Berkesempatan mengikuti ekspedisi anjuran Red Ants Hikers ke Gunung Berembun dan Gunung Terbakar untuk trip hiking bulan February 2019. Asalnya trip ini bukanlah trip daypack dimana kami akan hiking Gunung Berembun pada hari sabtu dan hiking Gunung terbakar pada hari ahad. Namun, atas level confident semua line-up, semua bersetuju untuk daypack dua gunung pada hari sabtu. Kiranya pagi sabtu mula mendaki Gunung Berembun dan turun dari Gunung Berembun terus mendaki Gunung Terbakar.
Gunung Berembun terletak di Cameron Highlands pada ketinggian 6924 kaki atau 2110m dari aras laut manakala Gunung terbakar yang juga di Cameron Highlands, dimana jarak dari Gunung Berembun adalah lebih kurang 20 minit dengan ketinggian Kami mula. mendaki Gunung Berembun melalui trail 6 yang bermula dari kem sungai pauh yang terletak di dalam Jabatan Perhutanan Pahang. Pendakian bermula pada pukul 8.30pagi dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke peak dengan moderate pace. Trail 6 ini agak penat sebabnya trail yang menaik dan menurun berulang kali. Baru nak hilangkan lelah trek pacak, dah kena mendaki semula. Antara view trail 6 ke peak Gunung Berembun.
Alhamdulillah semua selamat sampai ke peak pukul 11pagi. Dipuncak aktiviti bergambar adalah wajib. Lunch pack untuk hari itu adalah nasi berempah ayam goreng dan air asam. Gigih Kak Dewi selaku organiser masak. Dan nikmat terindah di peak adalah air teh/kopi panas. Suhu di puncak tidak terlalu sejuk.
Untuk pendakian turun, kami melalui trail 7 iaitu lebih dikenali sebagai trail Mardi kerana trail ini akan tamat di Mardi. Tetapi di sebabkan starting point kami di Sungai Pauh, jadi terpaksa berjalan keluar dari Mardi dan kemudian melalui trail 4 iaitu Hutan Lipur untuk ke Sungai Pauh semula untuk ambil kereta dan bergerak ke Gunung Terbakar. Kami tiba dia Sungai Pauh sekitar 3 petang.
Perjalanan dari Gunung Berembun ke Gunung Terbakar mengambil masa sekitar 20 minit. Trail Gunung Terbakar ini merupakan trail yang baru di teroka oleh guide disini. Trailnya pendek namun pacak terus ke puncak tanpa belas kasihan. Kami mula mendaki pukul 4.30pm. Gunung Terbakar ini adalah gunung 360 jadi ianya gunung botak yang kurang pokok bukan seperti gunung berembun yang merupakan gunung mossy. Dengan trek pacak tanpa pokok, agak mencabar mental dan fizikal. Kami semua sebenarnya dah keletihan mendaki gunung berembun tapi memikirkan dah sampai kesini, sayang juga kalau tak hiking gunung terbakar, nak datang semula entahkan bila. Pendakian ke puncak Gunung Terbakar mengambil masa satu jam slow pace tanpa henti. Trek ke Gunung Terbakar ini bermula dengan melalui kebun sayur milik orang tempatan. Dimana terdapat tangga-tangga simen di sepanjang laluan kebun sebelum berjumpa dengan trek sebenar gunung terbakar. View 360 disini memang cun. View trail Gunung Terbakar.
Dipuncak kami masak air teh o dan juga maggi. Suhu di sini tidak sedang-sedang saja tidak terlalu sejuk dan panas. Sebelum pukul 6 petang kami semua dah mula bergerak turun. pendakian turun lebih mencabar, memandangkan ini adalah trek baru, tali belum di pasang sepenuhnya. trek yang licin, kami hanya dapat berpaut pada lalang dan pokok-pokok kecil di sepanjang trek. Jika ada yang gayat lebih 'mind blowing' untuk mendaki turun. hehe
Perkara paling best di peak adalah MAKAN haha |
Alhamdulillah I made it! |
Maggi and bestie |
HIKING LOG GUNUNG BEREMBUN
Level difficulty: Moderate
Trail 6
8.30 - 10.00am - sampai 1st check point
10.30 - 12pm - sampai peak
Trail adalah pacak naik turun dari starting point ke peak
Level difficulty: Easy to moderate
Trail 7
1.30 - 3.30pm - sampai ke MARDI
3.30 - 4.30pm - sampai ke starting point sungai pauh melalui Hutan Lipur.
Trail lebih landai dan trail yang paling mudah di Gunung Berembun
HIKING LOG GUNUNG TERBAKAR
Level difficulty: Moderate
4.30 - 6pm - starting point ke peak. (Trek very clear, no checkpoint)
6.00 - 7pm - mula turun ke starting point
38 Comments
Rajinnya bae hiking kan? Teringat time za bujang dulu. Sama la suka kesini kesana kesini kesana.. Eh mcm rap PM plak. Hahha tapi seronok hiking ni dpt menikmati udara segar smbil tenangkan fikiran lg2 kalau dah penat keje dgn persekitaran bandar
ReplyDeletememang seronok bila dalam hutan. lagi2 kalau camping. malam2 dengar deruan air sungai. rinduuuuu sangat
Deletebetu tu. kerja ni sampai bila pun tak habis
ReplyDeletealahai sukanya tengok view mendaki tu dik. serius cantik sangat!! Tu yang suka sangat hiking sebab selain dapat penat, yang pasti dapat menikmati keindahan alam. Yang syoknya mendaki kali ni sejuk nyaman je kan
ReplyDeletegunung2 kat cameron ni sejuk2, jadi penat tu tak terasa sangat
DeleteSis memang sejenis yang bukan outdoor dan adventure. Sis akan tolak aktiviti ni since sis gayat. Hehe. Mereka yang berani ni memang sis tabik spring.
ReplyDeleteada je hikers yang gayat tau. macam2 aksi ada masa gayat tu haha
DeleteBestnyaa, bagus tu sekali sekala or bila dapat jadikan usual aktiviti kan berhiking ni, banyak manfaat dan luas pemandangan. 😁
ReplyDeletepaling best bila dapat tawan puncak..nikmat sangat
Deletebestnya! kita tak pernah pergi hiking. mama ayah tak bagi. bahaya kata dorang. tapi best kan dapat tengok hijau pokok. udara pun segar je. jelesnyaa!
ReplyDeletemak pun asyik bebel ni suruh berhenti hiking and masuk hutan hehe
Deletewow a good hiking indeed! It was happening last year right? Wish to go there once MCO is lifted
ReplyDeleterindu nak hiking, so I throwback all hiking post
DeleteWow hebat ini dako dua gunung dalam sehari. Tahniah atas jiwa kental masing2.
ReplyDeletetrailnya tak panjang, masing-masing tak puas daki 1 gunung je.. hehe
DeleteWah cantik pemandangan atas gunung tuh, suka betul tengok view nampak kabus tu, sejuk-sejuk atas tu makan maggie so sweetnye he he he
ReplyDeletekalau kat puncak mesti nak makan/minum yang panas2. nikmat sangat
Deletewahhh naik gunung ke.Iena tak pernah lagi hiking gunung2 haha..bukit2 je..Yang part perkara paling best tu..makan maggie tu betul..iena pun suka yang tu bila hiking ke masuk hutan ke.. Feel dia lain dari mkn kt uma :D
ReplyDeletekann. nikmat sangat makan maggi dalam hutan
DeleteNak kena cari geng ni nak hiking, kalau kena gan geng bukan kaki hiking, hampeh le nak manjat atas...Sis ramai geng makan aje hahahaha...
ReplyDeletesaya hiking pun kuat makan kak lin hahha
Deletebest baca pengalaman hiking dari pagi sampai ke lewat petang. mesti penat tapi seronok kan, kepuasan dapat tawan puncak memang tak ternilai
ReplyDeletememang best dah naik atas tu hilang penat semua
DeleteSeronoknya tengok hiking macam ni sebab dah lama tak dapat tengok nature macam ni. Rindu bau pokok-pokok dan hutan macam ni. Tapi saya tak pernah pergi tempat ni
ReplyDeletekann rindu sangat nak masuk hutan
Deleteoo ada juga trek untuk hiking ya kat cameron highlands. cantik lak tu tmpatnya
ReplyDeletecameron banyak gunung
DeleteDah lama tak pergi hiking. Gunung ni pun tak pernah sampai. Tak tau lah bila nak sampai sebab dah berhenti hiking huhu.
ReplyDeletelepas pkp boleh hiking balik
Deletelepas pkp boleh hiking balik
DeleteYa Allah bestnya dapat kesini... Rindu gile nak hiking cmni... Harap lps pkp ni dptla peluang hiking lagi... Seronok tgk kt gunung berembun ni sejuk je kan..
ReplyDeletesemua gunung kat cameron sejuk. best hiking
DeleteCantiknya kehijauan dan pemandangan flora yang terbentang luas Bae... dah lama juga tak gi hiking ni... bila tengok gambar-gambar dan baca pengalaman Bae and bestie, teruja terus nak plan for my next hiking journey... last haritu kat Gunung Ledang pergi dengan anak-anak and my better half...
ReplyDeletegunung ledang pun best kan. lepas covid jom hiking sama nak?
Deletejomla repeat blk bae..redants buat trip blk..tp kali ni berembun & brinchang barat 3-4 Okt 2020
ReplyDeletealaaa baru baca. kalau ada trip share la...kak dewi ke ni?
DeletePada sy,melalui pngamatan yg dibuat spnjng trlibat dgn hiking,kbnykn hikes (maaf bukan semua,namun hmpir keseluruhan )hanya mengejar peak n hipokrit terhadap alam semulajadi..Jangan marah namun akuilah dgn kesedaran,bila smpai peak mula berfoto dgn berbagai2 posing,konon terpesona dgn alam semulajadi,pd msa yg sma mningglkn smpah n tidak mnjaga kebersihan di puncak,bgtu jg wktu ontrek tiada pn menikmati alam semulajadinya pun..X kurang jg mementingkan diri sndri mninggalkan group konon menunjukn yg aku ni padu..orang terawal tiba di peak..hikers sejati bukan bgini..hanya ingin menunjukkn kemegahannya sj..maaf shbt ter emo plk...😂
ReplyDeletebetul tu. saya setuju sangat. kesedaran tentang sampah ni dah banyak awareness tapi masih berlaku. moga hikers di malaysia ni ada kesedaran dan paling penting ada ilmu sebelum masuk hutan. terima kasih berkongsi pendapat
Delete