Ad Code

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA INDONESIA 2019


 Neptune Nongsa Regatta Sail to Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun ke-empat perlumbaan kapal layar ini diadakan. The Neptune Regatta adalah satu-satunya perlumbaan pelayaran yang melintasi khatulistiwa. Sangat menarik!

Kementerian Pelancongan Lingga telah mengadakan upacara perasmian diadakan di Desa Batu Belubang, Kepulauan Riau (KEPRI) pada 7 Februari 2019 dengan menjemput para pelayar yang menyertai perlumbaan itu serta kumpulan media dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi bersama wakil pelayar dan Pengarah Pelancongan Muar, Johor

Para undangan di alukan dengan penari tradisional, silat, dan di jamukan dengan makanan laut yang segar. Setelah menikmati hidangan yang di sediakan, kesemua jemputan di ajak untuk bermain bola tampar dan di bawa untuk menikmati keindahan Desa Batu Belubang yang sememangnya indah dengan khazanah alam yang masih 'dara'. 

Tarian tradisional Riau

The Neptune Regatta menawarkan pengalaman pelayaran yang indah dan pastinya mencabar para pelayar. Terdapat pelbagai kategori pelayaran yang disediakan oleh The Neptune Regatta selain dari perlumbaan pelayaran, antaranya kapal layar persiaran bagi keluarga dan kapal layar bermotor (Catamaran). The Neptune Regatta direka khas bagi memenuhi keperluan pelayar bagi semua kategori terutamanya perlumbaan pelayaran merentasi khatulistiwa yang mana tiada di tempat lain, hanya satu-satunya di dunia diadakan di Kepuluan Riau Lingga, Indonesia.

Perlumbaan pelayaran ini sepenuhnya merentasi perairan Indonesia yang mana bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina pada latitude (N 01 ° 11'.86 "& E 104 ° 06'.00"). Nongsa Point Resort ini hanya 11 batu dari Singapura dan merupakan laluan keluar masuk kapal layar di Indonesia. 

Kepulauan Riau Lingga adalah di selatan Batam dan pastinya suatu destinasi pelayaran yang indah dengan berlatar belakangkan puncak gunung berapi di pulau-pulau besar lain seperti Pulay Temiang, Pulau Singkep dan Lingga. Di sebalik pulau-pulau besar ini juga terdapat pulau-pulau tropika yang lebih kecil yang masih jarang diterokai.

Diharapkan acara Neptune Nongsa Regatta Sail to Lingga ini akan berterusan dan memberi manfaat kepada para pelayar, penduduk setempat dan seluruh warga Indonesia khususnya. Jom tengok gambar sekitar upacara perasmian Neptune Nongsa Regatta Sail to Lingga 2019.



Edi dari Pelancongan Lingga sebagai MC upacara perasmian

Edi dalam cubaan nak bagi pelayar kita pakai tengkolok

Para pelayar menari bersama penari-penari kebudayaan

Pelayar-pelayar ni seronok betul dapat menari bersama

Kumpulan Media juga turut menari bersama

Video ini merupakan ringkasan upacara perasmian Neptune Nongsa Regatta Sail to Lingga 2019 yang diadakan di Desa Batu Belubang, KEPRI, Lingga. Moga terhibur!


Bae Roslan
KEPRI, Lingga, Indonesia
Februari 2019

Post a Comment

6 Comments

  1. Teringat ikan ayam-ayam tu hahaha sedap sangat

    ReplyDelete
  2. ewahh ewahh lebih kurang macam tarian lambak..soo cool meh

    ReplyDelete
  3. Ikan tu lawan dengan sambal pelam. ya ampun. sedap banget!

    ReplyDelete
  4. Best berjoget-joget haritu. rugi ko tak join weh..

    ReplyDelete
  5. Rindu pada kejernihan air laut dan juga ketenangan desa yang jauh dari kemodenan ni harap dapat kembali lagi ke sini nanti...

    ReplyDelete
  6. Model Lubuk Papan rindu tak Maha? haha

    ReplyDelete