Ad Code

NUKILANBAE - MERINDU

Assalamualaikum semua

Panggilan pulau itu,
Menyatakan rindu,
Pada susuk yang menjauh,
Pada hati yang meluka,
Pada rasa yang mendera,

Senja indah ini,
Menenangkan jiwa yang alpa,
Bergelora..
Berkecamuk..
Seliratnya tak terleraikan,

Akulah pemuja berhati kaca,
Mencinta batasan tiada,
Walau tak menyatu,
Hati tetap merindu.


bae09102019

Sumber: Google

Rindu ini suatu perasaan yang sangat berharga, dan ia tidak semudahnya di berikan pada sesiapa. Kita hanya akan merindu seseorang yang ada tempat di hati kita, yang dekat dengan jiwa. Terhasilnya puisi ini kerana terlalu merindu, walaupun kerinduan itu pada seseorang yang pernah mengecewakan. Begitulah kompleksnya hati seorang perempuan, apa yang diinginkan selalunya tak seiring dengan akal fikiran. Sebab tu ada pepatah, jangan ikut hati nanti mati, jangan turutkan nafsu nanti lesu. Rindu itu tak salah, ianya suatu perasaan yang tak mampu kita kawal, merindulah jika ia tidak memudaratkan dirimu.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Post a Comment

24 Comments

  1. Beautiful poem! Keep up the good work. You should one day publish a poem book. It will be great.

    ReplyDelete
  2. Hmm ada jugak kadang2 teringat pd orang yg pernah mengecewakan. Tapi bukan rindu la, sakit hati! Haha.

    ReplyDelete
  3. Warghhh....pandai berpuitis . Bukan senang tau nak perah fikiran dan seterusnya jadi beberapa rangkap . Teruskan semangat ya dalam menghasilkan karya yang cukup bermakna

    ReplyDelete
  4. Lovely poem.. rindu tapi tak boleh bagitahu. Simpan selamanya dalam hati sebab tak tahu nak buat apa lagi...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu yang memeritkan bila rasa rindu hanya mampu di pendam

      Delete
  5. hrmmm puisi ni macam kena pula dengan situasi sekarang. kadang orang tak tahu apa yang kita rasa kan? semoga ianya membawa isi hati kita yang tertulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga bukan sekuntum khai...jangan sedih-sedih tau

      Delete
  6. Saya rindu pada ahli keluarga saya nun jauh di Sarawak. Dah nak masuk tahun ke-3 tak balik sebab Covid nie. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..moga cepat lah covid ni menghilang, boleh balik jumpa family

      Delete
  7. Rindu nak update entry puitis-puitis macam ni hehe dulu suka la update now takde masa .

    Rindu tu kadang sakit :'(

    ReplyDelete
  8. Wow! Nice entry, i can feel the emotion in the poem.. Rindu itu kadang2 indah, kadang2 sangat menyakitkan.. kita harus bijak uruskan perasaan ini.. kadang2 mudah untuk kita berbicara, tapi itulah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. hanya kita yang lalui. moga baik2 saja walaupun merindu

      Delete
  9. Alololo puitis sungguh akak ni. Rindu rindu dah dia. Semoga terus istiqomah tau. Busykan diri. Rindu sekali sekala ok. Jangan drag sampai berjam-jam lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali berpuitis meluah rasa melirikkan pena

      Delete
  10. puitis juga eh. bukan semua orang boleh menulis puisi macam ni. kalau tengok emo mungkin banyak idea yang timbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka berpuisi, meluahkan rasa di hati gittew

      Delete
  11. Puitisnye. Pandai sis berpuisi.kalau takde terjemahan maksud tu, marina pon tak tahu nak interpret

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali berpuitis..terima kasih sudi baca

      Delete
  12. Dalam situasi sekarang ni, banyak benda yang Sis rindu dan merindu... huwaaaa susah nak di ungkap dengan penulisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. luahkan la melalui puisi, sis kan budak sastera

      Delete