Ad Code

MANFAAT BISABOL UNTUK KULIT WAJAH

Assalamualaikum semua,

Korang pernah dengar BISABOL tak? Sebelum ni saya pun tak pernah tau pasal Bisabol ni, nama pun dah unik, pada saya la, sebab belum pernah dengar pasal Bisabol ni. Al kisahnya saya baru tukar produk pencuci muka dan nampak Bisabol sebagai salah satu bahan. Jadi rasa nak tau apa dia Bisabol tu kan. Bisabol ni biasanya akan ada pada produk skincare yang menggunakan bahan-bahan natural. Rupanya banyak manfaat Bisabol ni untuk kulit wajah kita. 
Sumber : Google

Apa itu Bisabol?

Bisabol, juga dikenali sebagai levomenol, adalah cecair berminyak pekat, yang merupakan komponen utama minyak pati chamomile. Ia tidak berwarna, namun mempunyai aroma bunga manis yang halus. Walaupun tidak ramai yang mengetahui penggunaannya, ramuan ini telah digunakan selama beratus-ratus tahun sebagai agen penjagaan diri kerana sifat anti-perengsa, anti-radang dan anti-mikroba yang kuat. Secara ringkasnya, ia adalah chamomile. Hanya dalam bentuk yang lebih pekat. Dan dengan manfaat yang lebih kuat untuk kulit kita. Bisabol ni selalunya ada dalam Chamomile Jerman (Matricaria chamomilla atau Matricaria recutita), dan juga kulit pokok Candeia (Vanillosmopsis erythropappa) Brazil, yang merupakan sumber utama dalam produk-produk untuk penjagaan kulit. Yang paling best, Bisabol ni adalah bahan organik ye, dah semestinya tidak memberi ancaman kepada tubuh dan kesihatan kita, malah memberi manfaat pada kulit wajah tau.

Kelebihan BISABOL dalam produk penjagaan kulit?

Hari ini, kita dapati dalam pelbagai produk, termasuk pelembap, krim mata, lipstik, sunscreen, formula anti-penuaan, pencuci muka, syampu, dan pewangi. Sebab lain mengapa bisabol digunakan secara meluas dalam produk kosmetik adalah hakikat bahawa ia membantu bahan berguna lain menembusi lebih dalam ke kulit. Ciri yang menguntungkan ini terutama digunakan pada produk yang seharusnya memelihara kulit korang dengan antioksidan. Jom saya kongsikan apa kelebihan/manfaat bisabol yang terdapat dalam produk korang.

Bisabol menenangkan keradangan

Memiliki sifat anti-radang yang terbukti, bisabol sangatlah tidak bersahabat baik dengan jerawat, ruam, rosacea, psoriasis, dan keadaan serupa yang berkaitan dengan kerengsaan kulit yang kerap. Telah ditunjukkan juga bahawa bisabol menenangkan kulit setelah terdedah kepada sinar UV, dan mengurangkan selaran matahari dan kemerahan. Orang yang mempunyai kulit sensitif tidak boleh berfikir dua kali untuk menggunakan produk yang ditingkatkan bisabol. Kira 'must have item' kalau korang ada kulit yang sensitif.

Bisabol merangsang penyembuhan kulit

Chamomile adalah penyembuh kulit yang terkenal. Bisabol, dapat mempercepat proses penyembuhan kulit, untuk luka kecil, dan bintik-bintik kecil yang menjadi parut pada kulit wajah korang.

Bisabol membasmi kuman pada kulit

Sifat anti-mikroba bahan ini berkesan terhadap banyak kuman, seperti staph, epidermis, coryne bakteria, dan Candida albicans. Bagusnya, bila takda kuman, kulit pun terhindar dari bakteria, dan jadi lebih sihat.

Bisabol melembapkan secara mendalam

Bisabol kaya dengan panthenol dan panthenol adalah humektan semula jadi yang sangat baik. Maknanya panthenol menarik kelembapan dari udara ke kulit korang, dan ini akan memberi kelembapa semulajadi pada kulit korang. Oleh kerana bisabol menembusi jauh ke dalam kulit, ia meremajakan kulit dari dalam dan membantu mengurangkan kedutan.

Bisabol memberikan aroma semula jadi

Oleh kerana ia mempunyai aroma bunga halus, mirip dengan chamomile, ia sering digunakan dalam minyak wangi dan produk penjagaan kulit lain sebagai agen wangian. Yang lebih penting ialah bisabol jauh lebih selamat daripada wangian tiruan yang digunakan pengeluar untuk memberikan aroma yang baik kepada produk.

Bisabol mencegah pemecahan kolagen

Bisabol menghalang enzim pada kulit yang bertanggungjawab untuk pemecahan kolagen. Pada masa yang sama, ia merangsang pengeluaran kolagen secara semulajadi. Peranan utama kolagen adalah menjaga kulit tetap anjal. Jadi, bisabol sebenarnya membantu kulit korang kekal anjal dan muda. Ada ke yang taknak nampak muda kan? hehe

Pencuci muka Sugar Gold ada Bisabol?

Sugar Gold Face Wash ni antara produk yang ada Bisabol selain bahan aktif lain seperti:

👉 Daun mint
👉Tea Tree
👉 Coco oil
👉 24k Gold Flakes
👉 Canadian Willowherb

Hanya dengan penggunaan dua kali sehari korang akan rasai sendiri manfaat Bisabol pada kulit wajah korang. Tips: jangan cuci muka lebih dari dua kali sebab kulit wajah perlukan bakteria baik pada kulit wajah kita. Selain manfaat Bisabol yang saya kongsikan kat atas tu, bahan aktif lain di dalam Sugar Gold Face Wash ni berfungsi pada kulit wajah seperti:

✅ Kulit terasa halus dan lembap.
✅ Menyejukkan & menyegarkan kulit muka dengan efek cooling.
✅ Kandungan Gold Flakes nya memberikan kesan natural glowing dan awet muda.
✅ Jerawat cepat kecut.
✅ Mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan di wajah.
✅ Mensekatakan tona kulit.
✅ Sesuai bagi kulit yang mudah break out @ berjerawat kerana kulit kering / berminyak.
✅ Menegangkan dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata.
✅ Mengecilkan liang pori & menghindari pori tersumbat.
✅ Menembusi 7 lapisan kulit bagi mengurangi garis2 halus dan kedutan.
✅ Tidak menimbulkan kesan kemerahan, kering @ mengelupas.

Korang pernah try Sugar Gold Face Wash? Produk skincare kegemaran MUA BELLAZ. SUGAR GOLD adalah produk tempatan yang mempunyai kelulusan KKM. Boleh check di Website NPRA untuk kepastian.

Kalau korang belum pernah cuba, saya nak bagi sebotol Sugar Gold Face Wash untuk korang cuba secara PERCUMA!!!

✔️Follow FB 'BAE ROSLAN
✔️Komen dibawah 'SAYA NAK SUGAR GOLD KERANA.....' (bagitau kenapa korang nak cuba produk ni)

Saya akan pilih seorang yang BERTUAH untuk dapat produk Sugar Gold secara PERCUMA. Korang cuba perlu bayar postage saja😁

Bak kata MUA BELLAZ, planting hampaaaa... Jom flawless dan glowing bersama Sugar Gold Face Wash. Sesiapa yang berminat nak cuba produk natural ni, boleh terus Whatsapp


Tamat 15 November 2020

Post a Comment

36 Comments

  1. produk kegemaran dari Mua terkenal mesti kesan die pun best ni ..wah..menarik la macam2 kebaikan untuk kulit kan

    ReplyDelete
  2. wahhh baru dengar pasal produk ni and good to know bahan Basobil ni banyak manfaatnya ya! Oh, packaging produk tu pun nampak eksklusif sangat. Apa yang penting, diluluskan KKM juga. Barulah yakin nak mencuba!

    ReplyDelete
  3. Baru 1st time dengar Bisabol ni..banyak pula kelebihan dia. Produk baru ye Sugar Gold ni?Pakaging Sugar Gold elegan pula tu. Nanti boleh tengok produk ni.

    ReplyDelete
  4. Baru pertama kali admin dengar mengenai bisabol ni. Artikel info yang sangat menarik yang bg pengetahuan buat semua

    ReplyDelete
  5. Wow boleh menembusi sehingga 7 lapisan kulit? Ini bermakna boleh ada pembersihan kulit yang sangat berkesan kan. Terima kasi kerana berkongsi tentang produck penjagaan kulit wajah yang efektif ni.

    ReplyDelete
  6. Yeah, bisabol is quite a famous ingredient in Korean cosmetic nowadays and during the ancient time. Memang bagus utk kecantikan kulit. Thank you for sharing more info about bisabol.

    ReplyDelete
  7. first time dengar dan tahu kebaikan Bisabol ni. Banyak betul manfaat dia untuk kulit kita. Siap bantu bahan yang lain untuk menyerap ke dalam kulit lagi. Ditambah pulak dengan kebaikan bahan yg lain mesti bagus produk Sugar Gold ni

    ReplyDelete
  8. nama yang unik, bisabol. first time jugak dengar jenama ni. banyak juga kelebihan produk bisabol ni. bolehlah nanti cuba produk ni. :)

    ReplyDelete
  9. Kalau tak baca, Sis ko ingat bisabol tu makanan hahahahaha..
    Pestime gak ni tau bahan bisabol ni bagus untuk kulit.. lepas ni beli skincare nak belek lee bahannya, kot laa ada kan..

    ReplyDelete
  10. Skincare jenama baru ye. MUA bellaz pon guna. Packaging dia nampak menarik

    ReplyDelete
  11. learned a new thing today about bisabol. didnt know it beings so much benefits. thank you so much for sharing! :)

    ReplyDelete
  12. Wow, first time dengar bisabol ni.. menarik dan banyak kebaikan produk yang mengandungi bisabol ni.. boleh la cuba.. Nanti nak try join your contest kat FB :)..

    ReplyDelete
  13. Patutlah bau wangi. Ingredients memang bagus. Ena suka ada tea tree. Yang penting tak buat kulit kering

    ReplyDelete
  14. iena baru tau pasal Bisabol ni baru baru ni.. Bagus Bisabol ni sebab Bisabol boleh merangsang penyembuhan kulit

    ReplyDelete
  15. First time cx tahu pasal bisabol. Skincare rupanya ya. Banyak juga kelebihan dia. Bahan² yang elok dipilih untuk ciptakan bisabol. Bagus

    ReplyDelete
  16. Wow thanks for sharing this good ingredient of BISABOL and this brand, I also have dry skin perhaps can try it.

    ReplyDelete
  17. Menarik ni. Za tkpernah dgr brand bisabol ni. Packaging dia pun nmpk esklusif sgt.

    ReplyDelete
  18. Wah, ika baru tahu pasal bisabol ni hehe. jakun kejap sebab nama dia pelik. tapi nanti boleh la ika cuba sebab nama dia unik la tertarik juga

    ReplyDelete
  19. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete