Assalamualaikum semua
Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin?
Kredit gambar : Berita Harian |
Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android.
LANGKAH 1
Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE.
LANGKAH 2
Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination" akan muncul pada paparan screen anda. Tekan pada ikon "Covid-19 Vaccination".
LANGKAH 3
Tekan pada butiran nama anda yang di paparkan di skrin.
LANGKAH 4
Paparan berkaitan nama penuh, No.Kad Pengenalan dan Telefon korang dipaparkan seperti berikut. Pastikan maklumat berkenaan adalah betul sebelum menekan butang "Confirm". Jika terdapat sebarang pembetulan, tekan butang "Edit".
LANGKAH 5
Kemudian tekan butang "OK"
LANGKAH 6
Tahniah anda berjaya mengesahkan maklumat anda. Seterusnya tekan butang "Next"
LANGKAH 7
Tekan "CLICK HERE" untuk maklumat tambahan untuk pendaftaran.
LANGKAH 8
Jawab semua soalan yang dipaparkan dengan Jujur sehingga selesai.
LANGKAH 9
Pastikan lokasi tempat tinggal anda betul. Setelah selesai tekan butang "Submit"
LANGKAH 10
Tekan butang "OK" dan pendaftaran anda telah berjaya. Tahniah!
Selain daripada pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, korang juga boleh mendaftar secara dalam talian di www.vaksincovid.gov.my atau secara manual dengan menghubingi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian oleh KKM.
APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA
Setelah korang mengemaskini aplikasi my sejahteta, aktifkan notikifikasi agar korang dapat menerima sebarang info terkini berkaitan program vaksinasi yang akan bermula secara berperingkat.
Jika korang terpilih, korang hanya perlu memberi pengesahan persetujuan untuk hadir sesi temu janji.
Kemudian, korang perlu hadir ke pusat vaksinasi pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk menerima vaksin, imbas kod QR pusat vaksinasi sebagai pengesahan kehadiran.
Korang perlu sahkan profil aplikasi my sejahtera mengikut arahan petugas kesihatan dan vaksin akan disuntik, korang perlu imbas kod QR vaksin dan mengesahkan proses apabila diarahkan pihak petugas kesihatan.
Penerima vaksin perlu menghantar maklum balas berkaitan simptom yang dialami dalam aplikasi MySejahtera dan sijil vaksinasi covid 19 akan diberikan. Semakan berkaitan sijil boleh dibuat di menu profil aplikasi.
Kredit gambar : Mohd Azrul Mohd Razak
35 Comments
penerangan yang sangat terperinci dan jelas. Harapnya lebih ramai yang berdaftar untuk vaksin ini. tak sabar dah nak balik kampung ni ;)
ReplyDeletekan harap2 raya ni dapat raya di kampung
Deletenice sharing...tak apply lagi vaksin ni. nak kena tengok masa yang sesuai nanti sebab busy dengan sek anak2 sekarang
ReplyDeletetapi masa tu kkm yang akan tetapkan
Deletedah buat dah semua steps, tinggal nak tunggu vaksin available je sekarang ni. Hopefully tak ada apa-apa masalah akan datang
ReplyDeletebagusnya
DeleteHa mudah je kan cara nak daftar vaksin. Kena amik berat tentang part vaksinasi ni untuk diri sendiri. Kena ingat #kitajagakita
ReplyDeletebetul tu #kitajagakita
DeleteYep, I already registered for the vaccination via MySejahtera. Insya'Allah semoga dipermudahkan urusan. Thank you for sharing this information dear.
ReplyDeleteaamiin
Deletei pun dah register. now waiting for our turn pulak untuk terima vaccine. hopefully after this semuanya back to normal, can travel anywhere without worrying about this covid
ReplyDeleteyes motif utama adalah travel haha
DeleteRawlins dah siap update my details. Moga dipermudahkan urusan kita semua dan semuanya selamat
ReplyDeletemudah-mudahan aamiin
DeleteAlhamdulillah dah register dekat MySejahtera. Bagus article ni tunjuk cara step by step. Mereka yg masih belum & tak reti buat boleh rujuk sini
ReplyDeletemoga manfaat
DeleteBagus info tentang ni... Saya tak daftar lg sbb mse mula2 kata org yg preggy, menyusu dan rancang hamil xleh amik tp baru2 ni kata boleh pula. Nnti slps jupe doc bru sy sahkan amik vaksin ke x.. Thnks share benda ni
ReplyDeleteelok sahkan dengan doktor dulu
DeleteDah kena update sekali lagi Bae, sebab MySejahtera baru kemaskini, so kena daftar lagi baru pendaftaran kita ada noti pengesahan huhuhu..
ReplyDeleteitu lah dianya hahahaha update ajelah sis hehe
DeleteMarsha baru je buat. Alhamdulillah all going smooth. Kita tunggu je turn nanti. Moga dipermudahkan...Aaminn
ReplyDeleteaamiin
DeleteAda update terbaru dah kan... kena fill up sekali lagi kot then akan muncul the timeline version yang mentioned you have successfully registered. Tak sabarnya nak dapatkan vaksin dan getting back a normal lifestyle..
ReplyDeleteand travelllllllll haha
Deletesaya dah buat..jom ramai2 kita daftar untuk vaksin covid..mencegah lebih baik utk yang pasti
ReplyDeletekena ada lebih banyak awareness untuk vaksin
DeleteSaya dah register dah. Lepas ni nak register untuk mak pula. 🙂
ReplyDeletesuch a good daughter
Deletedah register semalam. haish neves lah pulak fikir nak kena cucuk jarum. sebab dah lama kot tak serah diri pada nurse utk inject..huhu
ReplyDeletehahahaha samalah kak
DeleteKak Bell juga dah daftar..so tunggu giliran ajelah. Kita tgk feedback selepas dos kedua diberikan. Hope vaksinnya ok utk kita semua.
ReplyDeleteye lama jugak menunggu ni
DeleteTerkini kena daftar lagi sekali baru betul sukses permohonan kita. Apa pun dalam MySejahtera memang lengkap cuma kena rajin baca kannn..
ReplyDeleteye betul kena update semula kak
DeleteSaya tertekan ya hadir selepas tarikh appointment..dan dah 2minggubtiada update baru..
ReplyDelete