Ad Code

RESEPI KARI DAGING KAMBING DAN REBUNG IBU MERTUAKU

Assalamualaikum semua

Sebelum nak cerita resepi suka untuk saya kongsikan khasiat rebung. Mungkin tak semua tau apa itu rebung. Kalau korang nak tau, rebung adalah pucuk buluh yang masih muda dan lembut serta boleh dimakan. Rebung ni merupakan sejenis sayuran, yang memiliki pelbagai kandungan nutrisi di dalamnya seperti karbohidrat, protein dan dua belas asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sebelum memasaknya, adalah sangat disarankan untuk merebusnya atau merendamnya di dalam air selama semalaman kerana dikhuatiri ada spesies yang mengandungi sianida, yang boleh disingkirkan melalui rebusan atau rendaman. 

Antara khasiat rebung adalah :

1. Membantu mencegah kanser

sayuran ini juga mengandungi phytonutrients dan chloropll. Phytonutrients berfungsi sebagai antioksidan yang sangat kuat manakala chlorophyll mampu membantu menghalang mutasi sel.

2. Membantu merendahkan kolesterol

Sayuran ini mengandungi serat yang sangat tinggi sekali gus menjadikannya sebagai salah satu peranan yang penting dalam usaha merendahkan kolesterol dalam darah. 

3. Membantu memperbaiki sistem penghadaman

Serat adalah nutrien yang sangat penting untuk memastikan sistem penghadaman kekal sihat.

4. Membantu melegakan sembelit

Serat juga dikenali dengan keupayaan semula jadinya untuk membantu melegakan masalah sembelit. Serat di dalam sayuran ini akan membantu melembutkan najis agar ia lebih mudah melepasi saluran usus besar sekali gus melegakan masalah sembelit.

5. Membantu mengurangkan berat badan

Sayuran ini juga sangat rendah kalori dan lemak dan akan membuatkan korang kenyang lebih lama. 

6. Membantu menormalkan metabolism
Sayuran ini juga mengandungi amaun mangan tinggi yang boleh membantu proses pembentukan enzim metabolik. Pengambilannya boleh membantu menormalkan metabolisma dengan membekalkan tubuh badan dengan mangan.

Back to resepi yang nak dikongsi, sebenarnya banyak resepi dalam draft tapi nak kongsikan resepi ni dulu sebabnya saya first time dengar dan rasa masakan ni. Resepi ni dimasak oleh pak mertua saya tau. Pak mertua orang utara kalau bab masak kari dan sup memang marbeles, dan biasa masak untuk kenduri kendara. Kalau musim raya pak mertua akan masak sup tulang dan kari daging satu periuk besar, memang makan menambah lah jawabnya hehe


Alkisahnya adik ipar nak balik minggu ni, jadinya semua dapat berkumpul bersama, pak mertua masakkanlah. Pak mertua jarang-jarang masak kecuali kalau ada menu tertentu atau sesuatu event. Bukan hanya masak kari daging rebung, pak mertua bakar ikan terubuk. Bakar guna kayu arang ye, tak guna dapur gas. 


Mak mertua pulak celurkan terung pipit yang dipetik belakang rumah. Buat pulak air asam dan goreng ikan kerisi. Memang nikmat sungguh, dapat makan ramai-ramai satu keluarga kan, bertambah nikmat dan berselera lah. Jom saya kongsikan resepi kari daginh kambing dan rebung. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
Daun kari
Bawang merah
Bawang putih
2 paket kecil rempah kari daging
Daging kambing 850g
Rebung muda 700g
Santan
Air
Garam/Perasa


Cara memasak:

1.Tumis bawang dan daun kari sehingga naik bau. 


2. Masukkan rempah kari dan semangkuk air sehingga rempah kari masak. Bila dah naik minyak tu maknanya rempah dah masak. Kena selalu kacau ye supaya rempah tak hangit. 



Nampak macam hangit tapi tak ye, kena selalu kacau hingga rempah betul-betul masak

3. Masukkan daging dan sedikit perasa, masak sehingga air daging dan sedikit kering. Perasa tu akan buat daging lebih cepat lembut. 


4. Masukkan santan dan semangguk air dan biarkan sehingga mendidih.



5. Masukkan rebung dan biarkan sehingga masak. Siap! 



Menu keluarga kami sabtu lepas. Walaupun lauk tak banyak tapi nikmat sangat. Saya suka makanan yang simple macam ni. 




Menu of the day: Kari daging kambing dan rebung, Ikan terubuk bakar, ikan kerisi goreng, ayam bawang (beli), terung pipit (takda dalam gambar) dan air asam. 



Senang je kan resepi ni. Korang pun boleh cuba nanti. Saya memang suka rebung tapi biasanya makan rebung masak lemak je, belum pernah ciba rebung masak kari. Pertama kali cuba rebung masak tu yang jadi teruja dan terus buat blog. Pada saya kari rebung pun sedap juga, walaupun masakan kari berempah, tapi tak menghilangkan rasa rebung tu dan rebung jadi kurang berbau macam kita masak lemak rebung. Pada yang suka rebung tu memang saya recommend untuk cuba masakan ni. 


Selamat mencuba!






Post a Comment

38 Comments

  1. sedapnya rebung..dah lama tak makan.huhu. rebung buat masak pajeri pun sedap tu. terliur plak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak pajeri belum pernah try. nanti nak cuba la

      Delete
  2. Suka makan rebung tapi tak pernah lagi makan rebung masak kari camni nnt leh la try

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa buat kari rebung. Kita ni lama betul tak makan rebung. Ingat2 masa kecik dlu la last makan pastu dah ssh nak jumpa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang susah nak cari rebung fresh. kat pasar pun banyak rebung jeruk

      Delete
  4. Ya Allah.. sedapnya nampak kari daging tu. Tambah pula dengan rebung. Baru tau banyak rupanya khasiat rebung ya. Boleh minta mak masakkan balik kampung ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la saya banyak khasiatnya, tapi rebung ni angin for certain people takleh makan selalu

      Delete
  5. Banyak rupanya khasiat rebung ni, ya. Jujur tak pernah tau sebelum ni. Baik, nanti saya cuba amalkan.

    ReplyDelete
  6. Memang sedap tapi dah lama tak makan rebung sebab tak tahan baunya haha...

    ReplyDelete
  7. Makanan org sihat ni, ikar bakar. Rebung pun tengok khasiat2 dia boleh tahan tu . Sy jenis tak makan sayur pun teringin nk rasa lagi2 utk lawas perut tu

    ReplyDelete
  8. Yummy this look so delicious. Mesti menaikkan selesa makan. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  9. K mid x suka rebung tapi.tengok air asam bae dengan ikan bakar tue dah cukup menyelerakan...nyum-nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cuma lecehnya terubuk ni banyak tulang haha

      Delete
  10. To be honest, saya tak pernah makan rebung lagi kot.. Tapi bila baca khasiat dan benefit dia, hurm.. I rasa kena explore dishes cooked dengan rebung ni...

    ReplyDelete
  11. Kita pun suka makan rebung.. Rebung masak lemak.. Kari ni pun nampak sedp.. Aduh terliur.. Lama dh tak makan rebung.. Nak mask sendiri suami tak makan pun. Kene baliknkmlung baru boleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu makan rebung masak lemak je. first time try rebung kari

      Delete
  12. Terus teringat resipi rebung masakan ibu bila baca entry nie. Huhu. Ok la. Tengah hari nie nak gi lunch cari masak rebung la.

    ReplyDelete
  13. terlebih simple ni sis... marvelous sgt tauuu.. aii sedapnya la kita yang menengok huhu

    ReplyDelete
  14. Saya tak reti makan rebung... tapi nanti nak cubalah resipi tu... hehehehe... sebenarnya, bila tengok ikan bakar dan air asam Bae tu, perghhhh, terliur terus rasa... saya memang suka makan apa-apa pun kalau boleh nak cicah dengan air asam... best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo suka air asam ye. air asam pun banyak versi kan

      Delete
  15. Selalu makan rebung lemak je. Suka kari kambing. Tapi tak terbayang kalau ada rebung dalam tu apa rasanya ya. Kena cuba next time ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time cuba, tak sangka sedap, kena dengan selera saya

      Delete
  16. Sedapnya rebung. Honestly i tk pernah mkn rebung selain masak lemak. Hahah kena cuba plak la masak kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. same here. first time gak cuba ni. serius sedap

      Delete
  17. unik resipi ni.. tak pernah gabungkan daging dengan rebung.. macam menarik untuk dicuba juga..

    ReplyDelete
  18. Tak pernah makan masak kari. Bagus bae belajar memasak dengan mertua lagi bertambah sayang hehe

    ReplyDelete
  19. Oh yumsss, i pernah makan kari kambing tapi yang tak ada rebung lah, nanti nak try masak kari kambinh with rebung.

    ReplyDelete