Assalamualaikum semua
Kalau korang tau gambar apa yang kat atas tu, memang tak syak lagi korang adalah gamers sejati. Sejujurnya saya tak berminat nak ambil tahu pasal game, nama game pun saya salah sebut. haha
Ada sekali tu sembang-sembang dengan kawan, saya nak cerita pasal game yang viral masa tu lah, saya bagitau, "alahhh game P. U.B.G (sebut huruf tu satu-satu)".
Yang kawan ni terpinga, jenuh dia pikir game apa tu, tak pernah dengar. Pastu dia tanya "maksud hang PubG ke?"
"Ohh itu ke sebutannya." Mengekek la kami bersama haha. Tapi sampai lani saya lebih selesa sebut P. U. B.G rasa sebutan tu lebih sesuai untuk game tu (sukahati je kan haha). Nak cerita sebenarnya saya tak berminat nak ambil tau pasal game ke, play station ke, jenis-jenis game pun memang tak. pernah ambil tau.
Sumber : Google |
Semalam adik ipar baru beli PS4 Pro, saya suka controller PS4 ni, cantik je dan berseni designnya. Malam tu sakan depa dok main game PES2021, yang taktau tu, PES tu game bola. Pastu adik ipar ajak main, dia ajarkan macam mana nak guna controller tu, boleh berlari, tendang bola, slide, eh macam-macam lah kan. Saja je la cuba-cuba nak tengok gak apa yang bestnya game ni kan yang ramai sangat manusia suka habiskan masa main play station atau game ni.
Bila dah cuba sendiri saya sedar satu iaitu permainan ni memerlukan daya fikir yang tinggi, kekuatan memori dan fizikal. Itu kesimpulan dan pendapat peribadi saya selepas main game tu lah. Pandangan saya pada gamers terutamanya sedikit berubah, baru saya nampak kebaikan main game ni.
Permainan video ni sebenarnya bukan saja permainan yang menyeronokkan tetapi dari sudut saintifik juga menunjukkan terdapat faedah/kebaikan bermain video game ni hasil daripada beberapa penyelidikan yang telah dilakukan. Saya kongsikan 4 faedah bermain video game yang akan buat korang mine blowing.
4 FAEDAH BERMAIN VIDEO GAME BERDASARKAN KAJIAN
1. Permainan video 3D dapat meningkatkan kapasiti memori
Dalam kajian tahun 2015 di The Journal of Neuroscience, penyelidik dari University of California, Irvine merekrut 69 peserta, dan meminta sepertiga dari mereka (kira 13 orang) Irvine ni suruh mereka main Super Mario 3D World selama dua minggu (korang mesti pernah main kan?), lagi 13 orang disuruh untuk bermain Angry Birds, dan selebihnya tidak bermain apa-apa. Hasil kajian Irvine mendapati pengalaman bermain permainan 3D akan memberi ransangan bermakna kepada otak. Dan hasil kajian menunjukkan 13 orang yang bermain Mario 3D, menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam melakukan tugas memori susulan berbanding yang lain. Dan para penyelidik menyimpulkan "Pemain video yang secara khusus menyukai permainan video 3D yang kompleks menunjukkan prestasi yang lebih baik".
2. Permainan video boleh menghilangkan rasa sakit
Jangan tak percaya, dengan bermain permainan video juga dapat menghilangkan rasa sakit. Tinjauan literatur 2012 yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine mendapati bahawa dalam 38 kajian yang diperiksa, permainan video meningkatkan hasil kesihatan 195 pesakit di setiap bidang, termasuk terapi psikologi dan fizikal. Penyelidikan yang dijalankan oleh American Pain Society pada tahun 2010 mendapati permainan realiti maya berkesan untuk mengurangkan kegelisahan atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit kronik atau prosedur perubatan. Bila pesakit memberi tumpuan kepada permainan realiti maya, ia akan buatkan pesakit kurang bagi tumpuan pada rasa sakit sebab bermain video melibatkan penglihatan dan deria lain.
3. Meningkatkan bacaan kanak-kanak disleksia
Terdapat permainan bukti yang membantu kanak-kanak disleksia meningkatkan bacaan mereka Permainan video juga dapat membantu kanak-kanak tau. Namun bukanlah semua permainan ye, Kajian yang dilakukan pada 2013 menyelidiki apabila kanak-kanak disleksia berusia 7 hingga 13 tahun bermain permainan aksi, ia akan membuatkan mereka membaca dengan lebih cepat berbanding rawatan membaca secara biasa. Ini kerana permainan video membuatkan mereka memberikan perhatian terhadap pembelajaran dengan lebih efektif.
4. Permainan video sebenarnya dapat menjadikan anda lebih pintar
Satu kajian yang diterbitkan dalam PLoS ONE pada tahun 2013 mengatakan bahawa kognisi anda mungkin akan meningkat ketika anda memulakan Xbox atau PlayStation. Penyelidikan dilakukan ke atas lima kumpulan yang tidak bermain permainan video ini, dan di minta untuk bermain permainan video sejam setiap hari selama empat minggu. Selepas empat minggu, penyelidik mendapati bahawa semua permainan video, baik permainan aksi dan bukan aksi, meningkatkan fungsi kognitif para peserta dengan ujian seperti tugas memori jangka pendek.
Sumber : Google |
Ternyata bermain video game ni ada juga kebaikannya, cuma kita sendiri perlu pandai menguruskan masa. Janganlah main game tu sampai kita abaikan perkara yag lain pulak. Pengalaman saya main play station baru-baru ini memang saya akui dan bersetuju dengan kajian yang dah dijalankan tu sebabnya otak memang kena proses dengan laju untuk ingat macam mana nak guna controller tu, nak memikir strategi permainan lagi kan. Bila main tu memang kita kurang fikir masalah lain, rasa seronok je, stress pun hilang. Apapun yang kita buat jangan berlebihan, bersederhanalah, sebab jika sesuatu tu kita buat secara berlebihan pasti akan ada keburukan sampingan yang kita akan dapat. Contohnya bermain video game ni, jika secara berlebihan pastilah akan efek kesihatan kita kan.
Untuk semua yag membaca ni, harap korang semua kurangkan aktiviti diluar. virus covid masih berleluasa ye. Jangan lupa musuh yang perlu kita lawan sekarang. Beli paly station, jadi tak la bosan sangat duduk rumah tu hehe
Stay safe everyone.
49 Comments
Sis last beli game ps2, then takde beli lagi dah..masih ada lagi tu simpan.. now anak pun dah minta gak ps4 ke ps5 ke, tertelan halkum rasa dengo harga hahahaha..
ReplyDeleteTapi baguslah kann.. silap-silap boleh jadi genius IT ookay..hehehehe
Hahaha tau Tampa. Rega dia boleh pitam dengar haha
DeleteSaya bab game ni memang tak berapa nak layan. Paling kuat main candy crush je. Tp pape pun kena pandai manage. Benda baik kalau tak terkawal boleh mendatangkan keburukan juga kan. Lagi2 pada anak2 yg masih bersekolah.
ReplyDeleteBetul Tu. Saya Dalam phone memang takda game. Ralit main game ni
DeleteSamalah kita bukan kaki gamers. Dulu pun sama debut PubG sesatu huruf. HAhaaa.. Tak dinafikan main game Memang ada kebaikannya dan ada keburukan namun kena pepandai kawal diri dari terleka.
ReplyDeleteHahahah samalah kita
Deleteyeah!! I also love to play game to detsress one...but not PS 4, just enjoy playing tetris game :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteIt's my first time also
DeleteJust I my cousin once mentioned.....playing video games do make you a smarter person. I am not a gamer. But I do believe playing video games has its own benefit.
ReplyDeleteYes u need to think all the strategy. Meaning your brain need to work while playing haha
DeleteI love playing video games as usual, even I am already a mother & I do enjoy playing with video games after my daughter sleeps! And I am smart , I know it! Games forever!
ReplyDeleteHahahah last statement win!
DeleteTak pernah main ps ni semua.. Baca sis punya entry pergh memang mencabar.. Kene berfikir semua. Tapi mesti syok kan. Sis dh dpt rasa main
ReplyDeleteNext time boleh Cuba nad
DeleteOh la macam tu ke sebutannya? Saya pun selama ni sebut huruf satu2. Saya rasa saya tak boleh beli video game ni, sebab senang sgt addicted. Main game masak2 kat dlm phone ni pun boleh addicted, apatah lagi kalau beli playstation.
ReplyDeleteHahah sebab Tu saya uninstall game kat phone
Deletewow never knew playing video games come with its perks. learned something new today thanks for sharing this! :)
ReplyDeleteWelcome
Deleteactually I grow up by play games too. nice bcoz we can learn to react faster and think how to solve the game
ReplyDeleteYes definitely!
DeleteHehe bagus artikel ni. Lagipun kan haha main game ni kalo betul2 mmg leh buat duit ekeke
ReplyDeleteKann nowdays ramai buat duit main games kan
DeleteMain game ni x sangka ada kebaikan juga ya.. klu lihat dr aspek positif hehe
ReplyDeleteMemang Ada benefits cuma jangan berlebihan je
DeleteYaya setuju. Even kalau kita main candy crush tu pun sebenarnya boleh menajamkan otak dan juga fokus kita terhadap permainan game. Tapi tula, apa-apa pun yang berlebihan boleh memudaratkan hehe
ReplyDeleteSo true!
Deleteingat main game ni memudaratkan rupanya ada juga kebaikan jika diguna dengan berhemah kan, tengok controller tu memang cun, cuma harapnya jangan ketagih sampai mudarat dahla kan
ReplyDeleteKann tertarik nak main PS4 ni sebab controller Tu lA hehe
Deleteoh tak tahu pula benefits dia macam tu. Saya kuat main game masa sekolah je, lepas dah masuk universiti dan kurang. patutlah kurang pintar haha
ReplyDeleteHahaha Ada pulak gitu
DeleteIf I start playing game on my PS4, I will stick to the game at least one hours. Get addicted if keep win and up skill.
ReplyDeleteU sure good playing games ya
Deleteapa jua permainan memang memerlukan daya fikiran untuk kawal semua perkara. Tetapi setiap sesuatu yang baik, pasti ada kelemahannya. Jadi, buat apa pon pilihan, pastikan biar setara dan sedang2 saja. InShaaAllah .
ReplyDeleteYes definitely!
DeleteKita pun bukan kaki game. Faktor usia kot... Dah tua. HAhaaa.. Setuju, Game ada baik buruk nya kena pepandai kawal diri dari terleka
ReplyDeleteSangat betul..
Deletebetul tu !! kakak sokong semua empat faedah / kelebihan yang bae kongsikan.. hee~ zaman serba maju, tak boleh sekat sangat anak-anak bermain secara online.. tapi sebagai ibu bapa tetap kena pantau.. tak boleh lepas tangan.. ada baik pasti ada buruknya juga.. kan ?
ReplyDeleteBetul Tu. Jangan sekat anak2 tapi Jena pantau
DeleteMmg tak dinafikan sesetengah game sebenarnya bagus untuk melatih minda. Tp tgk game jugak la.
ReplyDeleteGame PS4 ni for me semua tajamkan minda
DeleteBetul kan.. Response pun akan jadi lebih efisien sebenarnya sebab kebanyakkan game2 akan train critical thinking dan macam2 lagi.. Tapi tak boleh la over-main sampai lalai kan.
ReplyDeleteSo true!
Deletehusband aida, dulu gamer. adik bongsu aida gamer. kalau berjumpa berdua ni, baru la husband naik sheikh dia bermain games. kat rumah sensorang da tak syok.
ReplyDeleteizzat & syuhada, anak2 aida berdua ni da terjebak dgn pubG dan imposter. ntah betul ntah tak ejaan aida tu :) ha ha ah ha...
bab lebih pintar tu yes. dari games tu, diorang berfikir - where to hide, how to shoot, which one, which path... so diorang akan concentrate to solve the puzzles given by the games kan.
just, jgn terlalu addicted. kena ada had :)
Best kalau Ada geng main game sama2
DeleteBetul juga, kadang video games boleh merangsang creativity seseorang. Yang penting kena pandai uruskan masa and ada limit.
ReplyDeleteYes kena uruskan masa dengan baik
DeleteBetul. Main games ni sbnarnya merangsang kan otak kita utk berfikir, nak main strategi semua, selesaikan masalah.
ReplyDeleteCuma i dh lama x main consoled game since kawin.. So handphone pun jadi la. Haha
U sure good dulu2 kan
DeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.com ^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856