Assalamualaikum semua
Dah lama sebenarnya teringin nak makan K-Fry ni, salah satu sebabnya adalah restoran ni menyediakan makanan korea. Saya memang penggemar makanan korea, pernah la masak sendiri bimbibap, gochujang dan kimchi masa PKP 1.0, masa tu kan total lockdown, teringin punya pasal terpaksalah masak sendiri. Biasanya kalau teringin makanan korea antara restoran yang saya akan tuju adalah Dubuyo, restoran yang makanan koreanya kena dengan tekak, rasa kimchi yang mabeles. Tengah taip ni rasa teringin plak kimchi kay Dubuyo tu hehe.
Sebelum nak cerita, ini hanyalah pengalaman peribadi yang saya record kat sini hanya untuk peribadi ye, tiada kena mengena dengan sesiapa atau nak menjatuhkan sesiapa. Berbalik kepada K-Fry, al kisahnya kawan-kawan ajak pi makan sini, so ayuhlah kita, lagipun memang dah lama teringin kan. Frackly speaking yang paling teringin adalah ayam goreng yang disaluti cheese tu, tapi dah kata restoran korean cuisine, haruslah order kimchi.
Kebetulan masa tu belum makan nasi lagi, jadi saya order KIMCHI CHICKEN RICE sebab ada kimchi, saya sangat suka kimchi especially kimchi lobak putih, ranggup, masak pedas uishhh terliur sangat. Tapi seriously memang kecewa, kalau saya pi restoran korean cuisine, nasi tu rasa lain tau bukan macam nasi yang kita makan kat rumah tu. Memang lain dengan restoran yang serve korean cuisine yang lain tu. Nasi di K-Fry ni rasa macam beras biasa, beras kat rumah lagi sedap pakai beras pulsa haha dan yang paling kecewa adala kimchi. Rasa kimchi lama dan sangat tak sedap. I'm sorry K-Fry this menu memang tak kena dengan tekak.
Lepas tu kawan-kawan order bendalah ayam dengan cheese tu, ORIGINAL CHEESEY FRIED CHICKEN. Menu ni dihidangkan dengan french fries dan ayam goreng dan akan ada staff K-Fry yang akan salutkan cheese pada ayam. Kami mintak salutkan separuh saja ayam sebab cheese tu memang muak. Saya sukaaaaa sangat cheese tapi menu ni memang muak, maybe sebab aku dah balun nasi dulu sebelum ayam ni sampai. Jadi tak berapa nak menikmati ayam ni. Dan perasaan kecewa dengan kimchi nasi tadi terbawa-bawa, buatkan menu lain pun saya rasa tak la sesedap yang di viralkan.
Takda apa pun, memang semata-mata ayam goreng dan cheese yang melimpah ruah. Kalau korang tak suka cheese dinasihatkan untuk tidak order menu ni, sebab takkan boleh masuk tekak korang ayam ni. Tapi tengok menu ada je periasa lain, yang pedas, yang manis, maybe ayam yang tu boleh hilangkan sikit rasa muak cheese taktau lah kan. Korang boleh cuba kalau nak haha
Menu tu dihidangkan macam ni, korang tunggu je, nanti akan ada staff yang datang cairkan cheese tu dan tolong salutkan cheese, korang boleh request untuk salutkan separuh ayam je kalau tak staff tu akan salutkan je pada semua ayam tu.
Kami order jugak teppoki, pada saya rasa menu ni ok lah, tak la tahap teringat-teringat dan nak repeat lagi. Sekadar dapat rasa tu kira okaylah. Kalau korang order menu ni, sama macam ayam tadi, korang tunggu staff datang untuk panaskan. Teppoki ni masa panas tak rasa sangat cili tu, bi,a dah sejuk memang terasa sangat serbuk cili.
Penutup makan di K-Fry ni adalah MANGO BINGSO iaitu pemanis mulut. Dalam banyak-banyak menu yang dah kami order, hanya yang ni je la saya rasa sedap. Yang lain memang tak kena dengan tekak. Tapi kalau pi K-Frt just nak makan dessert, baik pi makan kat mykori je kan, dah tentu banyak perisa kita boleh pilih.
Secara keseluruhannya pengalaman makan di K-Fry agak mengecewakan. Menu di restoran ni, untuk marhaen macam saya ni agak mahal lah, tapi kalau sedap I don't mind to repeat makan kat sini. Takpalah dah cuba sekali tu jadilah, nak repeat lagi tu macam lambettttt lagi haha Sebab tu saya lebih suka makan di kedai yang dah biasa, yang kita dah tau memang sedap, berbaloi nak bayar pun. Jangan percaya sangat la kalau viral, ini terjebak sebab orang dok viral kat sedaplah ni.
Jalan-jalan dalam mall sebelum balik terjumpa pulak Hazukido, pernah nampak kat KLCC, tapi masa tu rushing jadi tak sempat nak beli. Bila jumpa kat sini, terus borong hehe. Korang pernah rasa tak hazukido ni?
Ada pulak promo beli 5 percuma 1 haruslah grab kan. Sebab kalau area rumah takda grab/foodpanda yang boleh belikan, kira makanan rare yang dapat rasa ni.
Pengubat kekecewaan makan di K-Fry haritu, semua ni saya makan sorang je tau. Saya memang suka yakmat la croissant kat Hazukido ni, kalau jumpa jarang-jarang beli sikit. Paling sedap custard dan strawberry. Eh tapi kan semua flavours pun sedap la, korang wajib cuba semua.
Terima kasih lah sudi baca pengalaman dan review ikhlas saya.!
24 Comments
Sama rasa macam nasi kat rumah je ye? Maybe that particular branch kot. KFry nie always penuh time boleh dine in dulu - Malaysians memang suka makann korea nie kan
ReplyDeletenot sure, sebab pernah try few korean restaurant, lain lah nasi dia
Deletedah lama berangan nak makan benda ni. tapi takde pulak di kota bharu
ReplyDeletekalau nak try maybe try outlet lain kot. saya pi k-fry ioi city mall
Deletesedapnya k-fry! tapi betul cheese tu memang muak kena bawa geng kalau nak makan. hazukido pula khai letakkan as best croissant dekat malaysia punya benchmark. memang sedap!
ReplyDeleteyeszaaaa hazikudo memang the best so far
DeleteWalaupun saya suka makanan Korea tapi setakat ni belum lagi teringin nak cuba makan dekat K-Fry sebab tak berapa suka dengan makanan tradisi yang di urban kan. Kalau betul nak makan-makanan Korea better ke Eid Restoran. Tapi tak apalah anggap jer mencuba sesuatu yag baru.
ReplyDeletenanti nak try eid restaurant, so far y favourite dubuyo
Deletehehehe. orang cakap, hype je lebih, mahal pulak tu harga dia. Tapi bibimbap dan rice seaweed ball dia sedap.
ReplyDeletekannn, mahal tu takyah cakap la haha
DeleteMarsha suka bimbibap dia...jarang boleh makan sebab jauh. Tapi time teringin pergi makan juga lepaskan teringin.
ReplyDeleteye ke, bimbimbap kat dubuyo pun sedap gak!
DeleteTak pernah makan makanan korea dekat restoren. Takut tak kne tekak
ReplyDeletekalau dubuyo sedap, kimchi stew, bimbimbap semua sedap
DeleteSorry to hear you not so good experience. Perhaps their chef had a day-off on that day. Honestly speaking I have been wanting to dine in this restaurant too.
ReplyDeletejust try out yourself maybe it fit your taste. but i prefer dubuyo for korean food
DeleteMemang muak kalau pilih yg cheese je. yaya selalu ambil yang spicy. Lepas tu bingsu dia sedap. Anda ada tu fries cheese dia sedap. Menu lain tak berani cuba risau tak pandai makan haha
ReplyDeletebingsu tu memang sedap. tak puas hati kimchi dia tak memuaskan. masa makan kimchi kfry terus rasa nyesal tak pi dubuyo je haha
DeleteRuby pernah makan K FRY ni. Kat cawangan 1Utama. Memang best makan dengan seisi keluarga. Ketika itu, sebelum COVID-19. Itulah waktu kali pertama kami sekeluarga boleh berkumpul tiga generasi. Hehehe. Main Bowling, lepas tu makan K FRY. Bab yang balut cheese tu mata tak berhenti tengok. Laju dan cheese panas-panas tu nampak sedap. Haha.
ReplyDeletegood to hear you have great experience
DeleteKalau KFry di JB ni so far semua okay, belum pernah lagi kena macam Bae.. lagi kemaruk nak datang makan lagi ada hahahaha...
ReplyDeletetu la kan sis, ramai kata sedap nau, viral sangat tapi.....
DeleteSo far I pun takde any bad experience dining kat K-Fry, maybe menu2 yang i order masa tue kena my expectation. else, I feel you too.. The only problem I ada dengan K-Fry ni is always full with people...Lagi2 time fasting month aritue.. Lupa book.. :S
ReplyDeletetu la, i think i am expecting too much kot since it is so viral kan
Delete