Assalamualaikum semua
Minggu lepas saya dijemput untuk bersiaran di Facebook live bersama Master Chef Malaysia iaitu Abang Brian. Serius nervous sebab saya tak pernah live di social media dan tak pernah terfikir pun nak buat live. Almaklumlah followers pun sendu ja haha Saya terima undangan live tu sebab nak cabar diri sendiri. Saya bukan la jenis pemalu sangat, tapi berdebar lah jugak kan sebab tak pernah live.
Kalau ada yang tak kenal Abang Brian saya kongsikan serba sedikit ye. Abang Brian atau na sebenarnya Brian Chen merupakan anak jati Johor. Beliau merupakan peserta Top 8 Master Chef Malaysia musim pertama. Selepas program MasterChef, Abang Brian menjadi pengacara beberapa program seperti CJ WOW Shop dan juga penyampai radio. Kalau korang tengok live haritu, korang boleh nampak betapa fasihnya Abang Brian berbahasa melayu.
Alhamdulillah live selama satu jam berjalan dengan lancar. Nasihat Abang Brian, jadi diri sendiri je masa live, dan betul kata Abang Brian, bila jadi diri sendiri masa live tu kita tak rasa kekok. Walaupun di awal live tu memang rasa malu, sebabnya kita boleh nampak berapa orang yang live, dan kawan-kawan yang komen tu ada yang kita tak kenal kan. Kalau semua yang tengok tu kawan kita saja tak risau sangat, haha kawan-kawan ni dah faham perangai 'hawaq' seorang Bae Roslan HAHAHA
Jemputan live ni adalah untuk mempromosikan set pisau jenama Neoflam dengan berkongsi resepi Nasi Goreng Ulam. Terima kasih pada semua yang beli set pisau ni semasa siaran yang semestinya harga lebih murah yang korang takkan dapat selepas siaran live.
Masa live tu saya hanya nampak 52 orang saja yang menonton live sepanjang siaran, macam pelik la jugak, tak berkurang atau bertambah lansung. Lepas selesai siaran live saya pun tengok berapa jumlah view secara keseluruhan. Teruja nak tengok sebab pertama kali live kan, semangat tu lain macam sikit. Rupanya 1K views bersamaan 1000 orang yang menonton live tu. Rasa happy sangat, dan saya tau ramai kawan-kawan saya tengok live saya tu.
Saja nak letak kat blog, supaya ada ingatan oernah live dengan Master Chef Malaysia Abang Brian. Bukan mudah kan nak live bersama chef ternama. Moga ada peluang yang lebih baik in future. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menonton, komen dan share live saya haritu. Hanya Allah mampu membalas kebaikan korang semua. Terima kasih korang!
Saya kongsikan resepi Nasi Goreng Ulam Abang Brian semasa live haritu.
Bahan-bahan
Nasi putih
Bunga kantan
Daun kesom
Kacang panjang
Kacang botol
Bahan kisar
Ikan bilis
Cili burung/padi
Cili besar
Cara masak
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2. Masukkan nasi dan gaul sekata
3. Racik halus bunga kantan, daun kesom, kacang panjang dan kacang botol
4. Masukkan ke dalam nasi dan tambahkan garam dan perasa
Siap! Mudah sangat resepi ni. Selamat mencuba.
53 Comments
satu pengalaman baru ya sis, memang kalau akak pun rasa kekok tapi lama-lama dah ok kan, sedapnya menu yang dikongsi ni
ReplyDeleteye betul pengalaman baru yang sangat2 best
DeleteTahniah Bae, memang seronok dapat pengalaman baru. Nak2 bergandingan dengan Masterchef. Suka dengan Brian ni sebab setahu saya dia ni sangat peramah dan humble orangnya. Benda macam ni mesti kena tulis dan jadikan kenangan untuk hari esok. Peluang baik tak selalunya datang banyak kali.
ReplyDeletekannn manatau anak cucu boleh baca muahahhaa
Deletewah..hebatnya..tahniah, peluang yang baik dalam industri ni kan. sedap tu nasi ulam..dah lama tak makan.
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
DeleteWow................tahniah Bae sebab dpt jadi chef tamu Abang Brian. Bukan senang nak dpt pluang macam nie. Good for you.
ReplyDeleteAlhamdulillah thanks fadima
DeletePasni boleh terus buat live selalu sebab dah tak neves kan. Hehe
ReplyDeleteRawlins mau tergagap sampai sudah haha
dengan abg brian kurang nervous sebab dia banyak cakap hehe
DeleteWahhh bestnya dapat live memasak dengan chef Brian Master Chef! Mesti happy sangat kan. Kenangan manis yang susah nak diganti tu
ReplyDeletememang happyyyyyy sangat
Deletefuyooo bestnya sis. tahniah lah dapat pengalaman yang berharga macam ni. bukan semua orang dapat tau. kiranya sis ni antara yang bertuah lah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang berharga sangat
DeleteTahniah bae utk live aritu. Kita sempat terjah kejap je. Seronokkan pengalaman buat live mcmtu. All the best bae.
ReplyDeletetengkiuuuu za tengok live haritu
DeleteWaaa tahniah berjaya buat LIVE. Debor debor tak? Hehehe. Nanti nak follow resepi tu. Simple dan menyelerakan!
ReplyDeletemasa nak start tu memang deboooor sangat haha
DeleteWow congrats on your FB Live show, its was a success and keep it up. I m going to try out your recipe.
ReplyDeleteselamat mencuba!
DeleteLaaa Sis baru tau ini.. kalau tak boleh juga join live tu.. boleh laaa cuba nanti resepinya tu..
ReplyDeleteboleh tengok recorded live sis lin kiki
DeleteTak tengok live ritu. Tahniah. Ramai yang view kan. Semangat lepas ni nak buat live
ReplyDeletenak buat live sorang-sorang tu tak pasti la haha
DeleteTahniah Bae dah tengok live tu hehe..rajin dia buat artikel ye. Keep it up Bae
ReplyDeletesebab first time live kak min, so excited lebih haha
DeleteMemang best kan bila tengok dia LIVE.. i get to know about him pun few years back to fasting months.. menu2 sahur pun kadang2 ikut menu dia :P btw, congratulation sis and semoga terus dimurahkan rezeki dalam business yang sis ceburi ni ya..
ReplyDeleteye sebab abg brian dah start berpuasa since 2 years back
DeleteTahiah Bae dapat peluang live bersama artis, chef Brian tu..ehhee. Memang meriahla mas alive tu. Sedap nasi ulam dibuat tu. Boleh try
ReplyDeleteTerima kasih Nad sebab tengok live haritu
Deletewoow...congrats on your great acheievement Bae, so proud of you, wanna see more of your cooking live show moving forward ya :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteThank you sienny
DeleteTerbaik sgt bae. Tahniah tau. Lepas ni mesti dah expert sikit live sbb dah ada pengalaman. Dgn abg brian pulak tuu
ReplyDeletenak live sorang2 masih segan haha
Deletewah hebat! keep it up. bagus ada kawan2 yang supportive tengok time live. nak try la resipi ni nanti!
ReplyDeletetry senang yakmat
DeleteDah lama tak tengok Abang Brian memasak. Memang kemunculan yang dinantikan. Pastu Bae pula jadi tetamu jemputan untuk masak sama-sama. Well done!
ReplyDeletethank you kak
DeleteTak dapat join hari tu. Ada resepi kat sini boleh la iza try nanti. Iza bukan pemakan ualm tapi dengan nasi goreng boleh cuba kot.
ReplyDeleteboleh je ganti dengan sayur yang kita suka
Deletewow wow wow tahniah sis. seronok betul aktiviti kali ye. saya tak pernah lagi buat live selama saya hidup. pemalu sangat.
ReplyDeleteni first time hahaha
DeleteMeriah ya memasak dgn Chef. Lepas ni boleh live selalu masak2. Sis segan nak live tk pandai cakap. Nanti kita try resepi ni 👌👌
ReplyDeletesegan nak live sorang2 kak bell haha
DeleteWahhhh tahniah Bae dapat jadi chef tamu chef Brian. Bukan mudah dapat peluang gini. Well done!!
ReplyDeleteterima kasih kak
DeleteWahhh tahniah. Peluang yang baik. Dan kira achievement 2021 la. :) tahniah
ReplyDeleteWahh best dah jadi celebriti sekarang ni hehehehe Chef Brian ni memang mulut tak behenti cakap hehehe seronok sempat kenal dengan beliau hehehehe..
ReplyDeletekannn bila live dengan dia jadi tak gugup
DeleteThis sounds absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and congratulations again for making it this big! :)
ReplyDeletewelcome and thank you
DeleteWah pengalaman baru. Bukan setakat dapat pengalaman, dapat resepi juga. Tahniah dapat jemputan dan dapat buat live.
ReplyDeleteterima kasih
Delete