iaitu Nasi Bukhara Ayam atau Udang Galah dan East Meet West Stew Kambing dengan Tortila Jagung.

Semua sedap

REVIEW NASI BUKHARA AYAM / UDANG GALAH

Nasi bukhara the best in town

Saya dapat rasa kedua nasi bukhara ayan dan udang galah. My first impression bila rasa keduanya memang rasa sedap yakmat. Sangat padu kuah ayam dan udang tu. Udang galah besar, ayam pun portion besar boleh makan dua orang. Nasi bukhara tu dimasak dengan nasi aromatik basmathi dan rempah yang buatkan nasi tu bau wangi dan sedap. Jujurnya saya tak pernah rasa nasi bukhara style masakan macam ni, bak kata omputih flavourful sungguh. Hidangan ni bukan nasi dengan lauk semata je tau, di makan bersama raita timun yang berkrim dan papadom.papadom ni ranggup je, saya makan cicah dengan kuah ayam tu, memang mabeles.

Portion ayam ni memang besar

Set nasi bukhara ayam sangatlah berpatutan tau, untuk set ayam hanya berharga RM30 sahaja. Tersangatlah murah untuk portion yang disediakan. Boleh makan dua orang, ayam pun besar. Kesimpulannya memang berbaloi lah beli.

Aishh tengok ni rasa nak lagi

Set nasi bukhara udang galah pulak hanya RM58. Pada saya harga tu sangatlah berbaloi sebab udang besar yakmat ye. Memang puas sangat dapat makan udang galah tu. Korang mesti takkan menyesal beli set nai bukhara udang ni. Menu kategori MUST TRY!

STEW KAMBING DENGAN TORTILA JAGUNG

Nampak tak penuh isi daging kambing

Menu kedua untuk promo terbaru di Hotel Premiere ialah Stew Kambing dengan Tortila Jagung berharga RM32. Stew kambing ni sangat sedap, penuh dengan isi daging. Sesetengah masakan yang guna kambing bau hamis tau, tapi stew kambing ni, bila korang makan, korang akan sangat enjoy. Rasa macam tak cukup pulak tortila tu sebab sedapppp. InshaaAllah akan repeat lagi stew kambing ni. Peminat kambing WAJIB CUBA!

Memang berselera saya makan, sedap hingga menjilat jari!

Mesti korang dah tak sabar nak cuba kan? Jangan risau, korang boleh dapatkan kedua-dua menu ni bermula Julai hingga Ogos 2021. Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-

Telefon:
+603 3325 6828 / 03-3325 6800

Email:
fnb@premiere-hotels.wct.my

Whatsapp:
012 449 6258

Post a Comment

19 Comments

  1. Besar betul ayam dia - teringin terus nak makan sebab menarik. Nie first time dengar nasi bukhara. Dia buat delivery ke Bangi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluruh lembah klang ada je. try whatsapp hotel premiere rawlins

      Delete
  2. Besornya udang galah dia. puas hati kalau makan ni. ayooo, awat la pi baca entri ni time tengah malam. terus lapar dibuatnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa esok boleh pi order udang galah tu. sedappp

      Delete
  3. Sejak-sejak ni ramai juga post nasi bukhara ni laa, ada yang share readymade hanya tinggal masak aja.. nanti boleh cuba laa.. nak ke hotelnya jauh le pulak..

    ReplyDelete
  4. Sedap. Sebab dah try mmg puas hati.. esp set udang dia mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bae pun suka udang, lamb stew pun sedap

      Delete
  5. meriah tu makanan die dan nampak sedap pula tengok. makan sorang macam susah je nak habis.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takleh habis. portion besar. berbaloi beli

      Delete
  6. Wow..........lapar pula saya tengok nasi bukhara nie. Hotel Premier? Never visit there yet. Thank you for sharing this information ya Bae.

    ReplyDelete
  7. Udang galah tu. Ishkkk memanggil-manggil untuk dirasa. Ayam pun besar. Boleh try order nanti.

    ReplyDelete
  8. I tak pernah dgr nasi bukhara before ni. Die same ke dgn nasi arab?
    Tapi tgok kuah macam lain 😄

    ReplyDelete
  9. This is such a beautiful spread. I'm so hungry just by looking at it, will definitely try them out.

    ReplyDelete
  10. Seriously tempting giler looking at menu2 dia ye! if dekat sure dah order it for my lunch ahh.. good one sis..

    ReplyDelete
  11. wow nampak sedap betul nasi bukhara tu.tak pernah try lagi masakan hotel premier ni..nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  12. Wah.. Nampak sedap semua makanan tu 😋 Terliur tengoknya. Udang galah tu fuhhh

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lg makan nasi bukhara sama ke dgn nasi bukhari? Hehe..tp hotel premiere klang ni food dia mmg sedap2 biasanya

    ReplyDelete
  14. mmm dpt tengok jela..since dh duduk mlk ni..huhuhu..tp menu dia mmg menyelerakan betul la...

    ReplyDelete