Ad Code

NUViT NEW ANTI-ACNE SERIES HILANGKAN JERAWAT DENGAN 3 LANGKAH MUDAH

Assalamualaikum semua

Bila sebut tentang jerawat, bukan saja wanita, lelaki masa kini pun dah ambil berat tentang kulit wajah. Menjadi suatu kepantangan bila naik jerawat. Semenjak covid, lagilah jerawat ni naik dah macam ada kenduri kat muka tu haha Jadi, penjagaan rutin kulit wajah terutama kalau berjerawat tu sangat penting. Ia akan membantu menghilangkan lebihan minyak, membersihkan pori-pori, dan membantu mempercepat hilangkan jerawat dan parut yang ada.

Antara faktor yang mempengaruhi jerawat tumbuh adalah hormon, genetik, gaya hidup, diet, berpeluh, dan mungkin juga produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Banyak produk yang dijual di pasaran yang boleh kita beli dan cuba, namun tanpa rutin penjagaan yang betul, keberkesanan produk yang dibeli tu mungkin tak akan nampak. Jangan salahkan produk pulak ye. Korang hanya perlu cari produk yang memang khas untuk jerawat, ini kerana bahan yang digunakan sememangnya dapat mengelakkan jerawat dan kemerahan, keradangan, kesakitan, dan bekas luka yang timbul akibatnya.


3 LANGKAH MUDAH HILANKAN JERAWAT

Memperkenalkan rangkaian Anti Jerawat NUViT, produk yang berasal dari Taiwan ini sememangnya berkesan dan paling penting selamat kerana bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tumbuhan semulajadi. Rasa lebih selamat bila gunakan produk NUViT sebab ia yang bebas dari bahan kimia berbahaya, bahan pengawet, wangian, alkohol dan tiada alergen. Bahan semulajadi yang digunakan adalah seperti pati minyak tea tree, ekstrak meadowsweet, ekstrak witch hazel yang terbukti berkesan dapat mengawal minyak di kulit wajah.

Kulit yang berminyak cenderung untuk membuat jerawat lebih mudah merebak dan akhirnya meninggalkan parut pada kulit wajah. Dengan NUViT Anti Acne, ia dapat mengurangkan masalah kulit berminyak yang cenderung untuk mengembangkan jerawat, parut dan komedon, Nuvit's Anti Acne Pure meningkatkan metabolisme keratinosit, mengatur pengeluaran sebum, antibakteria, mengurangkan keradangan dan mengecilkan pori-pori untuk memberikan perawatan masalah jerawat secara total. Selain menghilangkan jerawat, komedon, dan mengurangkan saiz pori, Anti Acne Pure dapat mengatur rembesan sebum, menjadikan kulit lebih segar, halus dan anjal. Mengandungi hanya 2% asid salisilik, set penjagaan jerawat NUViT ini dipatenkan khas untuk anda yang mempunyai masalah jerawat.

LANGKAH 1 : ACNE & BLEMISHES PREVENTION CONCENTRATE


Untuk langkah pertama, gunakan Acne & Blemishes Prevention Concentrate. Produk ini membantu menghilangkan whiteheads dan blackhead secara berkesan selain membersihkan kulit wajah dan mengecilkan pori serta mempunyai sifat antibakteria dan kawalan minyak. Bi-phase toner ini juga mempunyai zink oksida dan kaolin dima ia dapat meningkatkan kesan pengawalan minyak sambil memperbaiki liang pori. Penggunaan ekstrak Alga Tasik Klamath juga dapat melembapkan kulit serta memperbaiki kulit menjadi lebih sihat. Produk ini sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat, kulit berminyak, dan liang pori terbuka.

Cara penggunaan
Bersihkan wajah dan sapukan produk ke telapak tangan atau kapas dan urut dengan lembut ke wajah dan leher. Goncangkan sebelum setiap penggunaan untuk mengaktifkan. Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

LANGKAH 2 : CORRECTOR PURIFYING FLUID


Seterusnya, gunakan Corrector purifying fluid. Ia akan mengatur keseimbangan minyak dan air pada kulit wajah dan membersihkan serta mengecilkan pori. Corrector ini mempunyai kesan antibakteria, jadi ia dapat membantu melembapkan dan memperbaiki kulit agar lebih sihat. Dua bahan utama yang terdapat dalam corrector ini iaitu asid hyaluronik dan ekstrak mur manis akan membantu melembapkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan kulit yang berjerawat. Manakala vitamin B3 pula dapat meningkatkan penyembuhan kulit dan membuatkan transformasi melanosom dari melanosit untuk mengurangkan pembentukan parut jerawat. Corrector ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat, berminyak, comedones dan pori terbuka.

Cara penggunaan

Bersihkan wajah, lakukan langkah 1,kemudian sapukan dengan betuljumlah produk di seluruh wajah. Urut perlahan kulit wajah dan biarkan ia menyerap sepenuhnya. Gunakan dua kali setiap hari pada waktu pagi dan petang.

LANGKAH 3 : PURIFYING GEL


Langkah terakhir, gunakan Purifying gel. Ia dapat memberi bantuan segera kepada kulit berjerawat dan penyembuhan kepada luka jerawat. Gel ini akan memberi kesan anti-radang dan mengurangkan pembentukan parut. Vitamin Cyang dienkapsulasi di dalam gel ini berkesan mencegah pembentukan parut jerawat. Manakala Aloe vera membantu mengurangkan keradangan dan membantu menenangkan jerawat. Peppermint essential oil akan buatkan kulit rasa lebih segar. Gel ini sangat sesuai untuk kulit breakout, dan semua untuk smeua jenis kulit yang berjerawat.

Cara penggunaan
Setelah lakukan langkah 1 dan 2, sapukan gel pada jerawat yang yang meradang. Hanya sapu pada jerawat sahaja. Tak perlu sapu seluruh muka. Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan
petang.

Set NUViT Anti Acne ini dapat membantu korang dapatkan kulit wajah sihat yang diidamkan. Apapun saya nak ingatkan, jangan hanya bergantung pada produk ini, korang perlu jaga rutin penjagaan wajah dengan betul dan lakukan secara konsisten. InshaaAllah korang akan nampak perbezaannya bila kita jaga rejimen penjagaan wajah kita. Set Anti Acne ni sangatlah best sebab harga pun berpatutan.  Jom cantik bersama NUViT. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

#NUViT #Skincare #AntiAcne #BreakFreefromAcne #BeRealBeYou

Post a Comment

35 Comments

  1. This surely looks like a good range of products aimed at helping those with acne problems right? Yes, no matter how good a product is, you will still need to use it consistently to get the best effect. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus ada set seperti ini lengkap dari langkah awal. Harga dia pun ok dan yang penting kena rajin jaga muka

    ReplyDelete
  3. Kadang2 geram jugak naik jerawat ni. Kalau 1-2 ok lagi. Ni kalau jerawat yang banyak2 tu. Banyak faktor mempengaruhi tu tahap hormon, pemakanan dan lain2. Sekurang kurangnya produk ni ada la solusi untuk mereka yang berjerawat.

    ReplyDelete
  4. kita jerawat suka naik kalau time nak period tu, geram sungguh tapi nasib tak banyak. siapa ada masalah jerawat boleh la try skincare ni kan. mana tahu sesuai dengan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada satu dua je boleh pakai corrector je

      Delete
  5. muka yang dinaiki jerawat adalah muka yang sehat. cuma kita kena kawal supaya jerawat tidak merebak sehingga meninggalkan parut2. Saya pun pernah berperang dngn jerawat yang tak mau mengalah dimuka. apapun, set ni salah satu usaha utk pulihkan jerawat yg berkampung kat muka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parut lagi susah nak hilang dari jerawat, stress je

      Delete
  6. wahhh ada peppermint, mesti sedap bau dia. First time tahu pasal alga tasik klamath tu

    ReplyDelete
  7. Kadang2 muka ni naik juga jerawat. Selalu kalau dah naik memang sapu hiruscar. On off la naiknya. So far tak de serius sgt isu jerawat ni.

    ReplyDelete
  8. Wahhh boleh cuba ni. Sejak pakai face mask banyak jerawat kat pipi dan dagu. Stress betul la. Huwaaa. Nanti nak cari Nuvit Anti Akne ni.

    ReplyDelete
  9. Nampak perkataan acne, memang elokla untuk kulit yang mudah naik jerawat. Memang tak best ye bila ada jerawat ni. Boleh try Nuvit ni

    ReplyDelete
  10. Sis nak rekemen kat anak sedara, biasalah remaja kan, tengah naik jerawat bagai.. macam-macam dia pakai, pun tak ilang, harap yang ni dapat membantu .. thanks Bae share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha set ni memang best kak, nuvit tak pernah mengecewakan

      Delete
  11. Produk nuvit memang best. Tak ragu2 pakai.

    ReplyDelete
  12. Very true, kita kena pakai product2 and discipline when it comes to facial routine.. tak boleh ikut mood if nak ada kulit yang cantik dan bersih. (Y) Senang ye dengan 3 langkah saja boleh tackle maskne problem (Y) kena try juga ni..

    ReplyDelete
  13. Bagus produk ni esp untuk.mereka yg ada masalah jerawat. Dengan 3 langkah yg.mudah. semuanya setel ❤️

    ReplyDelete
  14. wow...nice skincare range you have to address acne concern, sharing this with my cousin sis as she is stress with acne concern from her exam stress now. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar jenama ni tapi tengok ingredients dia bagus. Boleh laaa rekemen kat anak bujang kita ni

    ReplyDelete
  16. Jarang dengar jenama ni. Baca review rasa nak try pulak. Nanti nak beli la

    ReplyDelete
  17. klu da beli set ni , x prlu ke kita tambah kan pelembab dan sunscreen , ke tak prlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunscreen wajib pakai tak kisah apa skincare pun

      Delete
  18. Cleanser utk acne skin yg mn ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba set acne nuvit ni, atau cari any skincare yang guna natural ingredients. nak lebih cepat buat mask yogurt+ kunyit.

      Delete