Kalau korang datang ke Puchong atau tinggal berdekatan Puchong, korang wajib singgah Puchong Night Bazaar, syurga makanan di Puchong. Saya selalu makan kat sini, selain untuk makan, boleh shopping pelbagai barangan especially tudung memang murah. Kalau yang hisap vape/pod, haaaa kat sini ada banyak kedai untuk korang pilih,. Saya suka shopping tudung dan urut kaki kat sini. 1/2 jam RM20 je, hilang sikit sakit kaki ni, maklumlah kaki kecik tapi terlebih muatan haha jadi selalu sakit kaki (tanda-tanda penuaan)
Sumber Google
Entry ni nak cerita pasal makanan je. Puchong Night Bazaar ni ada lebih dari 40 gerai makanan untuk korang pilih. Pelbagai kenis makanan ada dan saya akan kongsikan beberapa menu makanan yang wajib korang try!
Nak masuk ke Puchong Night Bazaar ni ada dua entrance, bahagian depan (menghadap jalan) dan belakang (bahagian HERO Market). Korang masuk ikut mana-mana entrance pun korang akan jumpa gerai makanan dulu, bahagian tengah baru ada kedai jualan. Jom tengok antara menu kat uptown ni. Saya cuba kongsikan makanan yang pernah saya cuba ye.
MAKANAN KOREA
Nasi goreng Kimchi dan ayam RM14 + Kimchi RM2. Ada set ramen jugak, belum pernah cuba, nanti dah try saya update tau.
SHELLOUT
Shellout untuk 2 orang makan RM35 + Nasi RM2. Ada pelbagai jenis masakan shellout, yang ni saya pilih original
PROJEK BAKAR-BAKAR
Sotong bakar paling marbeles. Sotong sangat fresh, dan besar dan murah, cuma RM15.90 untuk 300gram, memang puas hati makan. Paling recommended.
WARUNG NASI LEMAK PANAS
Nasi lemak ni RM1 sebungkus, ambik terus 2 bungkus, sebab antara gerai paling ramai orang beratur. Ada lauk-lauk lain untuk korang pilih untuk makan dengan nasi lemak ni.
MASAKAN SARAWAK
Laksa sarawak RM8. Sedap dan udang pun besar dan fresh. Gerai Sarawak ni ada jual mee kolok jugak, yang ni pun sedap harga RM8
MASAKAN WESTERN
Kalau teringin makan Spagetti Oglio memang saya akan ke Uptown sebab portion banyak, makanan sedap harga pun murah. Set Spagetti dan chicken grill cuma RM12.90 je.
Ada banyak lagi pilihan makanan, tapi gambar pulak tak jumpa haha, Nasi arab, masakan sup, makanan Johor, satay, eh macam-macam lah ada. Korang kena mai sini dan cuba sendiri.
UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR:
Taman Meranti Jaya 47120 Puchong, Selangor, Malaysia
Dibuka setiap hari 6 Petang - 12 Malam
19 Comments
Fuhh meriah dengan makanan dekat sini ye. Macam2 pilihan ada. Harga pun reasonable. Kalau dekat lama dah saya terjah.
ReplyDeletesebab tu kata sini syurga makanan
DeleteHarus di singgah nih..menariknya semua jenis makanan ada kat sini..bestt
ReplyDeleteyes Macam2 ada, banyak lagi saya tak sgare
DeleteAiii lain macam menu2 dia.. Nak kena terjah nmpknya bila balik melaka nnt. Huhuh berlipat kilo la kita.. Haha
ReplyDeleteni kat Puchong je za
DeleteDah lama tak mai puchong. Dulu opis kat bandar puteri kt Mazda tu. Sampai la ni blom pi Night Bazar satu. Nnti nk pi lah. Rasa blogger Shamiera Osmet ada niaga situ.
ReplyDeleteoh ye ke. kalau tau ada blogger niaga sini boleh singgah kedai dia
DeleteAlaaa rindunya nak pi bazar gini.. lama giler tak pi pasar malam.. Sis kalau pergi tempat gini, jahatt sikit nafsu, semau nak di beli dan makan kang hahahaha
ReplyDeletehahaha kann dah la murahhh makanann kat sini
DeleteWah murah2 ya harga makanan kat sini. Nampak portion boleh tahan banyak. Sotong bakar tu tempting betul.
ReplyDeletewajib cuba sotong tu. sotong fresh, murah plak tu
DeleteThis looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy hunting for food here when we visit puchong!
ReplyDeleteworth to try
DeleteIni betul2 syurga makanan. Banyaknya makanan sedap dan menarik jat sini. Teruja tengok
ReplyDeleteni pun sikit je yang share
DeleteKak min pernah gi sini masa mula2 buka dulu. Time tu tak meriah macam ni lg
ReplyDeletehaa dulu sikit je, sekarang meriahhh
DeleteFuhhhh mengancam sangat shell out dengan bakar2 dia. Makan seafood fresh memang naikkan selera kan hihi
ReplyDelete