Ad Code

PENGALAMAN RAHAYU BAHARIN KUARANTIN DI MAEPS. APA KORANG PERLU BAWA SEMASA KUARANTIN?

Assalamualaikum semua

Tanpa sedar dah seminggu kita meraikan hari raya, perayaan yang dinantikan bagi umat islam selepas sebulan berpuasa. Raya tahun ni, di Malaysia kita semua masih tidak dapat rentas negeri, untuk pulang beraya di kampung. Bersabar je lah, demi kesejahteraan Malaysia, agar Malaysia sembuh dari covid. Mental pun dah makin tenat. Sempena aidilfitri, kes covid pun semakin mencanak naik. Seluruh Malaysia diistiharkan untuk kembali PKP sehingga 7 Jun 2020.

Dalam ramai-ramai yang positif covid, kawan saya salah seorang yang diuji, bukan seorang tapi seluruh keluarga kawan saya. Jadi dia kongsikan beberapa tips jika korang perlu dikuarantin di pusat kuarantin (MAEPS). Jom baca sebagai panduan, jika sesiapa yang kita kenal perlu dikuarantin sekurang-kurangnya kita tau apa yang perlu dilakukan.

SEBELUM MENDAFTAR DI CAC

Sebelum korang serah diri di CAC, korang sebaiknya memuat naik aplikasi SELANGKAH sebab di sana pihak PKD tidak menggunakan Apps MYSEJAHTERA. Selain itu, pastikan semua maklumat korang isi di rumah, jadi korang takkan stuck di pintu masuk CAC. Untuk warga emas dan kurang upaya, boleh terus serahkan kad pengenalan pada pihak PKD, pegawai bertugas akan tolong untuk isikan maklumat bagi pihak.


Di ingatkan, korang akan melalui 3 stage dan akan ditanyakan soalan yang sama oleh pegawai. Stage terakhir nanti korang akan diberi tempat untuk kuarantin. 4 tempat kuarantin yang dibenarkan oleh pihak PKD iaitu hotel, Maeps, Hospital Sungaj Buloh atau hanya kuarantin di rumah. Jika warga emas cuba minta pafa pegawai bertugas untuk kuarantin dirumah. (baca sehingga habis, korang akan tahu kenapa)

KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA CAC

Rahayu kongsikan keperluan yang korang perlu bawak di CAC adalah pakaian untuk korang bermalam di Maeps (atau mana-mana pusat kuarantin). Semua keperluan ini adalah untuk 10 hari kuarantin dari tempih swab test. Korang boleh jadikan sebagai panduan, tak semestinya bawak semua tapi lebih baik ada dari takda kan, bukan semua benda ada jual kat dalam pusat kuarantin, dan orang luar pun tak boleh nak masuk untuk hantarkan keperluan korang tau. Antara barang keperluan yang perlu di bawa adalah:

➡️Sweater 5 lapis (pakai)
➡️Tracksuit 5Lapis (pakai)
➡️Selimut Tebal
➡️Stokin Tebal
➡️Telekong / Sejadah
➡️Towel
➡️Bodywash
➡️Syampoo
➡️Ubat Gigi (beli kat sana RM17 yg halus)
➡️Berus Gigi
➡️Megi Cup (secukopnya sbb kat sana 3 CUP RM13)
➡️Minuman 3in1
➡️Sudu Plastick / Gerpu Plastick
➡️Plastick Sampah yg Kecik (Kt Eco ada jual)
➡️Baldi Kecik atau Cebok.
➡️Selipar pakai je selipar Getah takyah nk beriya ko pakai Selipar Bling². Ko hingat nk g Mall ke.
➡️Biskut
➡️Roti.
➡️Libresss ( kat sana 6 keping RM12)
➡️Pantyliner / Senda Pakai Buang.
➡️Ubat-ubatan yang diperlukan sebab kat sana pihak KKM tak sediakan pun ubat kecuali kau stage 3.
➡️Ubat batuk, Difflam tu sangat penting. (Walaupun tak batuk sampai sana confirm korang akan batuk sebab sejuk.
➡️Vicks, Minyak Urut, Minyak Panas.
➡️Vasselin atau Lip Balm
➡️Pakaian dalam secukupnya sbb ko akan terkucil menunggu giliran nk masuk Toilet. (Mungkin boleh spare spender pakai buang)
➡️Tisu Basah
➡️Tisu Kering
➡️Mineral Water ( TAK PAYAH BAWAK SBB BESEPAH DERANG SEDIAKAN TEPI JALAN NK MASUK BILIK)
➡️Kad Bank atau Ewallet sebab kat sana langsung TAK PAKAI CASH. Semua mesin yang disediakan kena guna Kad ATM atau Touch N Go Ewallet. Top-up sesiap sampai sana korang Touch je.

Ini antara jajan yang korang boleh beli kat mesin

Teh o panas pun ada jual tau kat mesin tu, sediakan duit je lah hehe

Makanan ada disediakan, beratur je setiap kali  nak ambil makanan

Sampai sana pulak korang akan di pakaikan Gelang dan di beri Bilik dan Katil.  Selepas tu korang kena report diri kat Doktor bertugas. Doktor akan tanya
Bila Swab Test Positive?
Ada Symptom apa?
Masih Batuk? Perlu Ubat?dan macam-macam soalan lagi. Jawab dengan jujur sebab jawapan korang tu akan menentukan korang dikuarantinkan dalam stage mana. Kawan saya di kategorikan stage 1.

Ok awak saya Kategorikan STAGE 1
( Stage lepak bangun, makan, tido, berak,
kencing, cukup 10 hari balik) - Rahayu

Selepas 9 hari kuarantin, nama Discharge akan keluar kat depan bilik Doktor atau kaunter Nurse. So korang check nama korang dan kalau nama korang tak ada korang boleh Intercom Nurse atau Doktor dan tanyakan je.


Sebelum² tu kalau tak Cukup Matang Tarikh Quarantine ko TAK PAYAH la Rajin nk g menanya sbb mmg ko x akan boleh balik sbb ko tak cukup Tempoh Kuarantin. Jangan laaa dok tanya-tanya. Kesian Nurse & Doktor² nk menjawab Soalan ko. Kalau aku pon Stresss. Pahammlaaa tempoh Kuarantin ko di kira dari tarikh Swab Test Positive ko - Rahayu

Kalau tak ingat jugak, notis ni ada di tampal di depan bilik Nurse & Doktor

SEBELUM DISCHARGE

Surat yang di tunggu-tunggu

Jika nama korang dah disenaraikan dalam list discharge, korang perku tunggu sehingga dapat surat discharge dari Doktor. Surat akan dikeluarkan malam tu atau pagi esok di kaunter nurse dan Doktor. Masa ni sebaiknya korang packing beg untuk discharge esoknya.

Beratur untuk potong gelang

Seawal jam 6 pagi korang dah boleh beratur dengan beg untuk sesi potong gelang. Selesai sesi potong gelang, boleh turun lif, dah ada bas tunggu di bawah. Akan ada pegawai RELA di bawah yang akan brief korang apa yang perlu korang buat selepas balik ke rumah.


So korang boleh sesiap bagitau pickup korang kat Laman Tiba 1 kat Maeps tu memang tempat untuk Pickup Area - Rahayu

SELEPAS KUARANTIN

Selepas discharged, korang tidak akan menjangkiti atau dijangkiti covid (insha'Allah) seperti yang dinyatakan dalam surat discharge tetapi korang masih perlu jaga SOP tau.

Ini lah Rahayu aka Kak Ayu dengan anaknya Fahd yang dah sihat dan bebas dari covid-19, Alhamdulillah

Korang boleh baca posting asal pengalaman Rahayu masa positif covid. Kak Ayu ni tokey tauhu bergedil, kalau area lembah klang nak makan tauhu bergedil paling marbeles, boleh order dengan kak Ayu, korang takkan cari dah tauhu bergedil lain. 

Post a Comment

26 Comments

  1. pengalaman yang berharga kan.. mog akita semua dapat jaga diri, ikut SOP dan tidak terkena jangkitan covid

    ReplyDelete
  2. A very....challenging and invaluable experience indeed. Glad that everything is ok for you. We all have to be vigilant and follow the SOP all the time.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Kak Ayu dah bebas Covid-19...mudah-mudahan kita dijauhi dari jangkitan penyakit ni, Aamin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah dah discharged. InsyaAllah perkongsian ini akan membantu ramai, especially now kes mencanak-canak kan

    ReplyDelete
  5. Pengalaman ini yang sangat rare. Ada kawan juga kuarantin di sana. Kalau pasal makanan katanya alhamdulilah. Syukurlah semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul makanan okay je, cuma ramai kan, kena sabar beratur

      Delete
  6. Pengalaman yang ramai suka baca. Tak ramai orang sudi nak kongsikan. Alhamdulillah dah boleh balik rumah. Bersama kita jaga SOP.

    ReplyDelete
  7. Masa kakak masuk Maeps ni mmg kitaorg dok google jugak utk tgok apa yg perlu di bawa kesana. Nasib baiklah ramai yg share apa yg perlu dibawa dan tak..sgt2 membantu perkongsian mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dapat dijadikan panduan oleh orang lain.

      Delete
  8. Pengalaman yang sangat-sangat berharga. Memang tak ramai yang sudi kongsikan. Terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah, moga terus sihat..
    Orang yang kena dan ada pengalaman aje yang tau betapa peritnya kann.. yang xtau.. haaaa tu yang berderet beratur kat highway semalam hahahaha

    ReplyDelete
  10. Tertanya2 juga sebenrany bba pakaian ni.. Nasib ade yang share ni.. Baju sejuk pun 5 lapis.. Sejuk benor tu. Pengalamna dia, smeoga kita dijauhkan dri covid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejukkk sebab staff kkm semua ber ppe kan

      Delete
  11. Good tips untuk rujukan kan.. mudah2an hanya rujukan dan tak perlu lalui fasa2 ni kan.. glad to hear that both dah sihat...

    ReplyDelete
  12. Oo macam tu. Perkongsian yg sgt berguna sebab kita semua mesti tak tau apa nak expect kat sana kan. Kemain mahal lagi barang2 yg jual kat situ ya.

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus.. banyak jugak perlu di bawa tu. mengalahkan masuk asrama ni hehe.ingatkan ubat ubatan disediakan.ubat kene bawa sendiri rupanya

    ReplyDelete
  14. Banyak baca pengalaman deorang yang stay sana. Semoga dijauhkan kita daripada segala pengakit.

    ReplyDelete
  15. First time baca pengalaman kuarantin di pusat kuarantin. Leceh juga nak berangkut barang macam duk kat asrama dulu tapi terpaksa. Alhamdulillah dah tamat tempoh kuarantin

    ReplyDelete
  16. nice sharing. baru tahu tentang bagaimana mereka yang kena tahan kuarantin di Maeps tu. semoga Allah lindungi kita semua dari COVID

    ReplyDelete