Ad Code

GAIL CLARKE TAWARKAN E-BOOK PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK


Assalamualaikum semua

Musim PKP ni, pastinya ibu bapa antara yang paling sibuk mencari apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak kan? Waktu yang ada ini, sebaiknya ibu bapa gunakan untuk mempupuk sikap suka membaca pada anak-anak. Banyak sebenarnya buku elektronik atau bahasa mudahnya eBook yang ditawarkan secara percuma oleh bermacam agensi seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menyediakan koleksi eBook yang sesuai untuk anak-anak dan juga dewasa. Tapi kali ini saya nak kongsikan seorang penulis buku kanak-kanak yang menawarkan eBook percuma dan juga 'story telling' di Youtube channelnya. Menariknya kan?


Gail Clarke merupakan seorang penulis buku kana-kanak yang banyak menceritakan tentang haiwan, Gail berpengalaman sebagai seorang guru sekolah rendah selama 28 tahun  di Hong Kong. Selepas bersara dan berpindah ke Itali, di mula menerbitkan buku pertamanya iaitu Patrick's Birthday Message dan mula menulis buku kanak-kanak selepas itu. Apa yang menarik, buku Gail, tidak hanya cerita dongeng, tapi juga dimasukkan fakta-fakta menarik tentang haiwan di dalam setiap bukunya. Selain menulis, Gail juga membuat illustrasi pada bukunya sendiri. Seorang yang sangat berbakat kan? Saya harap dapat menulis buku cerita kanak-kanak suatu hari nanti. Itu antara impian saya, doakan ya kawan-kawan. 

Antara koleksi buku yang diceritakan di Youtube channel Gail Clarke adalah seperti Cosmos and the curious whale, Dormouse snoremouse, Mischief at the waterhole dan banyak lagi akan menyusul. Dalam kita bagi anak-anak tengok story telling Gale di Youtube, boleh juga anak-anak ni memperbaiki sebutan di dalam bahasa Inggeris.




Selain penceritaan di youtube, Gail juga tawarkan eBook percuma untuk di download di Amazon secara percuma selama tiga hari iaitu dari 24 April- 26 April 2020. Wahhh, eBook percuma untuk anak-anak pastinya banyak masa anak-anak kita terisi dengan perkara yang bermanfaat. Antara buku-buku yang diberi secara percuma oleh Gail adalah:


Moga kita semua manfaatkan musim PKP ini dengan budaya membaca. Apapun, kita seharusnya menunjukkan contoh pada anak-anak, kalau kita sendiri tak membaca macam mana anak-anak nak ikut kan? hehe

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat membaca!

Post a Comment

34 Comments

  1. bagus ni utk ank2..nk2 musim PKP ni bole lebih pupuk kan minat ank2 membaca dgn tgk youtube tu lebih ceria ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. story teller penceritaannya lebih menarik

      Delete
  2. Musim anak2 tak ke sekolah ni bagus kalau tengok kat youtube ni. Lg elok dr dok tengok kartun je.

    ReplyDelete
  3. Menariknya bila.musim pkp ada diberikan buku percuma macam ni.. anak2 boleh manfaatkan masa membaca sesuatu yg sangat berguna

    ReplyDelete
  4. sesuai dengan keadaan pkp sekarang anak-anak boleh belajar guna ebook je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. jangan lupa esok dah boleh start download

      Delete
  5. wow. best ni.
    memang carik material english for izzat, sis.
    percuma! orait orait. aida dah bookmark!

    ReplyDelete
  6. Wow macam best buku cerita dia. Free lagi.. Bgus sngt ni. Boleh download utk anak2 baca. Duduk rumah ni kafnag duk fikir apa je buku nak bagi diaorang

    ReplyDelete
  7. First time knowing about Gail Clarke. Can let my kids watch her youtube la

    ReplyDelete
    Replies
    1. she just started story telling using her YouTube channel. hope useful for you

      Delete
  8. oh baru tahu pasal channel ni. tapi itulah saya masih belum ada anak dan menjadi ibubapa lagi. apa2pun thanks share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa boleh war2kan moga manfaat untuk orang lain

      Delete
  9. Haaa bagusni za boleh bagi anak baca ebook ni. Sibuk nak guna hp, baik guna utk membaca. Thanks for the heads up

    ReplyDelete
  10. mommy layan dekat youtube dengan mommy sekali boleh joined anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann seronok tengok animasi tu pun ye jugak

      Delete
  11. Wah boleh download ebook ni untuk bacaan anak anak di rumah nanti di samping meningkatkan skill diorang dalam english

    ReplyDelete
  12. Baguskan ada Ebook percuma macam nih, nak share dengan adik ipar boleh dia beri pendedahan kat anak nya.. tq sharing

    ReplyDelete
  13. Wah menariknya E-Book percuma untuk kanak-kanak.Boleh lah dorang baca musim PKP ni. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. baru kenal orangnya. baguslah ada ebook camni, time2 pkp ni sangat berguna

    ReplyDelete
  15. Betullah, musim PKP ni ramai mak pak pening mencari bahan untuk aktiviti anak mereka..harap info ni membantu mereka..

    ReplyDelete
  16. Menarik ya ebook mcm ni, boleh download nanti. Sis ingatkan hanya utk anak kecik je..kisahnya ada utk dewasa juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. youtube channel tu bagus jugak, boleh perbaiki pronunciation

      Delete
  17. Baguslah ada ebooks macam ni .. nak kasi anak anak membaca lah sebab masing masing masih tak lancar ni huhu

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing! I am going to show this to my daughter.I hope she likes it!

    ReplyDelete