Assalamualaikum semua
Pada 8 May 2020 (12.30 pagi) bersamaan 15 Ramadhan 1441H perginya seorang lagi permata yang menyinari kita semua selama ini. Ustaz Dato' Ismail Kamus telah meninggal di Hospital Kuala Lumpur dan dikebumikan pada hari yang sama. Saya berikan serba ringkas biodata Ustaz Dato' Ismail Kamus. Beliau di lahirkan pada 2 Disember 1948 merupakan seorang Ulama yang terkenal bukan saja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Timur Tengah, bahkan juga sebagian Eropah, antaranya United Kingdom dan Amerika Syarikat. Berlatar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah menabur jasa bakti dan ilmunya sebagai guru, pengawai penyelidik dan pegawai dakwah selain menjadi pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.
Credit: MalaysiaGazette |
Sungguh, kita kehilangan permata yang bernilai, perginya seorang guru mulia, meninggalkan segala ilmu berharga untuk kita semua amalkan. Saya kongsikan 15 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang di kumpulkan oleh saudara Zaim Zin di mukabuku (Saya cuma kongsikan 15 kata mutiara). Moga manfaat untuk semua dan menjadi amal jariah buat ustaz.
Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia. Banyak ilmu yang beliau sampaikan buat kita semua, terutama di dalam Forum Perdana Ehwal Islam, penyampaian yang bersahaja namun masih tegas. Semoga Tuan Guru tenang disisi Pencipta.
AlFatihah buat Ustaz Dato' Ismail Kamus. Bissiril Fatihah...
20 Comments
ada baca perkongsian mutiara kata ni..sama2 la kita amalkan....alfatihah utk arwah Ustaz Dato' Ismail Kamus
ReplyDeletemudah2an istiqomah
DeleteInnalillahiwainnailaihirrojiun... terasa sungguh terkesan dengan pemergiannya (begitu juga dengan pemergian insan-insan soleh yang lain)... terasa betapa kerdilnya kita ini di hadapan Maha Pencipta... semoga segala bait mutiara kata ini dapat kita jadikan pedoman dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini...
ReplyDeletemudah2an aamiin
DeleteDari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Ustaz Ismail Kamus ni memang seorang yang hebat. Tak sangka pula dia dah tak ada.
ReplyDeletebetul tu, kepada Dialah kita kembali
DeleteInnalillahiwainnailaihirojiuun. Semoga roh arwah di tempat bersama mereka yang beriman. Mutiara kata arwah ustaz pun best best. Memang suka dengan mutiara kata arwah.
ReplyDeletemoga manfaat dengan mutiara kata ustaz
DeleteSuka bab 'Jagalah Hati sampai Mati'....yup...hati kalau kita tidak jaga, buat amal apa pun, kalau hati hitam, sama jugalah kau tidur sepanjang hari tanpa buat apa-apa... moga arwahnya tenang aman damai bersama orang-orang yang beriman...
ReplyDeletekan, hati ni yang betul2 kena jaga,
DeleteAyat mmg baik kita jadi org penting tapi lagi penting kalau kita jadi baik tu mmg selalu dipegang. Xkisahla mcm mana org buat kita, kita tetap buat baik.
ReplyDeletebetul, bukan mudah tapi tak mustahil kan.
Deletesedih.
ReplyDeletesorang-sorang alim ulama' zaman kanak-kanak & remaja aida pergi :(
semua mereka ni hampir-hampir sebaya dgn mak abah aida, sis.
tu yg double triple sayu...
moga semua nasihat allahyarham ni, tersemat ketat kat hati kita, kan.
solat jemaah.
jgn mati hati.
antara paling susah jaga hati la huhu
DeleteAlthough Ustaz has passed away but he leave a good memory.
ReplyDeleteindeed
DeleteMudah mudahan perkongsian ni dapat digunakan oleh semua orang. Sangat bermanfaat. Terima kasih.
ReplyDeletemoga manfaat ya
DeleteAl-Fatihah buat tokoh hebat Ustaz Dato' Ismail Kamus . Hilang lagi satu permata bagi umat islam di Malaysia.
ReplyDeletemoga kita dapat beramal dengan ilmu yang ditinggalkan
Delete