Ad Code

JOM JALAN-JALAN BATAM! TIPS KE BATAM NAIK FERI DI JOHOR

DAY 1 - 5 April 2019


Pada 5 - 7 April 2019, berkesempatan ke Batam, Indonesia untuk program Batam Trail Run 5km FAM Trip. Pengalaman FAM Trip kali ni rasa amat berbeza dengan kawan-kawan blogger yang best dan semuanya sekepala. Alhamdulillah syukur sangat dapat kenal dengan blogger-blogger hebat. Seramai 21 orang blogger dari Malaysia dan seorang photographer dari Singapore, Alfie, kenalan saya di Batu Belubang tempoh hari.


Okay back to penceritaan. Hari pertama kami depart dari Puteri Harbor Ferry Terminal menggunakan perkhidmatan Dolphin pada pukul 11pagi. Perjalanan mengambil masa kurang 2 jam untuk sampai ke Batam dan pengalaman menaiki Dolphin Ferry sangat best. Secara peribadi saya sangat berpuas hati dengan Dolphin kerana ferry sangatlah selesa dan service pun bagus. Nanti saya kongsikan secara terperinci kos dan time log untuk ke Batam. Kami sampai lebih kurang pukul 12. 30 waktu tempatan dan terus di bawa untuk lunch di Sari Bumbu Restaurant. Makanan di sini sedap-sedap dan paling saya suka adalah es temun iaitu air timun yang di campur biji selasih sangatlah menyegarkan. Cuaca di Batam pada waktu ni agaklah terik. Bak kata orang utara panaih lit-lit baq hang haha.


es timun yang sedap yakmat

ruang makan pun bersih, luas dan selesa
Selepas lunch, kami terus ke Sijori Resort & Spa untuk sesi press conference Batam Trail Run 5km. Pak Edi sutrisno dari Batam Tourism Board merupakan moderator bagi press conference tersebut dan tiga wakil lagi adalah General Manager Sijori Resort iaitu Yves Va Cautenberg; Pak Rudi Hartono selaku ketua panitia #btr5km dan seorang wakil dari ISOPlus selaku pihak penganjur. 

Press conference BTR5KM

Topi dari Sijori Resort, pakai hari ahad nanti
Tujuan press conference ini diadakan adalah agar pihak media dapat mewar-warkan mengenai #btr5km bagi menambah penyertaan sedia ada. #btr5km ini adalah program trail run pertama yang diadakan di Batam sebagai usaha untuk menjadikan Batam sebagai pusat pelancongan agar orang luar dapat melihat keindahan Batam. Untuk maklumat lain boleh baca di facebook saya.


Tiara Mustika Spa ni terletak di Travelodge

Ruang urut yang selesa, siap ada tub mandi di belakang tu.

Air halia yang segar sedap minum lepas berurut

Selepas sesi press conference, semua media di bawa ke Tiara Mustika Spa untuk sesi manjakn badan. Subhanallah rezeki sungguh dapat berurut di sini. Badan memang dah penat sebab hiking back to back bulan lepas. Ibarat disorongkan bantal la memang nak sangat berurut hehe. Kami semua diberi waktu satu jam untuk berurut. Selepas sesi urut, pihak spa hidangkan air herba halia. Rasa sungguh menyegarkan lepas urut daoat minum air halia panas. Jangan tak tahu, saya minum 2 cawan haha sebab ada yang tak pandai nak minum. Yelah rasa halianya kuat betul. yang tak biasa minum tu sememangnya tak dapat nak telan.

Bergambar di sekitar Travelodge hotel

Sis paksa semua bergambar camni sebab sis rindu hutan huhu
Selesai memanjakan diri masing-masing kami di bawa ke Harbor District untuk menikmati makan malam. Batam ni terkenal dengan seafood dan menu yang paling viral adalah siput gonggong. First time jumpa siput ni dan siput ni banyak di perairan Riau. Kami dinner di Restoran Wey Wey dan restoran ini menyajikan makanan laut yang pelbagai dan semuanya sedap-sedap. Ketam masak blackpaper, udang goreng tepung, Siput gonggong, Ikan masak sweet sour, tomyam seafood, ayam goreng bawang, sayur dan telur dadar. Temanya makan sampai tersandar kekenyangan haha. Makanan semua sedap dan yang paling saya suka adalah ayam goreng bawan tu dimasak ranggup dan ayam pun di marinate dengan sedap.

Wey Wey Restaurant

Siput Gonggong

Ketam blackpaper

Ikan sweet sour

Semua sedap-sedap. Alhamdulillah
Kami semua balik dan menginap di Nite & Day hotel di Jodoh Square. Bilik di sini selesa dan harga pun berpatutan. Hotel ni sangatlah strategik, dekat dengan feri terminal, airport, pusat membeli belah seperti Nagoya Hill. Sampai je hotel semua dah keletihan, apa lagi masuk tidur je lah.
Esoknya kami ke Bintan Island. Itu kita cerita dalam Part 2.

Nite & Day hotel, Jodoh Square

Twin room, selesa dan just nice for 2 people

TIPS UNTUK KE BATAM DENGAN FERI

Untuk ke Batam, ada tiga pengkalan feri dari Johor iaitu dari Pasir Gudang, Stulang laut dan juga Puteri Harbor. Saya belum pernah naik feri dari Pasir Gudang tapi jika nak di bandingkan dengan Stulang Laut, adalah lebih baik pilih Puteri Harbor terminal. Walaupun terminalnya kecil tapi selesa. Yang paling penting adalah pemilihan syarikat feri. Untuk yang memandu, boleh je parking di sebelah terminal feri ni dan parking adalah percuma. best kan? Kalau anda naik bas dari Kuala Lumpur, jangan risau, dari Larkin ada shuttle bas percuma ke puteri Harbor terminal setiap 1 jam (atau lebih). Jadi datang awal ke feri terminal agar tak terlepas feri nanti. Pilihan feri untuk trip kali ini adalah Dolphin. Saya sangat recommend untuk pilih feri ini kerana feri sangat bersih, selesa dan tepat pada waktu. Perkhidmatan feri ini kiranya tip top. Sis bagi 5 bintang hehe.
Waktu pelepasan feri boleh rujuk di sini

Untuk harga pula, tiket return lebih murah berbanding tiket sehala jadi dinasihatkan untuk beli tiker return je lebih jimat. Dan jangan lupa, ada tax yang dikenakan. Tax dari JB-BATAM cuma RM 16 je. Dan tax dari BATAM-JB pula 65 ribu IDR iaitu sekitar RM19.50. Boleh tengok detail di bawah sebagai rujukan.

Perjalanan mengambil masa kurang dari dua jam. Dan kemudahan dalam feri, ada cafe kecil yang menjual air da maggi cup. Selain itu terdapat juga money changer. Jadi kalau tak sempat tukar duit, jangan risau boleh je tukar dalam feri atau kalau ada buat International ATM, boleh je keluarkan duit di Batam Terminal nanti.

Mudah je untuk ke Batam. Dah jom jalan-jalan Batam.

Post a Comment

0 Comments