Assalamualaikum semua
Sebagai manusia biasa kita tak lari dari rasa sedih. Pelbagai asbab yang buatkan seseorang berduka lara. Kesedihan adalah emosi asa manusia dan ia merupakan tindak balas yang biasa terhadap situasi yang menyakitkan, mengjengkelkan dan mengecewakan. Kesedihan berbeza dengan kemurungan yang kebiasaannya dilalui secara berterusan dan lebih lama, manakala sedih hanyalah sementara. Tapi, berhati-hati, kesedihan yang lama, lebih dari dua minggu, boleh berubah menjadi kemurungan yang pastinya memberi kesan kepada kehidupan kita.
CARA ATASI KESEDIHAN
Sumber: Google |
Emosi sedih yang di alami adalah normal dan dapat memperkaya emosi yang kita rasai secara keseluruhan dalam kehidupan.
Biar diri merasa sedih
Kesedihan normal dapat diatasi dengan beberapa cara dan sebaiknya jangan jangan paksa diri untuk buang rasa sedih kerana ia akan memberi kesan buruk pada diri sendiri. Menangis saja jika merasa sedih, secara alami kita akan merasa lebih lega selepas air mata berhenti.
Ambil waktu untuk bersendiri
Muhasabah diri dan perasaan, rawat hati yang luka dengan perkara yang kita suka. Inilah masa yang terbaik untuk selami diri sendiri dan fahami mengapa kita bersedih, apa penyebab kita merasa sedih akan buatkan kita merasa lebih lebih baik selepas itu.
Melancong/bersiar-siar
Kadang-kadang udara segar dan sedikit masa yang tenang dapat mengubah perspektif sedih korang. Jadi ambil masa untuk bersiar-siar ke tempat yang korang suka.
Telefon dan bercakap dengan rakan rapat atau ahli keluarga.
Meluahkan perasaan korang juga dapat membantu dalam proses untuk korang merawat hati yang sedih.
Berbuat baik kepada diri sendiri.
Terkadang kita jarang ambil peduli tentang diri sendiri. Saat korang sedih inilah waktu terbaik untuk reward diri dengan perkara yang mudah seperti mandi air panas, menikmati tidur siang, atau makan coklat kesukaan korang.
Biarkan diri ketawa.
Tonton rancangan komedi kegemaran dan tonton sebentar, atau cari video YouTube yang lucu. Rasa ketawa akan alihkan perhatian pada perasaan sedih korang.
Mulakan jurnal kesyukuran.
Mulakan hari korang dengan perkara yang positif, walaupun hanya satu perkara yang harus anda syukuri setiap hari. Jurnal kesyukuran ini dapat membantu untuk alihkan perasaan negatif dan sedih kepada perasaan positif.
Selain dari perkara di atas, sebagai seorang muslim, korang boleh mengamalkan doa tertentu untuk menghilangkan rasa sedih. Antara doa yang saya amalkan setiap kali merasa sedih adalah ayat 44 Surah AlGhafir
Sumber: Google |
Amalkan doa ini setiap kali selepas solat sambil letakkan tangan di dada. Korang juga boleh sedekahkan surah AlFatihah khusus untuk diri sendiri setiap hari.
Apapun yang membuatkan korang bersedih, sentiasa ingat bahawa kesedihan yang korang alami ini akan memberi perubahan dalam hidup korang. Kesedihan ini sebenarnya hanyalah tekanan yang diperlukan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Jadi, korang seharusnya memikirkan perkara yang boleh korang ubah untuk menjadikan kehidupan korang lebih gembira kerana kesedihan dalam hidup adalah perkara biasa yang hanya akan mematangkan kita.
30 Comments
Kadang-kadang, Yani pun rasa down jugak walaupun tanpa sebab. Tapi lepas dah chill kejap, main game ke binge watching cite best ke, okay la.
ReplyDeletekita tau diri kita sendiri dan apa yang membahagiakan kita
DeleteThese are good tips, sis. No.1 -5 we're the things I do masa I putus cinta empat tahun Yg lalu. Hmm.............
ReplyDeletehopefully u okay now. maybe can add on amalkan doa yang saya bagi tu. it really works
DeleteThanks utk artikel ni. Btl ada masa kena amik masa utk bertenang. Adat la manusia ada masa hepi ada masa bersedih kan?
ReplyDeletebetul kak min. ada masa memang akan rasa sedih
DeleteThanks for these advises. Rawlins memang akan call rakan-rakan dan family members jika kesedihan.
ReplyDeleteuntung ada kawan2 dan keluarga yang memahami kan
DeleteAdat la kan kalau rasa sedih tapi kan sis pernah tau tetiba air mata mengalir. padahal time tu takde la sedih ke hape tapi tah la.. tetiba macam rasa sayu gitu
ReplyDeletepernah gak jadi gitu. hormon agaknya haha
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Sis dah pernah alami kesedihan hingga jd kemurungan. Mmg tak ada org lain boleh tolong melainkan diri sendiri.
ReplyDeletebetul tu. and glad sis dah okay sekarang. Alhamdulillah
DeleteThe last one really works ya! For my case, i create digital album kat Hard disk! I masukkan gambar2 of happy moments, time sedih2 buka balik, that's my happy treatment!
ReplyDeletevery good ideas nell.
DeleteNo. 1 dan 2 tu memang pilihan yang selalu buat kalau sedih. No. 3 tu kadang2
ReplyDeleteboleh jugak amalkan doa yang saya bagi tu. :)
DeletePaling mudah, berzikir atau buka utube zikir then bawa tidur.. itu yang selalu Sis buat Bae..
ReplyDeletekannn.. antara doa yang bae amal tu memang berkesan sis
DeleteKalau sedih...pujuk la hati. Jangan sampai lama sangat memendamnya. Kalau ada kawan yang boleh dipercayai tu boleh luahkan.
ReplyDeletekadang tu bila luah baru rasa lega kan
Deletethanks for sharing... i usually will do tahajjud kat situ luah like everything.. sebab tak bagus cerita di public kalau kita bersedih.. no one actually care.. dorang akan simpati dan paling best dorang rasa suka kita rasa sedih
ReplyDeletebetul, no one care
DeleteI had a friend yg baru break up haritu. Although dia bukan muslim, dia pun cari ketenangan dgn mendekatkan diri dgn Tuhan dia, meditating, etc. Being in touch with your spirituality helps, regardless of religion, I think.
ReplyDeleteindeed..
DeleteGreat tips! Memang bagus sangat tips yang dikongsikan. Tambahan bagi Yaya, kalau sedih kita pergi makan sedap2 and makan banyak hee
ReplyDeletehaha samaaaa pastu gemok stress gemok pulak.. aiyokkk
DeleteJangan malu untuk merasa sedih sebab ianya satu perasaan yang istimewa. Sedih ni juga akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk bangkit dan apabila kita kembali bahagia dan gembira baru kita sedar yang berbaloi untuk kita rasa sedih. Dan ianya bagaikan melihat pelangi selepas hujan panas.
ReplyDeletekesedihan mengajarkan kita sesuatu
Deleteteringat pepatah La Tahzan Jangan Bersedih. kadang-kadang perasaan itu bisikan syaitan je. kita kena lawan balik. kuatkan semangat. kalau ada masalah dapatkan orang untuk mendengar betul tak
ReplyDeleteTq sharing. Bila sedih ni memang kena ambil msa sendiri ntk tenangkan diri
ReplyDelete