Ad Code

APA PERLU BUAT SELEPAS SWAB TEST?

Assalamualaikum semua

Sekarang ni kes covid semakin hari semakin meningkat, kadang rasa macam tak selamat nak pi kerja or beli barang dapur. Macam saya tak risau sangat sebab kerja kat sekolah dan sekarang ni sekolah tutup, jadi work from home je, cuma jika ada keperluan baru ke sekolah untuk uruskan hal-hal tertentu. 

Suami (EJAM) bekerja di bidang makanan, jadi memang hari-hari kena masuk kerja. Kalau dia balik kerja, letih macam mana pun akan paksa dia terus mandi dan bersihkan diri. Semalam, masa lunch time Ejam call bagitau kena pi swab sebab ex-staff yang dah berhenti 2 minggu lepas, positif covid dan dia merupakan kontak rapat. Semua staff di tempat kerja dia kena buat test covid pada hari sama. Saya pulak masa tu kat sekolah, ada kerja nak siapkan, hati ni dah tak tenang. Alhamdulillah harini dah dapat result, Ejam bebas covid. Syukur pada Allah, memang mohon sangat dijauhkan dari penyakit berjangkit ni. 


Jika ikut arahan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, insha'Allah kita akan baik-baik saja.  Namun, terkadang kita memang dah patuh pada SOP tapi masih ada yang taknak ikut SOP. Kadang tu geram juga, kalau nampak orang tak ikut SOP, contoh masuk kedai tak scan/tulis nama, bila tegur baru nak buat. Sekarang ni, dah jadi tanggungjawab kita bersama, diri sendiri kena ingat untuk patuh pada SOP. Harap kita semua berjaga-jaga dan sentiasa ikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

APA PERLU BUAT SELEPAS SWAB TEST?

SABAR TUNGGU KEPUTUSAN UJIAN COVID
Jangan terlalu panik dan tunggu keputusan ujian dengan sabar di rumah. Sebaiknya, korang duduk dirumah dan limitkan pergerakan keluar sehingga korang dapat keputusan. Kalau korang buat ujian dengan pihak swasta, dalam 24 jam korang akan dapat keputusan ujian.

TIDAK PERLU TELEFON KKM
Sementara menunggu, tidak perlu menelefon Kementerian Kesihatan Malaysia, sebaliknya KKM akan telefon korang jika keputusan positif dan terus ambil korang dirumah.

TINGKATKAN KETAHANAN SISTEM IMUN TUBUH
Banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C agar imunisasi badan dapat ditingkatkan. Ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat gejala setiap individu berbeza, sesetengah orang berkemungkinan tidak menunjukkan simptom seperti batuk atau demam.

BERDOA
Yang paling penting sekali, berdoalah pada Allah agar korang dijauhkan dari penyakit covid ni. Mintak keluarga dan kawan-kawan doakan, kita tak tau mungkin doa salah seorang makbul dan keputusan ujian covid negatif.

Itu je yang dapat saya kongsi. Sentiasa patuh pada SOP dan Stay safe korang!

Post a Comment

40 Comments

  1. Risau hai kes makin tinggi. Penat dah duduk terperap dalam rumah. Disebabkan dorang yg x alert suami kita kena extend 3bulan lagi as frontliner. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu paling kesian pada frontliner la. Sebab kena ada lebih banyak awareness sebenarnya.

      Delete
  2. Ada beberapa kawan saya juga ada contact rapat. Cuma mampu tanya khabar dan doakan mereka dari jauh supaya tak ada yang positif. Tapi setuju sangat bab banyakkan makan makanan yang tinggi Vitamin C untuk tingkatkan imunisasi badan. Pemakanan sihat amat penting dalam keadaan berbahaya seperti sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. makesure ambik vitamin c secara konsisten

      Delete
  3. Oh dear...........that doesn't sound so good. I hope your husband is ok. Insya'Allah. Kita byk2 berdoa ya. You take care.

    ReplyDelete
  4. Hopefully kita semua bolehlah ikut SOP tanpa perlu orang tegur kan? Bukan benda baru pun SOP ni..huhu..setuju tu, kita perlu ambil Vitamin C untuk bantu boost imun sistem..alhamdulillah your husband negative ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kita yang tak swab test pun nervous

      Delete
  5. Dua orang kawan Rawlins pun baru declared positif semalam dan sekarang sedang self-quarantine. Moga dipermudahkan urusan kita semua

    ReplyDelete
  6. Selepas Swab Test kalau positif atau negetif kena kuarantin diri untuk yang pertama kali sehingga hari ke berapa buat ujian kali kedua kalau positif bawa hospital kalau negetif ok bebas.. Tapi tetap kena patuhi SOP kan....

    ReplyDelete
  7. Mmg kena juga self kuarantin just bersedia dengan sebarang kemungkinan

    ReplyDelete
  8. Good information ni yang semua orang kena tahu kan.. hopefully kita semua dijaukan dari virus Covid-19 ni.. kurangkan interaksi kat luar kalau boleh kan...

    ReplyDelete
  9. Yes hopefully we all can adhere to the SOP and try to go to out unnecessarily. It is getting terrible out there.

    ReplyDelete
  10. Oh macam tu rupanya prosedur swab test ni ya. Selalu wonder juga apa yang perlu buat selepas swab test.

    ReplyDelete
  11. tak banyak info pasal swab test.

    apapaun, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing this experience, kes covid tengah naik so better prevent from going out and keep ourselves healthy.

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan dalam urusan seharian kita semua . Mana yang positif tu teruskan bersemangat dan sabar menempuhi dugaan . Insya Allah akan sihat kembali seperti biasa.

    ReplyDelete
  14. Stay health stay safe ya, sekarang ni dah jadi scattered around case. Jika semua mematuhi jarakkan sosial, pakai mask yang betul dan jaga hand hygiene, mmg sangat berkesan untuk mengelakkan jangkitan ni.

    ReplyDelete
  15. thanks for the useful tips. good to be prepared in case we need a test

    ReplyDelete
  16. Memang berdebar debar. Bohong laaa takde rasa apa kannn.. Walau apa kemungkinan kena redha dan paling penting self kuarantin

    ReplyDelete
  17. Menakutkan juga kalau terkena covid ni tapi kena juga bersedia since kes pun tinggi kan sekarang. Tak boleh ada sifat pentingkan diri

    ReplyDelete
  18. Kak memang tak pegi kemana2 blk kampjng pun tak berani sbb masih ada lg yg kena positif convid, abg ipar dan isteri di Melaka pun pernah positif convid tp Alhamdulilah dah sembuh

    ReplyDelete
  19. Pesanan yang bagus jugak nih . Tapi memang vitamin C tu membantu sangat untuk kesihatan. Masa pergi travel hari tu(sebelum pandemik) sebelum keluar mesti ambik vitamin c tanpa skip setiap hari. Paling penting berdoalah semoga kita semua dilindungi dan jangan suka tunding menunding jari mencari salah.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kerana berkongsi tentang ini.. diela tak pernah lagi kene buat swab test. Takut sangat sebab org kata sakit.

    ReplyDelete
  21. thanks for sharing. semmoga urusan awak dan suami dipermudahkan. takut juga sekrang ni dgn kes meningkat.

    ReplyDelete