Restoran Sisik dahulunya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 dengan menu masakan melayu asli sebagai 'trademark' restoran ini. Pemilik dan pengasas restoran ini mempunyai darah campuran dari pelbagai negeri telah menjadi ilham bagi sajian hidangan di sini.
Antara menu 'signiture' restoran ini adalah Nasi Lemak Buluh Perindu, di mana nasi lemak di kukus di dalam buluh yang di hidangkan bersama ikan bakar. Kombinasi yang unik dan menarik.
Bagi menu masakan melayu asli, menu utama nya adalah asam pedas ikan mayong, asam pedas telur sotong dan asam pedas siakap.
Manakala menu utama bagi makanan laut menyajikan pelbagai hidangan asam pedas, Ikan bakar tempoyak, ikan bakar, sotong bakar madu, dan makanan laut yang sedap-sedap. Selain itu, steambot juga ada di hidangkan disini.
Korang patut cuba dan pastinya puas hati dengan layanan baik pekerja di sini selain hidangan yang tak menghampakan.
SET MENU
Masakan Melayu Asli
8 pagi - 4.30 petang
Masakan Berasaskan Makanan Laut
5 petang - 12.30 malam
LOKASI RESTORAN
No32 Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor
Landmark : Berhadapan dengan GM Klang Wholesales City.
SOCIAL MEDIA
FB : https://www.facebook.com/restoransisik/
IG : https://instagram.com/restoransisik?igshid=15viobnxg90bw
#restoransisik
0 Comments