Ad Code

MOMEN BAHAGIA 2020 ~ SELAMAT TAHUN BARU 2021

Assalamualaikum semua

Rasa masa berlalu terlalu pantas, 2020 dah melabuhkan tabir. Hari ini pembuka tirai 2021 untuk kita lalui seperti sebelumnya. Tahun 2020 banyak yang berlaku, suka duka kehidupan. Yang paling kita semua terkesan semestinya penularan wabak covid yang melanda negara. Semoga kita semua dipelihara dari covid dan Malaysia bebas dari penularan penyakit ini yang dah mengakibatkan banyak kematian diseluruh dunia. 

Apa pun yang berlaku, kita perlu tabah menghadapinya. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan, itu janji Allah. Di penghujung 2020 ni nak imbas kembali kenangan yang mengembirakan hati. Yang sedih-sedih simpan rapi takmau ingat dah recap yang gembira saja. hehe

DARI CIK KE PUAN
Kenangan paling membahagiakan tahun 2020 semestinya direzekikan bertemu jodoh. Alhamdulillah pada 20/06/20 status bertukar juga dari cik ke puan. Syukur sangat, saya ni kira lambat juga berkahwin, tapi takpalah rezeki masing-masing. Allah Maha Bijaksana mengaturkan perjalanan hidup kita. Sebenarnya perancangan untuk menikah pada 04/04/20, semua dah complete, tapi apakan daya covid melanda, dan seluruh Malaysia dilaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula dari 18 Mac. Masa tu saya di Selangor, jadi tak dapat merentas negeri dan diarahkan untuk lanjutkan pernikahan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara). Sehingga bulan Jun, PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dilaksanakan dan rakyat dah boleh rentas negeri. Alhamdulillah urusan pernikahan berjalan lancar walaupun tak dapat buat kenduri. Sedih juga tak dapat raikan dengan sanak saudara dan kawan-kawan. Nak tempah catering masa tu pun, caterer hanya ambil pesanan makanan bungkus saja. Jadi, itu sajalah yang dapat diberi pada pihak keluarga lelaki. Apapun syukur di atas nikmat Maha Esa. Perkenalan dengan suami pun tak lama, jumpa di ekpedisi Gunung Tahan Ogos 2019 dan sepatutnya bernikah pada April 2020. Doakan kami bahagia bersama dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Muda-mudahan makbul doa korang. aamiin

TERSENARAI 100 BLOGGER DI MALAYSIA

Memang tak sangka tersenarai 100 blogger di Malaysia, ingatkan blog ni sendu je, yelah tak ada followers kan. haha Tapi syukur, rupanya ada juga yang baca blog ni. Antara pencapaian yang tak disangka, selepas tersenarai rasa lebih bersemangat menulis dan lebih fokus menaip artikel. Lepas ni akan lebih serius menulis dengan niat memberi manfaat pada yang membaca. Terima kasih Kak Bell yang rajin buat senarai 100 bloggers ni. Blogger ni bukan hanya platform untuk menulis perkara harian je, tapi pelbagai info. #bloggerlife

PERTUNANGAN ADIK BONGSU
Antara momen gembira tahun ini, satu-satunya adik lelaki mengikat tali pertunangan. Syukur, adik bongsu memilih orang Kedah sebagai pasangan. Kami sekeluarga ke Kedah untuk meminang gadis pilihan hati adik. Semoga ikatan pertunangan ini diberkati dan di permudahkan urusan perkahwinan mereka nanti. Adik lelaki paling rapat dengan saya selepas bapak meninggal. Kami membesar bersama sebab jarak umur kami jauh dengan abang dan kakak. Ingat lagi masa saya dan adik kecik dulu, pernah kena rotan dengan bapak sebab tak ingat nak balik, berlari tak cukup tanah kami haha Waktu berjalan pantas, sekarang adik pun dah bertunang, tak lama lagi berkahwin. Rindu zaman kecik-kecik, happy je tak fikir masalah. 

R & R FAMILY DAY

R & R adalah nama ayah dan mak, group whatsapp family pun letak nama R & R Family. Kenangan berkumpul seluruh keluarga kena catat kat sini supaya ada ingatan bahagia untuk dikenang. Lepas majlis pertunangan adik kami sekeluarga ke Dangau Ayahanda Chalet di Yan, Kedah. Chalet ni rumah didalam dusun dan ada private pool. Kami bermalam di rumah anak sulung hanya untuk satu malam sebab saya dan roomate kena balik ke Selangor pada esoknya. Walaupun hanya satu malam, kami semua enjoy sangat, hujan pun mandi kolam tetap on haha Anak menakan (anak buah) semua seronoo berkubang sampai menggigil pun taknak naik lagi. Seronok berkumpul dengan keluarga, masak sama-sama, abang ipar pi memancing dapat dua ekor siakap apa lagi bbq lah kami malam tu.

Antara menu yang kami masak di chalet:

Ikan siakap bakar
Ayam bakar
Sosej bakar
Nasi putih
Kari ayam
Roti jala
Bihun singapore
Cheese tart (beli)

Dalam perjalanan jumpa pulak orang jual air nira. Abang ipar, roomate dan mak je yang minum yang lain tak reti minum nira. Alhamdulillah sangat masih ada keluarga, untuk bergelak ketawa. Satu lagi nikmat yang perlu disyukuri.

STAYCATION MELAKA

Percutian tak dirancang bersama kawan-kawan kerja ke Melaka. Kami hanya bercuti untuk satu malam saja tapi seronok jugak, percutian kali ni hanya untuk malan semata. Malam tu girls talk session akhirnya terhasillah Munch-in. Yang ni nanti saya cerita entry lain. Cuma nak bagitau ada kawan yang baik juga rezeki. Carilah kawan yang sentiasa mendoakan kita, sebab doa merupakan penghubung kita dengan Pencipta.

KES COVID MENINGKAT
  

Akhir sekali, penutup 2020 yang paling setsm untuk rakyat Malaysia adalah angka kes covid harian paling tinggi iaitu 2525 kes baru dicatatkan. Walaupun kita boleh bergerak bebas bagi menjana ekonomi negara tapi jangan lupa, kita belum menang lagi. Sentiasa patuh pada SOP dan jangan putus berdoa, moga Allah angkat penyakit covid ni. Jadi rakyat yang bertanggungjawab tau, pastikan tulis nama atau scan apps MySejahtera. 

Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua yang membaca. Moga tahun depan akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Pada yang ada azam baru, harapnya azam lama dah tercapai ye hehe

Selamat Tahun Baru 2021!

Post a Comment

24 Comments

  1. Selamat tahun baru kepada anda dan seisi keluarga. Ya kadang-kala trip yang tidak dirancang best juga kan? Best kalau boleh sembang panjang dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besttt..biasanya trip tak dirancang selalu jadi haha

      Delete
  2. Tahniah semoga 2021 membawa lebih kebahagiaan buat anda dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nk tau ape tu munch-in..kite yg excited ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. follow tau nanti saya share kan...projek 2021

      Delete
  4. Wahhh kira tahun ni jimat lah ea kos kawen hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jimat la sikit tapi tak meriah ena. tapi duit booking semua tak dapat refund. macam catering postpone date

      Delete
  5. Alhamdulillah moment bahagia 2020 dah tercapai kita belum lagi yang majlis besar tu hehehehe moga tahun 2021 bawa kebahagian kepada kita semua Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha'Allah moga diringankan jodoh maha aamiin

      Delete
  6. Tak reti juga minum air nira.. orang kata sedap, tapi entah lah.. Hihi.
    Selamat tahun baru 2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu rasa sikit. bau pun masam je tak lalu nak minum

      Delete
  7. those are all very beautiful moments. your 202o seemed amazing and i hope 2021 will be equally as great for you! :)

    ReplyDelete
  8. Biar lambat asal selamat bahagia hehe.. Bagus juga kawrn musim covid ni kan jimat sikit... Byk suka duka berlaku tahun 2020 ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat tapi tak dapat raikan dengan saudara dan kawan2 ..hehe

      Delete
  9. Suka baca '2020 recap' rakan2 blogger. Tahniah ye, atas perkahwinan dan momen2 bahagia yang lain. Semoga tahun ini juga membawa kerahmatan buat kita semua.

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Moga tahun 2021 ada sinar pelangi yang indah buat kita semua 🥰

    ReplyDelete
  11. Wahh tahniah tersenarai dalam 100 blog Malaysia tu. keep it up. btw tahun 2020 memang sangat tough bagi semua org. moga tahun ni ada sinar lebih baik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  12. Wahhh dalam keadaan PKP dan Pandemik, banyak perkara kita lalui kan. Semua tu pengalaman yang sangat bermakna. Tahun 2020 not so bad la kan. Hehehe. Happy New Year!

    ReplyDelete