Salam korang.. maaflah dah lama tak menulis akibat kekangan waktu dengan tugasan hakiki. Lapar tak tengok gambar makanan kat atas tu? Kali ni saya nak share satu menu yang viral iaitu Ayam Geprek.
Saya berkesempatan untuk rasa ayam geprek di Kampung Station yang terletak di KL Traders Square. KL Traders Square ni baru di buka dan kat sini berjenis kedai beli belah dan kedai makan termasuk lah kedai Eco RM2. Parking agak susah tapi inshaaAllah ada je.
Kampung Station ni baru je dibuka pada September 2019 kira baru kurang lebih 5 bulan di buka, dan menu viral di Kampung Station adalah ayam geprek!!!! Kira best selling di kedai ni. Harga pun sangat lah berpatutan, hanya RM7.50 je, korang akan di hidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, sambal, tempe dan tauhu goreng serta ulam-ulaman seperti salad, timun dan kobis. Haaa dan juga sup kosong.
Ayam Geprek ni lebih kurang macam ayam penyet cuma bezanya adalah pada sambal. Pada saya sambalnya tak terlalu pedas kira just nice, tapi tak dinasihatkan untuk kanak-kanak ye. Untuk harga RM7.50, portion nasi yang disediakan 1 penuh mangkuk bersama ayam (quarter portion) kalau makan tengahari boleh kenyang sampai malam hehe
Sambil makan tu sempat berbual dengan pemilik restoran Kampung Station, iaitu Puan Seema. Kata puan seema sambal di restoran ini di masak menggunakan empat jenis sambal. Patutlah rasanya berbeza dengan tempat lain.
Kalau korang nak try ayam geprek Kampung Station ni korang waze KL Traders Square. Kampung Station ni dibuka dari pagi hingga malam bermula dengan menu lauk-pauk. Ayam geprek hanya akan disediakan selepas pukul 2 petang serta masakan panas. Selamat mencuba!
Alamat:
Kampung Station
A-G-41, KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak 53000 kuala Lumpur
Waktu operasi:
8.30 pagi - 11.30malam
29 Comments
Owh..lebih kurang mcm ayam penyet yer.tapi sambal tu kalau x pedas,x kick pulak kan.hehe..tapi kena try juga ni kalau nak tau...
ReplyDeleteye macam ayam penyet, beza kat sambal je
DeleteDah pernah makan juga Ayam Geperek ni, siap masa tu Sis tanya lagi, sama ke dengan Ayam Penyet, katanya sama aje, sebab ayamnya di hentaknya hahahaha..
ReplyDeleteCuma sambal aje laa, ada yang merah ada yang hijau kann..
ye betul kak lin
Deletenampak rupanya tu ala-ala nasi ayam penyet ekk.
ReplyDeletenasi ayam penyet or nasi geprek ni, always the special is the sambal, kan.
yg lain dihidangkan simple. sambal tu yg bikin customer ulang dtg lagi.
betul, kalau sambal sedap baru puas makan
Deleteingat ke ayam penyet? ke sama je? haha yg saya tau makan je hehe
ReplyDeletebeza kat sambal je
DeleteTerliur pulak tengok ayam geprek ni. Sedap tu.. Tak pernah try lagi kat situ. Harga pun padan la dengan ayam besar tu.
ReplyDeletelepas pkp boleh la try
DeleteSelalu gak pergi KL Traders ni sbb ada umah anak kat sana tapi tak perasan lak restoren Kmapung Station ni... nanti nak carikah tgk.
ReplyDeletehappening betul kl traders ni, macam-macam kedai ada, nanti try lah
DeleteTak pernah sampai lagi sini, nanti habis PKP bolehlah datang ke sini. Nampak menarik makanannya tu. Waktu petang buka pula, terasa lapar.
ReplyDeletepetang baru ada nasi geprek,kalau pagi/lunch nasi lauk-lauk tu
Deletebaru 18 hari pkp tapi rasa macam lama sangat tak keluar rumah kan haha
ReplyDeleteTak pernah makan ayam geprek nih, nanti lepas bebas PKP bolehlah cuba nampak sedap!moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir
ReplyDeleteaamiin
DeleteNampak macam sedap ayam geprek viral ni..iena tak pernah makan lagi.Tapi location tu dekat setapak, tak jauh da dari rumah iena..lepas PKP nanti boleh la pergi ;)
ReplyDeleteharap cepat habis pkp ni
DeletePernah makan ayam geprek tapi kat subang. Memang sedap n sambal dia memang pedas ya amat
ReplyDeletekannn sedap geprek ni
DeleteMacam ayam penyet pulak..ala rindu nak makan dekat luar..harap dapatla atasi masalh covid ni..boleh try nanti
ReplyDeleterasa macam lama sangat tak makan kat luar kan
Deleteooo beza dia dgn ayam penyet ialah sambal je ke? tapi ayam geprek ni tak dipenyet kan? hihih menarik nih... bila la dapat rasa ...
ReplyDeleteye bezanya sambal
DeleteAyam geprek? Sama ke dengan ayam penyet? Ke lain. Tak pernah lagi makan ayam geprek ni. Nampak sedap pulak.
ReplyDeletecuma beza kat sambal je
DeleteHuwaaaa rindu ayam goreng. Lepas PKP ni nak cari la menu ni. Nak order, makan kat rumah macam tak feel pula. Nak pi restoran. Hahaha
ReplyDeletefeel makan kat kedai tu lain kan
Delete