Korang semua mesti tau brand Vit's kan? Mestilah kenal, VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. Baru-baru boleh pulak kecoh pasal status HALAL bagi produk keluaran VIT'S. VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005. VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, mereka memberi jaminan bahawa produk yang berada dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu. ‘Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang’, ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S.
Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS. “Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan
giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini”, kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati.
Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS.Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini.
Jom tengok video ni supaya kita semua lebih jelas dengan isu status halal ini.
Diharapkan orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham. Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi kami di www.vitsnoodles.com.my. Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel
syazwany@vit.com.my kepada Puan Nor Syazwany.
Ingat tau "TAK PASTI JANGAN KONGSI" Stay safe korang!
#vitsnoodles #vitsinstantnoodles #instantnoodlerawang #vitsitalianmigoreng
43 Comments
bagus ada penjelasan dari vits..sekurangnya masyarakat tidak akan rasa ragu2 lagi
ReplyDeletebetul tu. tapi brand ni dah lama, memang yakin nak beli
DeleteLaaaa ada persoalan ke? Sis selalu gak beli jenama ni, suka masak maggi goreng guna meenya, sebab kenyal-kenyal.. tak tau pulak ada isu ni..
ReplyDeletebetul mee dia kenyal kan. bestt.. tu la sis. benda macam ni pun jadi isu
DeleteYes vits have been a household product for decades and it is a reputable halal brand. Who would have contested this?
ReplyDeletesomeone who has sooo many free time i guess lol
DeleteCikgu selalu gak beli mi kering jenama vits ni. Syukur memang terbukti halal.
ReplyDeleteJangan risau cikgu. brand vits bukan baru lagi
DeleteOh tk perasan pula ada isu ni. Anyway dah ada penjelasan dr pihak Vits oklah. Sis tk pernah try jenama ni. Esok nak cubalah. Asik makan brand sama je kan. Hehe.
ReplyDeletetry la kak bel. serius mee vits sedao kenyal je
DeleteTak tahu pula ada isu macam ni timbul tapi memang dah lama guna produk Vits ni sejak kecik lagi
ReplyDeletekann dah bertahun memang guna vits ni
DeleteWah bagusnya ada halal ye.. nanti boleh cari beli. Standby dekat rumah, bila nak masak dah ada kan.
ReplyDeletesaya memang selalu standby. senang bila2 nak masak
DeleteYes. InsyaAllah penjelasan sebegini akan membantu menghilangkan kegusaran ramai. Dan orang ramai boleh terus menggunakannya selepas ini
ReplyDeletejom beli tanpa was2
DeleteAlhamdulillah, bila ada penjelasan macam ni, takdalah kita nak rasa ragu-ragu lagi. macam ni lah caranya untuk memberi penjelasan yang tepat.
ReplyDeleteyang ragu tu sebenarnya yang baru kenal vits. hehe pendapat saya la
DeleteTakde pulak dengar pasal isu ni. Apa pun, kita kena rujuk dengan sumber yang dipercayai untuk dapatkan apa2 info. Jangan main terus assume dan sebar je, kan.
ReplyDeletebetul tu. kena buat lebih banyak awareness fikir sebelum kongsi
Deletealahai kesian diorang kene tempias viral..biasa jugak nampak mee jenama vits ni kat kedai..tapi belum pernah beli dan cuba lagi..
ReplyDeletecuba la. sebab mi dia kenyal je
Deletei love this noodle brand. it makes homecooking really easy and yummy too!
ReplyDeleteyesss so yums
Deletekita pun ada dapat produk ni baru-baru ni. tak sangka dah lama rupanya ada dalam pasaran. sedap pun sedap kan?
ReplyDeletea ah sedap. goreng biasa pun sedap
DeleteBaguslah Vits buat penjelasan begitu jd org ramai tak ragu2 utk membelinya
ReplyDeletekalau dah biasa beli tak ada keraguan lagi kak limah haha
Deletesekarang ramai main serkap jarang.. bukan sahih pun berita.. ada yang suka baca tajuk jer pun..
ReplyDeletetu la pasal. akhirnya terkongsi berita tak sahih
Deleteadei.. dah lama kot Vits ada kat pasaran dan terang-terang ada logo halal kat situ.. hee~ saja je cari bahan nak borak gamaknya..
ReplyDeletehaha isi masa lapang kot
DeleteBaguslah ada badan yang aktif checking urusan berkaitan dengan isu Halal ni...
ReplyDeletekann. yang penting halal dan berkualiti
DeleteLama gila kan produk Vits ni dlm pasaran. Skrg ada lak yg baru so mmg bagus la kan..yg penting halal
ReplyDeletebukan baru kak min. produk dah lama, orang baru nak viral cerita tak betul. adehhhh
DeleteBagus la ada penjelasan daripada tuan punya badan. Boleh mengurangkan kegusaran kepada pengguna.
ReplyDeletebetul tu. tapi pengguna lama biasanya dah tauuu halal
DeleteDah lama dah produk ni ye.. Baguslah ada information sebegini takde la orang buat spekulasi tuduh sini sana kan... 👍
ReplyDeleteye dah lama. u should try nell. products diorang best tau
DeleteJenama Vits ini memang menjadi jenama kita dari dulu lagi bila mencari mee segera yang senang untuk di sediakan dan juga rasa lebih sedap dan lebih tebal tiada isu lah pasal halal atau tidak memang dah tahu halal..
ReplyDeletekannn maha. ntah camna boleh viral tak halal. haha
Deletedelicious, easy to cook and halal. this brand has been a family favourite!
ReplyDelete