Ad Code

TRAVEL KE BINTAN ISLAND #BTR5KM - PART 2

DAY 2 - 6 APRIL 2019

Tasik Telaga Biru

 Hari ini kami semua akan di bawa untuk one day tour di Bintan Island. Tour ke Bintan ni di taja oleh Tour Guide Aspabri. Untuk ke Bintan Island, boleh menaiki feri dari Terminal Tanjung Pungur ke Terminal Tanjung Uban yang mana hanya mengambil masa 1 jam. Sebelum naik feri, kami diberi sarapan kuih muih tradisional Indonesia. Feri kat sini macam feri kat Penang, bahagian bawah untuk kenderaan dan bahagian atas untuk penumpang. Bahagian penumpang ni ada 'open seat' yang mana duduk je la mana suka kat bahagian atas ni, dan juga satu ruangan macam bilik siap ada meja dan aircond. tapi tempat duduk kat sini agak terhad jadi ada je yang terpaksa berdiri kat bahagian tepi-tepi feri ni. Saya berkesempatan merasa duduk di kedua-dua bahagian dan mestilah kat tempat aircond tu lebih selesa hehe. Dan cuba juga jalan-jalan di bahagian atas (bahagian ni tak ada kerusi memang untuk berdiri bagi yang nak tengok view) tapi mampu bertahan sat je sebab agak ramai kat sini dan bau minyak feri tu pening kepala di buatnya. Terus turun dan duduk kat bahagian aircond tu.

View Tasik Telaga Biru dari Gurun Pasir

Dari Terminal Tanjung Uban, kami di bawa ke Gurun Pasir Bintan dan Tasik Telaga Biru. Kat sini masuk adalah PERCUMA tapi kalau nak bergambar dekat prop yang disediakan kena bayar 5000rp. View kat sini sangatlah ohsem. Memang cantik yakmat tapi ketahuilah kat sini terlampau panas jadi jangan lah lupa sunblock dan sunglasses. Puas sangat dapat bergmbar kat sini. Gurun Pasir tu sebenarnya terjadi secara semulajadi oleh tindak balas alam, tapi jadi satu tempat yang menarik untuk bergambar. Tasik Telaga Biru pula, terletak bersebelah je dengan Gurun Pasir ni. Terdapat gerai-gerai kecil yang diusahakan oleh penduduk setempat. Dengan cuaca yang panas yakmat tu, beli air tebu fresh, sedapnya suhanaAllah tak terkata la dapat air tebu sejuk tu. Air tebu hanya 10000rp je.

View Gurun Pasir Bintan

Gurun Pasir Bintan

View Gunung Bintan di Poyotomo

Dah puas bergambar di sini kami semua di bawa pula ke Pemancingan Poyotomo. Dari Gurun Pasir ke Poyotomo mengambil masa lebih kurang 40 minit. Poyotomo ni sebenarnya adalah tempat memancing tapi view disini cantik dimana berlatar belakangkan Gunung Bintan (lebih kurang 600m je tapi disini panggil Gunung, kalau di Malaysia kita panggil bukit je hehe). Tiket untuk masuk kesini 10000rp je dan ada juga pakej-pakej memancing disediakan disini. Kawasan poyotomo ni agak luas dan cantik dengan landskap yang menarik di sekitar kawasan ni. Terdapat sebuah restoran di sini kalau nak makan, ada jual masakan panas, aiskrim pun ada tau. Kami semua lunch kat sini sebelum ke tempat seterusnya. 


Kawasan sekitar di Poyotomo

Madu Tiga Beach
Kemudian kami semua ke Madu Tiga Beach lebih kurang 50 minit dari Pemancingan Poyotomo. Pantai di Bintan ni memang cantik, air jernih, pasirnya halus dan putih. Sesampainya kami ke Madu Tiga Beach ni, kami dihidangkan dengan welcome drink dari pihak resort. lepas tu kami semua ke pantai untuk sesi photgraphy haha. Di sekitar pantai ni terdapat buaian, gazebo, hammock yang sesuai untuk posing. Boleh la kalau nak rasa-rasa jadi model hehe Kawan-kawan yang lain siap main air. Ikut rasa hati nak je berenang dan main air. Nasib la sedar diri tak bawak baju spare. huhu  View di sini semestinya cantik yakmat. Tengok je la sendiri gambar-gambar di sana. Satu je yang paling tak tahan adalah panas kat sana tu macam menyucuk-nyucuk. Boleh migraine dibuatnya haha

Madu Tiga Beach

Credit to Alfie Photographer dari Singapore
Desa Wisata Ekang
Tempat terakhir sebelum berangkat pulang ke Batam, adalah Desa Wisata Ekang. Perjalanan sekitar 1jam dari Madu Tiga Beach, sempat lah tidur dalam bas hehe. Ekang di adalah tempat pelancongan dan sedang di bangunkan resort agar boleh menginap di sini. Di Ekang ni disediakan swimming pool, ada kereta kuda dan lain-lain lagi. Kawasan sekitar dibangunkan dengan landskap yang menarik memang tujuannya untuk pengunjung bersesi fotografi gitu. 


Dari Ekang, mengambil masa sekitar 30 minit untuk ke Terminal Tanjung Uban. Beakhirlah sudah trip ke Bintan Island. Kami semua menaiki feri ke Batam sekitar jam 5 petang.

Persembahan di Mega Mall Batam
Sesampainya kami di Terminal Telaga Pungur, kami di bawa ke Megamall Batam untuk Program UMK/IKM iaitu program kempen promosi produk-produk tempatan. Ada persembahan dari penari Pulau Anambas. Lepas tu kami semua di bawa ke Sijori Resort untuk makan malam. Dimana di sini diadakan Gala Night untuk program trail run esoknya. Jadi ada persembahan dan ucapan dari penganjur dan penaja. Sempat juga Abang Azmi dari SWATV dan Kak Min, blogger dari Melaka sumbangkan beberapa lagu. 

Balik dari Sijori Resort, saya dan Abang Fendi jalan-jalan di sekitar Jodoh Square. Kat sini ada jualan bundle ala-ala uptown sepanjang 2km (lebih kurang sebab panjang sangat). Banyak betul pilihan kat sini, dari pakaian, kasut, beg, barang-barang eletronik, DVD/CD eh macam-macamlah diorang jual dan semestinya harga murah. Sempat la beli kasut sport untuk trail run esok. Dapat harga 70000rp je selepas sesi tawar menawar. Puas hati sangat. 


TIPS FERI KE BINTAN

Untuk ke Pulau Bintan dari Batam ada dua cara iaitu naik feri yang mengambil masa 1 jam atau boleh naik speed boat (kalau dalam group kecil) cuma ambil masa 15 minit je. Harga tiket lebih kurang RM3 untuk sehala. 


Post a Comment

0 Comments