Assalamualaikum semua
Selamat berpuasa untuk semua. Walaupun PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei, kemeriahan bulan puasa tak lengkap tanpa persiapan raya, antaranya biskut raya. Tempoh PKP ni, ada baiknya kita manfaatkan dengan buat sendiri biskut rasa, mana tahu kan ada bakat terpendam buat biskut hehe. Boleh lah azam buat sendiri biskut raya tahun ni boleh juga berjimat kan. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum yang paling mudah, hanya guna 8 barang je.
Bahan bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum di kisar halus
1 setengah sudu kecil tepung penaik
1 cawan nestum - untuk di salut kemudian
Bahan-bahan B:
setengah cawan mentega
setengah cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Cara-cara buat biskut nestum:
1. Campurkan dan ayak semua bahan A (kecuali nestum untuk disalut kemudian), dan ketepikan.
2. Gaulkan gula dan mentega, boleh guna hand mixer je kalau adunan sikit. Jangan sampai kembang, cukup sekadar gula sebati dengan mentega.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai betul-betul sebati.
4. Masukkan tepung dan gaulkan. Gaul guna tangan je, tak perlu pakai mixer.
5. Balut doh dengan plastik dan masukkan dalam peti ais (chiller) selama 30 minit.
6. Boleh bentukkan doh dan salutkan dengan nestum. Saya bulatkan kecil-kecil lepas tu saya tekan je dengan garpu.
7. Bakar 150 celcius selama 15 minit. (Korang adjust ikut oven masing-masing ye, sebab watt oven tak sama. Biarkan sejuk baru masuk dalam balang tau.
Inilah hasilnya. Jika kita bentukkan kecil-kecil boleb dapat 95biji. 1 balang kecil ni muat saya letak 75 biji je.
Selamat mencuba!
#LockoutProject
39 Comments
tahun lepas buat dah biskut ni..jadi keras tapi still sedap makan sebab rangup. Boleh la tahun ni try plak ikut sukatan macam ni..hope menjadilah..
ReplyDeletesukatan cawan biasa lebih mudah. selamat mencuba
DeleteSenang je rupanya buat biskut ni. Tengok orang lain semua biskut ni mesti mwnu wajib.
ReplyDeletebuat biskut yang mudah2 je time pkp ni hehe
DeleteBoleh cuba ni kat rumah buat masa tengah free ni. nampak macam okay je
ReplyDeleteselamat mencuba
DeleteSedapnya, resepi pun senang dan mudah aje yekk..boleh cuba ni nanti ..
ReplyDeleteselamat mencuba kak lin
DeleteYummy cookie Raya for the whole family! I like to make cookie because the whole family can enjoy together ya
ReplyDeleteyes, happy trying
DeleteMudah juga buar biskut nestum ni ek. Mesti kanak2 suka makan... nak try tapi emak2 lak tak minat jd klu budak2 ni beli je hihi..
ReplyDeletehahaha lagi mudah beli je
Deletemudah je ekk. bahan pun mudah cari kat kedai dedekat ni.
ReplyDeletetapi tu la. aida da buat keputusan utk tak buat biskut thn ni.
concentrate on buat kek or roti, sis. anak2 x brape makan biskut raya.
tetamu pun nanti this year, ntah ada ntah takde, kan.
memang cari resepi yang mudah2 je untuk buat hehe
DeleteSennag saja nak buta biksut nestum ni kan. Sebelum ada juga buat biskut raya. Tahun ni tak pasti lagi kerajinan nak buat biskut ada ke tidak
ReplyDeletemusim pkp ni boleh la buat sikit2.
DeleteBiskut ini tak pernah miss lagi nak buat. Enak dimakan begitu sahaja, krup krup krup rasanya. Tahu-tahu dah setengah botol makan. Tahun ini tak tahu buat ke tak. ;(
ReplyDeletekann simple dan sedap.
DeleteSimple je bahan-bahan nak buat ni. Saya antara manusia yang suka makan nestum. Boleh cuba biskut nestum resepi mudah ni. Terima kasih :)
ReplyDeleteselamat mencuba
DeleteSedap tu biskut nestum, rajinnya buat biskut kak pun lg suka sukat guna cwn klu pakai timbang mmg xjd lah jwbnya
ReplyDeletebae tak da scale untuk baking kak, apa2 resepi memang sukatan cawan
DeleteYeay ada projek buat biskut favourite dah lepas ni. Thanks share resipi biskut ni bae 😍
ReplyDeletewelcome. selamat mencuba
Deletebiskut ni dalam list akak. memang nak buat. sebab senang. anak confirm makan. hehehe
ReplyDeleteselamat mencuba
DeleteThis looks easy ! Since I have nothing to do~ I am gonna bake cookies too! Thanks for sharing!
ReplyDeletewelcome. selamat mencuba
DeleteMudahnya bahan-bahan dia. TEringin nak buat tapi iena dok bujang takde oven..ade microwave je :D
ReplyDeleteboleh ke bakar dalam microwave :D
boleh bakar guna dapur gas sebenarnya. ada teknik dia.
DeleteHaha ni kunyah sendiri. Takde yang datang rumah nak makan biskut ni.
ReplyDeleteSinggah sini.
samalah kita, sendiri buat sendiri makan haha
DeleteNampak macam senang ni. Bolehlah cuba nanti jadi ke tidak. Tq share resepi
ReplyDeletememang senang. selamat mencuba
DeleteCantik kejadian die..
ReplyDeletetapi sedih xde oven xboleh cuba..
bolehhh.. nanti aku bagi tau cane
DeleteSedap nampaknya biskut Nestum tu. Kuih macam ini kalau sedap memang tak sempat sampai raya nanti.
ReplyDeletebetul tu kak sariah
DeleteI tried to make my own nestum cookies also, its so so crunchy and nice.
ReplyDelete