Assalamualaikum semua
Sejak dua menjak ni, tetiba jadi suka kaki ayam masak kari, untuk kepuasan perut, masak sendiri la kan. Kaki ayam ni terkenal dengan banyak khasiat tapi tak semua orang yang makan kaki ayam. Dulu saya pun tak makan, taktau pasai pa lani jadi suka, asyik nak cari kari kaki ayam ja, penyudahnya beli je lah. Alang-alang nak order dengan runner pasar borong beli ikan, beli sekali kaki ayam ni, sekilo baru RM8, penjimatan berganda.
Ramai yang taktau khasiat sebenar kaki ayam ni, kalau tau mesti laku keras kat pasaran. Jom baca apa khasiat kaki ayam
KHASIAT KAKI AYAM
✅ Kolagen semulajadi untuk awet muda
✅ Baik untuk osteoarthritis
✅ Kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
✅ Kaki ayam dapat meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
✅ Ia juga baik untuk penurunan berat badan kerana dapat membantu badan dalam metabolizing lemak.
✅ Ia dapat mengurangkan keradangan dan bengkak.
RESEPI KARI KAKI AYAM TANPA SANTAN
Senang ja nak masak kari ni, tapi banyak cara masakan kari. Boleh ja nak ikut mana-mana resepi. Kari saya memang takdak santan dan antara paling senanglah pada saya.
Bahan-bahan
Bawang besar
bawang putih
halia
daun kari
kayu manis
pelaga
bunga lawang
serbuk kari daging
serbuk kunyit
kaki ayam
ubi kentang
garam/perasa
Cara masak
•Tumis kayu manis, pelaga dan bunga lawang sampai naik bau
•Masukkan bawang dan halia
•Tumis rempah kari dan serbuk kunyit (tambah air sikit supaya rempah tak hangit)
•Bila rempah dah pecah minyak, masuk 1 senduk air (ulang proses ni 3 kali)
•Masukkan kaki ayam, ubi kentang dan 1 senduk air. Tutup periuk dan biar mendidih sampai kaki ayam lembut.
•Tambah 1 senduk air atau ikut suka nak kuah banyak mana tapi jangan sampai ceroi kari tu. tambah air sikit-sikit.
•Perasakan dengan garam /cukup rasa. Siap!!! Nak lebih faham, boleh tengok VIDEO ni
Senang je kan resepi ni. Masak kari ni haruslah guna periuk kayangan harga marhaen. Korang akan jatuh cinta dengan Periuk Neoflam set Midas & Sudip silikon Neoflam pun >> KLIK SINI
Ada pakej bayar 3x installment wehhh. Mai rojer lekaihhh, sapa mau boleh ja whatsapp /dm.
Selamat mencuba!
23 Comments
Jarang masak kari. Oh bagus ni resipi kari tak pakai santan. Sis suka kari utara. Kaki ayam ni sis makan jugak la.
ReplyDeletehaa boleh try nanti. lebih sihat takda santan
DeleteYA ampunnn , kari ceker ni makan dengan roti canai ker roti jala ker memang paduuu. Walaupun tanpa santan tapi nampak pekat jugak yer kuahnya. Nanti nak cubalah sebab kurang yakin sebenarnya masak kari tanpa santan nih. Set periuk Neoflam tu dah lama berkenan , nanti nak bodek menteri kewangan suh belikan sebijik dua.
ReplyDeletekalau set midas dah habis. lani tengah promo set periuk batu.
Deleteya ampun! sedapnya kalau makan panas-panas teringat pula khai pada roti jala. makan dengan kari macam ni pun sedap
ReplyDeletememang mengancam makan dengan roti jala kan
DeleteKita mmg suka makan kaki ayam. Tp biasa buat sup je. Lom pernah wat kari kaki n kari tanpa santan. Nanti sia cuba. Oo utk bekas tu ada promosi ek, t kita usha.
ReplyDeleteperiuk tu dah sold out kak bell
DeleteDok ulang² tengok youtube tu..ralit sebab suka tang sudip dan periuk. Suweeettt betul color. Ni kalau ada kat dapur sure rajin semacam. Nanti kita calculate bajet. Kena kurangkan bajet skincare la gamaknya ni..hehhehe
ReplyDeleteperiuk dah sold out. kalau sudip tu ada lagi. rm30 je
Deletenyumyy sedapya.boleh cuba nanti sebab biasanya iena masak kari pakai santan.nanti nak cuba style macam ni tanpa santan
ReplyDeletebae masak kari memang tak letak santan
DeleteBagus ni x guna santan. Xde kolestrol. Paling penting rasanya tetap sedap
ReplyDeletetak letak santan ok je. cuma kena masak lama
DeleteSuami paling suka kalau masak kari tanpa santan ni, lagi satu lambat basi kan, kalau di panas-panaskan esok-esok, bertambah sedap woooo...
ReplyDeleteye lambat basi dan kalau tak perangat pun tak basi
Delete:) Resipi ni boleh share ngan my housemate la.. dia sorang jer yang makan so far! :P Btw, menarik ye peralatan dapur ni siap boleh dapatkan installment payment.. nanti nak beli perkakas dapur boleh guna your link la..
ReplyDeleteboleh. nak dm me to purchase pun boleh nell
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKari tanpa santan atau ada santan dedua sedap. Tapi saya pun suka yang takda santan. Lebih terasa rempahnya dan tahan lama. Sedapnya nak masak kari lah hari ni.
ReplyDeletedah masak ke kari? hehe
DeleteKari dah sangat menyelerakan dan sangat membuat kita rasa nak mencuba makan dengan roti jala atau roti canai terangkat gilerr tapi potong stim lah ada kaki ayam kita tak makan hehehehe ganti dengan yang lain bolehkan...
ReplyDeleteya ampunnn sedapnya makan dengan roti jala
Delete