Malam ni agak emosi,
Bilamana kawan sendiri,Sekian lama,
menanggung beban dihati,
Mengharung sepi,
Di simpan sendiri, rapi.
Terpaksa menjadi tuli,
Asbab menjaga aib diri,
Tak betah aku disini,
Hanya mendengar di kejauhan,
Tak mampu menghulurkan tangan,
Menarik sahabat yang kesusahan,
Lelah juga membiarkan,
Kawan..
Jauh mana pun aku berlari,
Aku masih ada, dekat dihati,
Jangan pernah menyendiri
Sengsaramu itu racun,
Yang tak kau sedari,
Lepaskan semuanya,
Beri ruang untuk aku bersama,
Mengharung duka,
Yang dia cipta,
Kerana kau, layak untuk bahagia...
Kredit gambar : Google |
Saya jadi agak emosi baca puisi KAU LAYAK BAHAGIA ini, dan ia terhasil secara spontan saja selepas menerima khabar yang agak sedih daripada seorang sahabat. Banyak kisah-kisah yang tak sedap didengar semenjak PKP tahun lalu berkaitan perhubungan, kekeluargaan. Tapi selalu saya doakan yang terbaik untuk saya dan orang-orang disekeliling. Namun, kita tetap hambaNYA yang hanya mampu berdoa, apakan daya jalan hidup ini adalah ukiran Illahi. Walaupun jarang berjumpa dan bertanya khabar, semua kawan-kawan saya sentiasa disebut dalam doa, agar sejahtera hidup mereka. Orang kata, bila berkawan, sedih dia sedih kita juga. Memang hati saya turut merasa dirobek, di siat bila tahu apa yang dia lalui. Hanya mampu mendoakan dari kejauhan.
Buat para pemimpin keluarga,
Jika kau merasa tak betah lagi di rumah,
Lepaskan dengan berhemah,
Adili zaujahmu dengan hikmah,
Agar tak kau di soal sehingga lelah
Di mahkamah Allah..
DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.
36 Comments
Harap semua tabah harungi dugaan zaman ni. Bnyk yg terkesan emosinya. Harap dimudahkan semuanya.
ReplyDeleteaamiin3
DeleteSaya pun ada seorang sahabat yg terkesan teruk disebabkan pkp ni. Mcm kata Bae la, sedih dia, kita pun terasa. Tapi tak boleh buat apa, cuma boleh jd pendengar setia je.
ReplyDeletebetul tu. tapi tak sanggup nak berdiam tanpa tolong dia
DeleteSemoga kita semua dapat harungi diwaktu yang mencabar ni. Cabaran datang dari pelbagai arah. Semua orang terkesan. :(
ReplyDeletebetul. kadang kita tk perasan cabaran emosi ni
DeleteMoga kita semua bertabah dan sentiasa berkomunikasi dengan orang sekeliling agar dapat menjaga diri dan mereka
ReplyDelete,💯 agreed with u rawlins
DeleteSemoga semuanya baik2 saja hendaknya. Dan semoga dipermudahkan urusan kita & org2 yang kita kenal juga.
ReplyDeleteaamiin tq kak
DeleteSayunya hati, terasa sungguh nukilan bae ni. Harapnya kita semua dpt mengharungi waktu ni dgn baik.
ReplyDeleteaamiin...tq za
DeleteYaa Bae, ramai juga dalam kalangan kawan Sis semua punya masaalah sejak Pandemik ni, Sis mampu bantu jika antara mereka menjual makanan, Sis belilah.. at least kita bantu juga.. moga mereka yang terkesan tabah dalam harungi kehidupan mendatang..
ReplyDeleteterkesan dari segi perhubungan ni agak struggle jugak sis lin
DeletePKP banyak mengajar erti kebersamaan dan kesatuan dalam keluarga but, for some PKP menuntut banyak hal termasuk masalah kewangan dsb.
ReplyDeletebetul kewangan pun boleh jadi punca tapi itu bukan asbabnya
DeleteSo much feel after reading this. Yes. times are tough. But let's continue to stay strong. If we manage to win this battle, we would create history of a lifetime.
ReplyDeleteindeed..hoping everyone happiness
DeleteBetul tue, bila kita dah ikhlas berkawan, sedih dia sedih kita juga... Very true...! Semua orang wajib bahagia dan tak sepatutnya dilukai..kita juga kena beranikan diri untuk buat apa yang bahagiakan kita sendiri kan sebelum bahagiakan orang lain..
ReplyDeletesangat agree. even orang rasa kita selfish
DeleteTouching baca! Rasa beratnya bebenan tu.. Dari jauh kita ni sekadar mampu mendoakan moga beliau diberi ketabahan, dipermudahkan segala urusan dan dikeluarkan dari sengsara. Aamiinnn...
ReplyDeleteaamiin. tq nina
DeleteCabaran kehidupan masa musim pandemik COVID-19 ni memang terkesan sangat. Dari kita macam okay boleh harungi, tetiba giliran kita pula Allah s.w.t uji. Ingatkan dah bleh bernafas lega lepas PKP tahun lepas. PKP mula balik, saya pula kena lalui kerugiaan dan simpanan dah susut. Semua terkesan 360°. Belum campur cabaran rakan-rakan berniaga dan memerlukan kita sebagai team. Nak keluar modal lg. Pandemik ni mengajar utk kita berfikir, ambil hikmah dan belajar. Semoga kita semua istiqomah! Hugs!
ReplyDeletesuch a nice advise. tengkiuuu. hugs!
Deleteall your poems are so touching and get me all emotional :'( thanks for the beautiful words!
ReplyDeletethank you for reading...
DeleteFaham , saya pun sedang dalam fasa berjauh hati dengan kawan. Tapi anggap itu semua salah kita dan tak sesekali akan salahkan kawan. Mungkin kita bukan lagi kawan yang sesuai untuknya mengadu danbercerita apa sahaja seperti dahulu. Apa yang kita mampu lakukan doakan yang terbaik untuknya dari kejauhan. Semoga Allah permudahkan.
ReplyDeleteaamiin, saya tak jauh hati dengan kawan cuma ralat tak dapat bantu dia
DeleteSemoga baik2 sahaja kawannya. Memang betul, banyak perkara yang mungkin tak expect pun berlaku sepanjang pandemik dan PKP ni lagi orang disekeliling kita hatta kita sekali pun kn
ReplyDeletebetul tu, pkp ni banyak dengar kes perceraian
DeletePKP ni memang mengajar kita banyak perkara. Dalam setiap kesulitan pasti ada jalan
ReplyDeletesangat..ilmu kehidupan yang berharga
DeleteKau layak untuk bahagia.. sedih puisi ni..
ReplyDeleteSemoga kita semua tabah hadapi dugaan ni..memang ramai yang terkesan dengan kehadiran covid ni..apa yang terjadi memang kita tak dapat jangka..
betul tu...ramai sangat terkesan, emotinally, financially
DeleteDalam keadaan PKP ni dan hidup dlm normal baru meang byk dugaan yv masing2 terpaksa lalui, semoga suasana begini crpatlah berlalu
ReplyDeletemudah2an aamiin
Delete