Assalamualaikum semua
Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita kan makan setiap hari, dah tentulah sisa makanan yang melekat di celahan gigi dan perlu dibersihkan bagi menjaga kesihatan gigi. Selain mendapatkan pemeriksaan doktor gigi setiap enam bulan sekali, kebersihan gigi amatlah penting dan perlu diterapkan dari kecil lagi. Korang tau tak apa punca-punca kerosakan gigi?
5 PUNCA UTAMA KEROSAKAN GIGI
1. Kurang penjagaan kebersihan mulut.
Gigi hendaklah dibersihkan sekurang-kuranganya dua kali sehari selain membersihkan lidah, dan menggunakan ubat kumur. Pemilihan ubat gigi juga penting tau, nanti saya huraikan kat bawah.
2. Pemakanan yang tidak sihat
Makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat dan asid yang tinggi antara penyebab kerosakan gigi. Kita perlu makan makanan yang sihat bagi menjaga kesihatan gigi.
3. Mulut kering
Air liur sebenarnya diperlukan bagi menghalang pembentukan plak, jadi kalau mulut korang kering, gigi akan mudah rosak. Jadi, minum air yang banyak bagi mengelakkan mulut kering ye.
4. Mengetap gigi
Sesetengah orang tak perasan mengetap gigi masa tidur. Kalau korang selalu mengetap gigi, ia akan menyingkirkan enamel pada gigi dan akan menyebabkab gigi korang rosak. Enamel ini adalah untuk melindungi permukaan gigi. Kalau korang jenis ketap gigi, pastikan pakai pelindung gigi ye.
5. Umur
Penuaan akan mengurangkan fungsi badan termasuklah gigi. Tapi dengan penjagaan yang rapi dari awal, kita mampu untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi atau melewatkan proses kerosakan tersebut.
Jadi, korang perlulah jaga gigi korang dari sekarang, mencegah lebih baik dari mengubati kata orang. Pemilihan ubat gigi yang baik dah tentulah penting, hari-hari kita guna ubat gigi kan. Saya nak memperkenalkan ubat gigi Yunnan Baiyao.
Apa itu Yunnan Baiyao?
Yunnan Baiyao adalah formulasi herba yang diciptakan pada tahun 1902 oleh doktor terkenal Cina, Qu Huanzhang. Namanya secara harfiah bermaksud "ubat putih dari Yunnan" setelah tempat kelahirannya, sebuah provinsi yang terkenal dengan persekitarannya yang murni dan banyak ramuan semula jadi yang berharga. Yunnan adalah satu-satunya provinsi di China yang memiliki tujuh zona iklim yang beragam di dalam sempadannya, yang memungkinkan tumbuh-tumbuhan herba berkualiti tinggi yang tiada tandingannya dengan sifat perubatan yang kuat untuk berkembang.
Walaupun formula tepat Yunnan Baiyao diklasifikasikan sebagai rahsia negara Kelas pertama di China, diketahui bahawa bahan aktifnya berasal dari ramuan yang ditanam di Yunnan.
Yunnan Baiyao boleh didapati dalam bentuk kapsul dan serbuk. Ini dapat digunakan secara luaran pada luka untuk pendarahan yang kuat, atau tertelan untuk membantu penyembuhan, pembengkakan dan juga berfungsi sebagai analgesik (penghilang rasa sakit). Yunnan Baiyao mendapat kemasyhuran di luar China ketika G.I Amerika mengetahui bahawa Vietcong menggunakannya untuk menghentikan pendarahan semasa Perang Vietnam.
Hari ini, Yunnan Baiyao terus digunakan dalam perawatan trauma untuk menghentikan pendarahan dan memperbaiki peredaran pada kecederaan traumatik. Sudah biasa digunakan oleh pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM), Yunnan Baiyao juga telah digunakan di negara-negara barat. Pelbagai kajian dan ujian klinikal menunjukkan bahawa Yunnan Baiyao sangat membantu dalam mengawal pendarahan dan mengurangkan risiko berulang pendarahan.
Sebagai tambahan kepada ubat herba Yunnan Baiyao, Kumpulan Yunnan Baiyao telah mempelbagaikan portfolio untuk merangkumi produk herba tradisional, produk penjagaan kesihatan diri, kosmetik, pengeluaran teh dan banyak lagi.
Terdapat dua jenis ubat gigi Yunnan Baiyao iaitu MINT dan PROBIOTIK
UBAT GIGI PUDINA/MINT
Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gusi dengan Ubat Gigi Yunnan Baiyao Mint! Rasa pudina yang menyegarkan ditambah dengan formulasi herba Yunnan Baiyao akan memberi tenaga kepada senyuman korang dan menjaga kesihatan mulut korang dalam keadaan terbaik.
Bahan Aktif: Bahan aktif Yunnan Baiyao (menyuburkan gusi, meningkatkan kesihatan mulut)
Bahan-bahan: Dicalcium Phosphate Dihydrate, Gliserin, Water, Sorbitol, Silica, Sodium Lauryl Sulfate, Panax Notoginseng Root Extract, Fragrance, Cellulose Gum, Tetrasodium Pyrophosphate, Xanthan Gum, Sodium Saccharin, Sodium Benzoate
Bebas dari: Fluorida, Triclosan
REVIEW: Saya dah cuba ubat gigi ni, rasa pudina tu tidak terlalu kuat tapi mampu menyegarkan mulut. Memang mulut rasa segar je dan ubat gigi kurang buih tau. Best!
UBAT GIGI PROBIOTIK
Lawan bakteria dengan bakteria - bakteria baik dengan Ubat Gigi Probiotik Yunnan Baiyao. Ubat gigi ini mengandungi probiotik yang dirancang untuk memerangi bakteria jahat kat mulut korang. Lindungi diri korang dari masalah nafasberbau dan gusi sambil mengelakkan pendarahan gusi dengan bahan aktif Yunnan Baiyao. Dapatkan nafas yang lebih segar dan kesihatan gusi bertambah baik.
Bahan Aktif: Lactobacillus Paracasei (probiotik), bahan aktif Yunnan Baiyao (menyuburkan gusi, meningkatkan kesihatan mulut)
Bahan-bahan: Dicalcium Phosphate Dihydrate, Water, Sorbitol, Gliserin, Silicon Dioxide, Polyethylene Glycol (PEG-8), Sodium Dodecanesulphonate, Edible Essence, Xanthan Gum, Sodium Carboxymethyl Cellulose, Tetrasodium Pyrophosphate, L-Zinc Lactate, Litrate Sodium Lactate, Litrate Sodium Lactate
Bebas dari: Fluorida, Triclosan
REVIEW: Saya paling suka ubat gigi yang ni, kalau gusi luka memang cepat baik. Sejak guna ubat gigi probiotik memang saya tak tukar dah ubat gigi lain. Ni memang review ikhlas tau.
Korang boleh dapatkan ubat gigi Yunnan Baiyao ni dari lebih 124 kedai terpilih seperti kat bawah tu atau klink je link ni http://www.yunnanbaiyaotoothpaste.com/stores/. Kalau nak beli online kat shoppee pun ada tau, selain famasi caring yang terpilih.
Atau korang boleh layari FACEBOOK YUNNAN BAIYAO TOOTHPASTE MALAYSIA
34 Comments
tak pernah tahu pasal yunnan ni, boleh la try lepas ni.. sbb nmpk bgos dia punya function kan
ReplyDeletememang bagus, cuma dia tak berbuih sangat, mula2 tu rasa macam tak best. lama2 okay je
DeleteTak pernah nampak ubat gigi ni tapi bila baca review, macam nak cuba juga la.. Nak beli kat Shopee untuk cuba try test ni..
ReplyDeleteyes shoppe pun ada. try probiotik u sure in love with this product
Deleteso far tak pernah jumpa lagi ubat gigi ni. Yang jenis probiotik tu sesuai tak untuk masalah gusi berdarah? Kalau sesuai, boleh la try sebab mmg ada masalah tu :)
ReplyDeletesangat sesuai. saya dah cuba,. dah few kawan pun dah cuba.
Deletenasib rasanya sedap yer ...memula tu tercari gak apa rasa ubat gigi nih ..risau rasa herba cina jer ....kalau rasa best nanti boleh cuba jugak....
ReplyDeletetak rasa herba cina pun. macam ubat gigi biasa je. cuma kurang buih berbanding yang kita biasa guna tu
Deleteapa rasa ubat gigi ni hehehe pertama kali tahu pasal jenama ni mungkin boleh letak testimoni kot hehehehehhe kita selalu gosok guna kayu sugi jer wakakakka..
ReplyDeletekalau mint tu memang rasa mint maha. ubat gigi ni kurang berbuih. kalau dah biasa pakai sugi sure okay guna yang ni.
DeleteUnik namanya.. ala bunyi slang jeoun.. bagus bila tgk ramuan dia
ReplyDeleteye guna herba cina. memang bagus sangat
Deleteaha first time ni dengar pasal produk ubat gigi ni. Ika pakai apa hado je yang terjual dekat kedai hehe. thanks share
ReplyDeletecuba try yang ni. bagus untuk gusi tau
DeleteOoo bagus rupanya ek... hrtu terpegang kat kedai jamu, siap kata, pelik nau nama ubat giginya, kesahnyaa memang bagus yee.. cuma tak tau lee, kedai tu beli dari mana..
ReplyDeleteoo baru tau ada jual di kedai jamu. kat shopee pun ada sis lin
Deletetak pernah jumpa lagi ubat gigi ada probiotik. special ni. thanks info
ReplyDeletesangat special. saya memang rekomen probiotik tu
DeleteThanks for sharing this toothpaste to me, kita belum pernah try lagi nanti nak check out.
ReplyDeleteplease do check out. this product is awesome
DeleteTak pernah lagi tengok atau baca pasal brand nie. My brother certainly needs this - dia ada masalah gusi berdarah. Thanks ya
ReplyDeletedo try priobiotic. recommend for gum
DeleteI have never seen this brand before. I guess I could recommend this to my friends who need it.
ReplyDeleteplease spread the words. its really good
DeleteOh dah ada ubat gigi Yunnan, first time tau tentang ubat gigi ni nti blhlah cuba
ReplyDeleteye kak. baru je masuk malaysia. bagus tau ubat gigi ni
Deletefirst time dengar brand ni. unik nama dan bagus sangat manfaatnya
ReplyDeleteyes sangat bagus. moga bermanfaat ye
DeletePestime dengar jenama ni..
ReplyDeleteAda jual dekat pasaraya ke?
Macam tak pernah nampak je..
shopee ada, caring pharmacy ada, sis lin bagitau kat kedai jamu pun ada.
DeleteDah lama suami gunakan ni sebab die perokok. So far die suka pakai warna biru tu. Hehe. Masa tu ena xbole pakai sebab preggy kan. Kalau ada masalah gusi berdarah next time boleh lah cuba ni.
ReplyDeletesangat bagus kan. suami guna yang mint ke yang probiotik?
DeleteYeay i dah order utk my hubby pakai.. Tak sabar utk cuba.. Thanks for sharing this info
ReplyDeleteno worries. hope bermanfaat
Delete